Monday 13 July 2015

Memori Haji ~ Rindu Madinah



Kubah hijau ~ dibawahnya bersemadi jasad insan teragung yg dirindui

Hari ni Mak akan berangkat ke Madinah sebelum ke Mekah utk menunaikan umrah. Bermakna Mak akan menyambut lebaran di sana. 

Bila teringatkan Madinah hati saya sangat rindu akan tempat suci tersebut. Rindu yang bukan dibuat2 tapi lahir dari hati yg mendambakan ketenangan dan kemuliaan tempat tersebut. Manakan tidak, disitu bersemadinya jasad Baginda Nabi SAW yg mulia. Segala yg ada di Madinah bagi saya sangat menyenangkan; penduduknya, suasananya terutama di Masjid Nabawi malah tiupan anginnya juga terasa lainnya. Panas tapi lembut. Terasa bagai ada magnet yang menarik diri utk ke sana lagi dan lagi. 

Sebaik meletakkan barang dan berwuduk serta membersihkan diri serba sedikit, saya dan suami terus bergegas ke Masjid Nabawi. Waktu sudah melewati tengah malam namun kami tegar utk ke masjid malam itu juga w/pun pihak TH hanya akan membawa jemaah ke masjid keesokan harinya. Pertamanya kami khuatir jika tidak sempat utk mencukupkan 40 waktu bersolat di Masjid Nabawi, just in case. Keduanya yang lebih utama kami tak sabar utk menziarahi Baginda SAW. Diriwayatkan sesiapa yg menziarahi Baginda selepas kewafatannya samalah spot menziarahi Baginda sewaktu masih hidup. Allahu Akbar! 


Keesokkan harinya kami jemaah KT07 dijadualkan utk melawat sekitar Madinah (ziarah luar) tapi kami memilih utk bersama jemaah KT06 yg akan melawat sekitar Masjid Nabawi dan ke Raudhah. Kami sudah tidak sabar utk ke Raudhah yang mulia. Hanya Allah sahaja yg tahu perasaan saya saat berada di taman syurga tersebut. Setiap yang ke sana pasti akan merasai keistimewaannya. 

Hari2 kami di Madinah diisi dgn penuh kegembiraan ~ berulang alik ke masjid, menziarahi Raudhah juga tempat2 bersejarah. Semua ini mendekatkan kami dgn Baginda SAW dan sejarah perjuangan Baginda. Ada tarikan luarbiasa di bumi suci ini. 

Sungguh, saya ingin ke sana lagi.

No comments:

Post a Comment