Thursday 26 July 2018

Hotel Al Haram, Madinah.



Di sinilah Umi dan rakan jemaah KT07 di tempatkan selama hampir 8 hari kami di Madinah. Kami tiba di Lapangan Terbang Prince Muhammad sekitar jam 12 t/malam (pagi jumaat) dan berangkat meninggalkan kota suci ni selepas Asar jumaat seterusnya menuju ke rumah Allah, Baitullahil Haram. 

Boleh BACA DI SINI untuk catatan sebelumnya. Sehingga musim haji kali ini Hotel Al Haram masih digunakan sebagai tempat penginapan jemaah Malaysia. W/pun pernah terdengar ura-ura ianya akan dirobohkan untuk projek pembesaran Masjid Nabawi namun ia masih bertahan hingga kini. 

Pernah panjat tangga ke bilik sebab lift jam/packed.
Mujur tingkat 4, boleh gagah lagi.  

Alhamdulillah rezeki Umi ditempatkan di sebuah suite 2 bilik beserta 2 bilik air di Hotel Al Haram ni. Memandangkan ianya suite maka kedudukannya di corner lot sehingga ramai jemaah menggelarkan suite kami 'banglo'. Walid pula ditempatkan di bilik hotel standard bersama 5 jemaah lain. Rumah teres :) bukan niat Umi untuk bermegah tapi suka Umi nak kongsikan kepada para tetamu Allah, 
sentiasa berdoa agar Dia jadikan kita tetamu-Nya yang istimewa. W/pun kita bukan siapa-siapa, tapi yakinlah dengan DOA kita. Boleh rujuk buku Prof Kamil "Haji:Mengupah Sempadan Iman" untuk kupasan lanjut. Berkat DOA minta dilayan sebagai tetamu yang istimewa, banyak keistimewaan yang Umi dapat. Alhamdulillah syukur. Dengan keistimewaan ni fokus Umi kepada ibadah haji dan ibadah harian jadi lebih mudah. Tenang je hati. Kuncinya? Banyakkan berdoa dalam ungkapan yang kita maksudkan. Tak perlu berbunga-bunga. Nyatakan hasrat kita dan Dia sebagai sebaik-baik tuan rumah pasti akan menunaikan. 

Katil Umi. 

Katil Tok Yah & Makcik Intan. Rindunya 😍😍😍

Kisah mereka ada SINI. Rindunya pada mereka berdua :( 

Bilik ke-2. Dihuni Makcik Ani & co. Ada 4 orang semuanya.

Ruang tamu.
Kami gunakan untuk menyidai pakaian 😊
Tak sempat untuk bersantai di sini w/pun ada sofa juga TV. Masing-masing ambik kesempatan sebanyak mungkin untuk berada di Masjid Nabawi. 

Ada kettle, fridge di kitchen. Cuma Tak sempat guna juga :) 

Hotel Al Haram ni sangat strategic kedudukannya kerana pintu pertama yang akan kami temui untuk masuk ke Masjid Nabawi ialah pintu Uthman bin Affan, pintu khusus untuk jemaah wanita.  Setiap hari kami akan melalui pintu belakang hotel dan berjalan terus ke Masjid Nabawi. Hanya sekadar 50-60 meter. 


Makanan pertama kami oleh pihak TH. Hanya untuk hari pertama sahaja pihak TH menyediakan sarapan untuk jemaah. Masuk hari kedua dan seterusnya sarapan adalah 'sdn bhd' (tanggungan sendiri). Pihak hotel hanya menyediakan minuman; kopi/tea juga gula & krimer di dewan makan. Untuk makan t/hari dan malam sahaja disediakan setiap hari. 

Selain nasi dan lauk, air mineral dan buah disediakan untuk lunch & dinner. 

Dewan makan.
Selain menjamu selera, sebarang taklimat/perjumpaan diadakan di dewan ni.

Istimewanya Hotel Al Haram ni, di aras bawah terdapat deretan kedai menjual pelbagai jenis barangan yang kebanyakannya sesuai untuk dijadikan buah tangan seperti pakaian, makanan kering (kurma, kekacang dsbnya) serta minyak wangi dll. Yang paling best, pusat operasi PosLaju juga ditempatkan di sini. Jika jemaah hotel lain perlu mengangkut barang ke sini atau pihak PosLaju sendiri yang akan mengangkut barang yang hendak di pos, kami hanya perlu turun ke bawah dan melakukan transaksi yang sepatutnya. Sangat mudah dan menjimatkan masa dan tenaga. W/bagaimanapun hotel utama yang lain seperti Movenpick juga ada menempatkan perkhidmatan courier lain. Nationwide kalau tak silap. Di hotel kami juga ada counter TH untuk sebarang urusan berkaitan. Nak keluar masuk duit umpamanya hanya menggunakan name tag yang diberi. Tidak perlu membawa passbook TH ke sana. 

Terserempak dengan staff PosLaju yang sedang mengangkut barang kiriman jemaah untuk dipos ke pusat operasi di Hotel Al Haram dari hotel berdekatan. 


3 kotak besar kami pos balik ke Jitra.
Barang sampai dulu sebelum tuan balik ke tanah air. 

Kami borong sejadah untuk sedekah pada kawan-kawan dan saudara mara. Kadang tu terasa juga ralatnya bila memikirkan kos yang terpaksa ditanggung untuk mengepos tapi bila difikirkan sejadah boleh digunakan lama (lasting) berbanding perfume umpamanya, kami tekad. Moga setiap kali ada yang menggunakan sejadah yang kami hadiahkan mengalir juga pahala untuk kami. Itulah hasratnya. 


Masjid Imam Bukhari di hadapan hotel. Kami tak berkesempatan masuk ke dalam masjid  (rasanya tak dibuka) tapi hanya meninjau di sekitarnya sahaja. 

Antara kedai yang ada...

Di kiri kanan hotel penuh dengan deretan kedai. Kedai cenderamata, runcit, telefon, restoran, semuanya ada. Ada juga yang mendakwa kedai yang diuruskannya milik Dato' Azeez (mantan Chairman TH). Entah betul entah tidak. 

Ambik peluang untuk waqaf Quran. Pastikan anda beli ditempat yang betul. Ada Al Quran yang tidak dibenarkan diletakkan dalam Masjid Nabawi. Untuk standardization. 

Hotel berdekatan...





Pergerakan asal. Bila ditunda selepas asar, sempat kami bersolat jumaat sekali lagi di Masjid Nabawi. Alhamdulillah dapat 2x solat jumaat di sini. 

 Ya Allah! Berilah kami kesempatan untuk ke sana lagi. Jemput dan bawalah kami ke rumah-Mu sekali lagi. Aamiin. 

Rindu.

6 comments:

  1. Sama thun rupanya..saya kt41....mmg x terkata prasaan sewaktu nak meninggalkan bumi Madinah...saat kapalterbang meluncur keudara..airmata pon meluncur sama tanpa dpt ditahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke hajjah? Alhamdulillah tahniah. Terbayang-bayang lagi kenangan manis di tanah suci kan. Moga ada rezeki kita ke sana lagi. Aamiin.

      Delete
  2. Rindu ingin menjadi Duyufurrahman lagi ye Pn Hazel..
    Pn Hazel pergi 2014 ye..
    CH pergi 2017..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu yang amat sangat Kak. Especially setiap kali tiba musim haji huhu...

      Delete
  3. seronoknya berkesempatan kesana. mudah2an rezeki kami menyusul tiba dijemput menjadi tetamuNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Moga ada rezeki utk Siti juga. DOA banyak2 moga dijemput kesana aamiin.

      Delete