Wednesday, 23 May 2018

Adik Turns 2


Alhamdulillah dah 2 tahun anak Umi. Makin keletah, makin nakal and banyak cakap :) 


Sebab dia ada Abang kakak nampaklah progress dia sangat cepat. Apa yang Abang kakak buat, main, makan minum semua dia nak ikut. Bab bergaduh pun boleh tahan. Asyik nak menang je especially dengan kakak. Selamba je gigit or tarik rambut kakak bila berebut something. Kesian kakak bila kena tarik rambut meraung dia 😰😰😰


Sekali lagi Umi order brownies dengan Dylla Zayri. Bila tanya Adik nak kek birthday macam Umi (RV cake) ke macam Angah (brownies) dia cakap "kek nies" :D nak brownies la tu 😁


Berbuka semalam Umi masak nasi goreng dengan ayam goreng ala KFC  je. Sebab depa request macam tu. Dah jadi menu wajib pulak budak2 ni kalau sambut birthday je nak makan ayam goreng dengan nasi goreng. Senang keja Umi hihi...
Tapi Umi up sikit kali ni, buat tomyam campur utk kuah.  


Brownies tu Umi hantar sikit dekat aisyah, anak jiran yang birthdaynya selang sehari dgn Adik. Dibalasnya dengan kek, kurma 2 kotak dan coklat. Allahu! Segan pulak. Kita bagi sikit je. Tapi itulah aturan rezeki, semuanya dari Allah. Alhamdulillah. 

To Adik, we love you so much. Please don't grow too fast! Tak puas lagi nak peluk cium sakat Adik πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†




6 comments:

  1. SANAH HELWAH ADIK.. semoga membesar dgn sihat jadi anak yg baik..untie nak brownies tu sikittt bolh.. hhehehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah happy belated birthday.. sama2 kita May babies adik hehe =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah happy birthday to you too acik siti :D

      Thanks for dropping by.

      Delete
  3. sanah helwah Adik...semoga membesar menjadi insan yg berjaya, solehah dan cemerlang didunia dan akhirat.

    Rindu akak kat anak2 waktu usia begini..melayan keletah diaorg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Tq Kak.

      Cepat je diorang besar kan...Ini pun tup-tup dah 1 tahun :(

      Delete