Wednesday 31 July 2019

Pesta Buah di Hari Pertabalan Agong


Credit: Istana Negara/MStar

Pertamanya Ummi nak merafak sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Daulat Tuanku! 

Terkilan juga tak dapat tengok Istiadat Pertabalan Baginda berdua sebab Ummi peminat golongan DiRaja. Malam sebelumnya Ummi tonton Majalah 3 dari awal hingga akhir untuk ikuti persiapan istiadat ni. Tapi balik tu sempat juga tengok Istiadat Pertabalan ni, part bacaan doa dan keberangkatan Baginda berdua dari Balairong Seri dengan diiringi lagu Raja Berangkat dari Kumpulan Nobat DiRaja Terengganu. 


Berbalik kepada acara hari ni, PIBG sekolah Abang Angah belanja murid-murid dan ibu bapa serta keluarga makan buah-buahan tempatan. Selain durian, ada rambutan, dokong, manggis dan jambu batu. Kecuali durian, buah-buahan tu di'import' dari Johor. Durian pula dari Janda Baik. 





Walaubagaimanapun, acara makan buah di sekolah anak-anak ni timingnya kurang cantik. Musim buah dah menghampiri penghujungnya. Kualiti buah dah menurun. Buah hujung-hujung kata orang. Tapi itu tidaklah menghalang para tetamu menyerbu 'station' durian yang disediakan. Ummi pun antara yang terawal dapat durian πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† kuih durian dan roti pun ada. Memang kenyang makan, alhamdulillah. 



Kata YDP, makan sampai kenyang. Takde nak simpan-simpan untuk orang belakang. Kalau habis, habislah. Siapa yang lambat tu maaflah memang tak sempat merasa. Sambutan dari ibubapa sangat menggalakkan. 


Acara makan buah tembikai, acara sampingan yang turut dianjurkan. Katanya parents dan guru je, tup-tup nampak Abang dengan kawan-kawan dia pun bersila sekali haha... Geng cikgu2 juga yang menang; tempat pertama guru lelaki, tempat kedua geng cikgu perempuan. Hadiahnya buah durian!

Acara sampingan lain; 



Ummi nyaris menang tau teka ulas durian tu. Ummi teka 25 ulas, jawapannya 23 ulas. Takde rezeki hehe... 

Akhir acara, seronok Ummi tengok ada segelintir kaum bapa terutamanya yang sama-sama membantu cikgu dan AJK PIBG membersihkan kawasan sekolah. Semua sampah terus diangkut ke tempat pembuangan sampah di belakang sekolah. Baguslah masing-masing main peranan. Penganjur pun tidaklah penat sangat. 

Tahniah kepada PIBG dan pihak sekolah yang menganjurkan acara ni. Kadangkala acara informal sebegini yang boleh jadi asbab untuk membina ukhuwah dan kerjasama antara guru dan ibubapa kan...

Rezeki kami....
Sebiji durian dari dealer, sebiji lagi dari YDP untuk AJK/guru... Mama Muiz pula bagi sebuku besar roti potong. Malam tu dinner kuah durian, pulut, roti je. Hari dunia sedunia hahaha... 




10 comments:

  1. Seronoknya Ummi.
    Aktif betul pihak PIBG sekolah.
    Rajin buat aktiviti masa cuti πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, aktif sangat. Cuma terpulang pada ibu bapa je nak bagi sokongan ke tidak :)

      Delete
  2. Wah! bagusnya PIBG sekolah Abang tu ya
    Tahniah! buat penganjur bagus idea ni banyak pihak dapat manafaat cikgu-cikgu, ibubapa, anak-anak dan jugak taukeh buah-buahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acara santai macam ni ramai yang join as compared to meeting PIBG πŸ˜…

      Delete
  3. seronoknya ada acara macam ni, puaslah dapat makan buah2 walaupun dah hujung2 musim

    ReplyDelete
  4. tuu diaaa syoknya makan buah-buahan tempatan time cuti2 ni kan :) Alhamdulillah

    ReplyDelete