Sunday, 8 July 2018

Kenduri 14/18 ~ Raikan Pengantin di Dewan Raja Sehari



Elok sahaja baby Rayyan balik, cepat-cepat kami keluar rumah. Ada jemputan kenduri kahwin di Dewan Raja Sehari, Batu Muda. Kali pertama kami ke sini. Trafik boleh tahan sesak jugaklah hari tu sebab ramai keluar beraya. 

Mulanya Umi sangka Dewan Raja Sehari ni macam dewan-dewan lain. Ianya sedikit berbeza sebab dewannya kecil sahaja. Sesuai untuk bersanding dan akad nikah. Hari tu pun umi nampak pihak keluarga saja yang duduk di dalam dewan tu. Untuk jamuan disediakan kanopi besar di luar dewan. 

Sedap-sedap menu yang disediakan oleh tuan rumah. Pelbagai pilihan makanan ada. Pilihan Umi tetaplah nasi ๐Ÿ˜† 

Nasi minyak.

Ikan keli berlada ๐Ÿ˜‹

Terima kasih HO atas jemputan. Moga kedua mempelai hidup rukun & damai. 


1 comment:

  1. Sedapnya ikan keli berlada tu. Kadang kadang jemu jugak asyik makan nasi minyaklah PH kalau pi kenduri.... mmg elok kalau tuan rumah hidang lauk biasa mcm tu dengan nasi putih

    ReplyDelete