Monday, 14 May 2018

GE14 ~ Cerita Mengundi Kami



Alhamdulillah GE14 dah selamat dilaksanakan pada 9/5/2018 (Rabu). Tahniah pada semua rakyat Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab masing2. 

Hampir seminggu berlalu nampaknya suasana kembali tenang & reda. Penat bersengkang mata menunggu election result sampai pukul 4-5 pagi, berdebar menunggu angkat sumpah PM yang baru, tunggu announcement barisan kabinet dsbnya w/pun memenatkan but at the same time menyeronokkan! First time menyaksikan perubahan kerajaan, dari BN ke PH. The transition process pun alhamdulillah smooth.  Kepada yang menang harapnya menunaikan segala janji yang telah dibuat dan menjaga amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Jangan sampai janji dicapati sudah πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Newspapers sold out on Thursday.
On Friday Walid borong semua. Sampai sekarang belum habis baca haha...cerita semua sama je kan πŸ˜‰

Honestly months before the Parliament was dissolved, jika diminta memilih satu hashtag Umi akan pilih #ihavedecided. Bukan dah decide nak undi siapa tapi decided tak mau balik mengundi. That time Umi rasa macam semuanya sama je. Kutuk sana kutuk sini. Ada yang dah diberi mandat, betrayed our trust, ada yang berebut jawatan dsbnya from both sides of the divides. Yang sengsara rakyat yang makin hari makin terhimpit dengan pelbagai isu especially kos sara hidup yang semakin menekan, di segenap sudut. 

However, once the Parliament dissolved aura election tu mula mai haha... Especially after the nomination day. Dengan segala poster, buntings, banners, bendera sana sini meriah sungguh. Mulalah Umi bisik-bisik dekat Walid ajak balik mengundi. Mula buka cerita lama, GE13 hari tu Umi tak balik mengundi sebab tengah 'mabuk' pregnantkan kakak... Last time mengundi tahun 2008. Abang pun dalam perut time tu πŸ˜†

Yang geramnya boleh Walid lupa dia balik dengan Abang & Angah je time GE13 tu. Umi sampai sekarang ingat lagi. That day gas memasak habis. Puas call sana sini minta hantar kan gas tapi semua kedai tak boleh deliver, tak cukup pekerja. Lastly Umi angkat dengan Tok tong gas tu, bawak ke kedai. Masa pergi ok sebab ringan. Bila dah balik nak masuk ke dapur Allah struggle sungguh. Memang tawakkal sungguh time tu sebab kandungan Umi masih fragile. Baru first trimester. Alhamdulillah nothing bad happened. 

But Walid was not easily sold πŸ˜‰ sebab anak2 supposedly exam on 11/5. Kalau balik kampung mesti tak sempat buat revision kan... Another concern of course la money kan. Nak puasa, nak raya banyak pakai duit nanti. But we made a wise decision and become a part of the history yeaha! Dapat cuti extra lagi, rugilah siapa yang tak balik kampung hari tu kan kihkih... 

On the voting day, Walid took the first turn. Sejam setengah beratur nak mengundi. Then baru balik kampung Umi bawak Tok mengundi. Umi mengundi kat tempat lain. So 3 tempat mengundi kami serbu. Since dah petang, Tok & Umi tak payah que pun. Terus masuk bilik mengundi sebab takde orang. Selesai mengundi terus bertolak balik. Lega dan seronok dapat tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat.  


DOA Umi moga negara kita terus maju jaya. Aamiin. 


7 comments:

  1. moga dengan pentadbiran baru ni negara dan rakyat terus aman

    ReplyDelete
  2. Must be so tiring having to go to 3 places. But you guys voted! Yay! Let's look forwards to a better Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup but worth the effort I guess :)

      Delete
  3. Akhirnya .....
    Harapnya PH dapat memulihkan ekonomi negara menjadi lebih baik.
    Tulah tu lega dah sebab kat WA dah kurang dah keluar bab politik ni . Kalau tidak , sampai confuse nak undi parti mana hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully Kak...yang paling harga barang keperluan dapat distabilkan semula. Tak sabar tunggu 1/6 ni for GST zero rate. Baru syok nak shopping raya :p

      Delete