Thursday, 17 May 2018

Hari Guru 2018



Baru nak up cerita hari guru tahun ni...terbabas sikit sebab meraikan tetamu istimewa, Ramadhan al Mubarak yang hadir sejak semalam.

Sekolah Abang & Angah dah sambut hari guru Rabu lepas. Tengah exam tapi Rabu tu no exam hehe... Tapi Pasti kakak postpone sambutan hari guru sebab tengah revision week. Kelakar pulak macam nak exam besar je sampai kena postpone hari guru  padahal preschool level je 😜 

Tahun lepas Umi hadiahkan kurma untuk cikgu-cikgu sempena hari guru. Umi yang hadiahkan ye, sebab anak2 tukang pass je haha...yang pening nak pikiaq hadiah apa nak bagi Umi ni lah. Saban tahun sejak Abang masuk Pasti Umi dah terkena penyakit pening cari hadiah ni 😁 memang lah cikgu-cikgu tak harap/minta pun hadiah tapi Umi buat lebih kepada kebaikan anak2 Umi. Agar depa tahu menghargai, menghormati dan meraikan jasa dan pengorbanan cikgu. Harapan Umi kebaikan yang dibuat ni kembali kepada kita. Bak kata Ustaz Pahrol, memberi untuk menerima. Bukan harapkan balasan material, tapi redha & DOA dari cikgu-cikgu mereka. 





Tahun ni Umi malas nak fikir panjang. Umi pergi kedai Ameena Bee beli stationary set je untuk cikgu. Balik rumah Umi balut cantik-cantik letak reben. Then masukkan dalam paper bag. Untuk cikgu-cikgu kelas Abang Umi bagi pen dan letak dalam kotak doorgift yang Atok Bomba bagi masa wedding anak dia tempohari. Kotak tu memang Umi simpan elok-elok. In fact, paper bag pun Umi re-use je. Jom selamat kan bumi yeah! 

Angah buat persembahan sempena hari guru. Dapatlah bekas hijau tu. Kurma tu pulak Lady Boss bagi. Sedang elok tupperware tu Umi buat bekas simpan kurma tu 😁

Terima kasih buat semua yang bergelar guru, formal mahupun tidak. Hatta kita sebagai seorang ibu juga adalah  seorang guru. 

5 comments:

  1. Bagus idea bagi hadiah penghargaan buat guru, anak2 pun gembira. Wah kenapa tak tegur julia masa hari sukan PASTI yang lepas...julia tak cam puan hazel sebab dalam blog tak ada gambar kan. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun sekali apa salahnya kan...

      Hikhik...sengaja kita tak tegur juju, because I want to remain anonymous bole gitu haha...

      Delete
  2. Kak Long dah dua tahun berturut-turut bagi perfume Fleur kat cikgu2...memikirkan cikgu2 semua mesti ada kereta kan. So, perfume tu boleh la letak dalam kereta, dalam rumah pun boleh...
    Ajmal merungut, alaaaaaa....bagi perfume lagi...
    Kak Long bagitau dia, kalau mama jadi cikgu, mama suka dapat perfume, tak yah beli lagi...hihihiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik idea k.long ni. Next year bole try hehe...

      Delete
  3. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete