Tuesday 30 July 2019

Hotel Sfera Lumut yang Super Best πŸ‘πŸ‘πŸ‘


Borong ikan  sudah...
Bersiar-siat di sekitar Lumut pun dah...


Sekarang tiba masa untuk kita check in di hotel. Untuk hotel ni, office yang buat tempahan. Setiap staff dapat bilik sorang satu (twin bed) jadi dari di biarkan Walid berseorangan, jomlah kita teman Walid ahaks! Harga semalam untuk bilik twin ni di bawah RM200 (corporate rate). Bagj Ummi sangat berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan.

Main entrance. 

Hotel Sfera ni 4-star hotel. Terkenal dan jadi pilihan outsiders yang ada urusan kerja di Lumut. Hotel ni lengkap dengan kolam renang, gimnasium, bilik bacaan, cafe dsbnya. Ada satu minggu tu hotel ni fully booked jadi Walid dan teammates terpaksa menginap di hotel lain. Memang terasa kekurangannya jika di bandingkan dengan Hotel Sfera ni.





Balkoni.

Time berbuka, hampar tikar dan makan di balkoni ni je masa first day tu. Dari sini, boleh dengar azan dari masjid berdekatan. 


Team bola pun stay sini. 


Sepanjang Walid keluar bekerja, macam-macam aktiviti Ummi dan anak beranak dalam bilik hotel. Nak bawa depa keluar, Ummi malas sebab ramai sangat. Berhampiran hotel ni ada pelbagai kedai; 99 Speedmart, Hari-Hari, Butik Gene Martino, Billion dsbnya. Sudahnya kami layan TV, mandi pool, lepak di reading room... Kebetulan bilik tu ada balkoni, ada extra space untuk anak-anak main Beyblade, main sorok-sorok... Ummi pula ikuti Istiadat Pemakaman Sultan Ahmad Shah yang mangkat sehari sebelumnya (17 Ramadhan) dari awal hingga akhir. Sembap mata Ummi, asyik menangis je. Sedih, sebak, pilu semuanya ada. 

Untuk sahur, Ummi minta Abang tolong tapaukan food untuk Ummi. Nak turun ke kafe, malas nak kejutkan Adik Kakak yang masih tidur. Ummi sahur dengan roti pun OK je sebenarnya. 

Food sedap. 


Kolam renang yang cantik. Ada mini playground. Seronoklah anak-anak walaupun asyik terperap di hotel tapi banyak aktiviti boleh dilakukan.



Abang action je tu πŸ˜…


Feeling anak orang kaya πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Bersih! 
Hari pertama kami 5 beranak je di pool tu. Hari kedua baru ada family lain. Puas lah anak-anak mandi pool. Katanya puasa, entahlah haha... Seronok sangat berendam tu. 

Ini pula Reading Room. Cantik. Deco ringkas tapi awesome 😍 Ummi pula pencinta hijau, memang jatuh chenta tau dengan deko bilik ni. 





Hotel Sfera
2479 Jalan Dato Yu Neh Huat
Taman Samudera
32040 Seri Manjung 
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05 688 1000

6 comments:

  1. Ya Allah lamanya Kak Laili tak jejak kaki ke Lumut. Last sekali rasanya tahun 1980an πŸ˜†
    Seronok pulak tengok hotel best-best sekarang.
    Hujung tahun Ummi gi holiday Penang pulak.
    Makan-makan kat Penang best hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sungguh tu k. Laili πŸ˜†
      Penang OK jugak kan kak? Boleh masuk list ni.

      Delete
  2. Cantiknya tata rias hotel ni, pernah menginap di Orient hotel dan hotel felda berdekatan Lumut...hotel ni pun menariklah, tandas luas, siap ada balkoni lagi haaa...tq bg idea, mana tahu rindu nak pi Lumut boleh stay sini.

    ReplyDelete
  3. kak.. boleh bagi email akak.. nak menjemput ni. hehehe

    ReplyDelete