Monday 2 April 2018

Kembara Bumi Mumbai




Walid outstation lagi... Kali ni ke Mumbai pula. Outstation kali pertama untuk tahun ni, kali ketiga sepanjang setahun di syarikat ni. Bila dah kerap outstation ni kadang tu rasa jemu juga. Kebetulan kali ni travel time cuti sekolah. Mereputlah Umi dengan anak2 di rumah 😅 banyak juga hal keluarga yang terpaksa kami skipped sebab Walid takde. 

First time Walid outstation ke Perth, semua super excited. Bila sampai ke tempat yang lebih maju dari kita memang membuatkan kita rasa kagum dalam banyak perkara seperti public transport, prasarana dsbnya. Bila ke Mexico pun masih rasa excited sebab tempat yang pastinya takkan pergi kalau bukan atas urusan kerja. Dan bila jejak kaki ke sana ada tarikan tersendiri rupanya Mexico ni. Cantik negaranya mengadap Laut Caribbean. Dengarnya Yuna pun honeymoon kat Mexico :) 

W/bagaimanapun bila ke Mumbai rasa teruja tu makin menurun. Apatah lagi bila sampai di sana segala-galanya memeningkan kepala 😇😇😇 
 Dari bab makan, security, kebersihan sehinggalah bab traffic jam semuanya menyesakkan. Mumbai ni sebenarnya kota yang besar;  pusat perniagaan, kebudayaan, pelancongan dll tapi prasarananya sangat daif.  Belum masuk lagi bab peraturan jalan raya yang macam takde langsung. Nak naik turun kenderaan awam seperti bas atau auto (tuk-tuk) main redah je. Ada yang terjun ikut suka hati je ketika kenderaan sedang bergerak. Ingat orang Malaysia dah terer, main hand phone sambil driving, orang Mumbai lagi hebat. Terjun bas selamba je 😁





Umi ingat depa jual kambing hidup. Rupanya kedai jual daging kambing. Aduh kesian kambing2 tu kan...trauma depa :( 

Travel ke Mumbai ni lebih kurang 5 jam je. Beza waktu pun 2 jam 1/2 je dengan kl. Kita pukul 2.30, depa baru pukul 12. Untuk ke India, perlukan visa. Time nak buat visa ni pun dah mula bibit2 pening tu hehe... Que punyalah panjang kat luar high commission tu. Masuk dalam berebut pulak ambik no giliran. Visa boleh siap in 1 day with extra charge of rm50. Kalau taknak bayar 50, dok diam2 lepas 3 hari datang ambik. Nak ambik visa ni boleh diwakilkan. Time buat visa kena present la. Untuk exchange rate duit kita lagi besar, rm1 = +- 16 Indian rupee.

Ramai orang nak ke India rupanya. 

View from the office. 

Jarak dari hotel ke office +-7km tapi nak commute ke office around 1-1 1/2 jam by car. First week sebab boss join so adalah driver datang jemput everyday. Second week, sendiri mau ingat konsepnya 😁 naiklah uber sebab it is advisable to book uber cars or ask the hotel personnel to call a taxi instead of  random taxis/autos. Lebih selamat poket dan keselamatan lebih terjamin.



One thing yang kena berjaga sangat dekat Mumbai ni is about food & drink. Tak boleh makan sebarang tempat or beli minuman tepi2 jalan sebab tahap kebersihan sangat rendah. Sumber air tu yang tak bersih. Sebab tu ais jangan sesekali minum. Hanya bottled mineral water je yang OK.

Hsmpar paper makan kat hotel je :)
About the food pun after a week there dah start jemu. Hari-hari makan KFC je sebab kat food court area office tu tak hygiene. Depa try makan sekali je, pakat sakit perut haha... For dinner, order dekat satu kedai ni (via WhatsApp je) then depa hantar. Nak jalan ke kedai even dekat pun tak berani, jalan sangat-sangat sibuk and lawless 😓

Order food dekat kedai ni lah
Snap menu siap2 then order je
Satgi depa pi hantaq ke hotel 👍👍👍

During weekend tu depa booked a trip (thru hotel of course) untuk pusing2 Mumbai. As usual tempat wajib dilawati are Gate of India, Taj Mahal Hotel yang katanya ada case bombing dulu...





Gate of India ni tinggalan sejarah. Masa penjajahan British dulu king dia nak melawat India so dibinalah satu pintu gerbang utk raja depa lalu. Turun dari kapal lalu bawah pintu gerbang ni lah. Barulah grand. Dekat sini ada dataran yang luas untuk melepak juga jeti untuk naik bot menyelusuri sungai. Again, for safety reason Walid tak naik pun bot ni. Life jacket takde, berebut-rebut pulak tu... Better be safe than sorry. W/pun di sini tempat tumpuan pelancong tapi sayangnya takde satu pun gerai/booth jual souvenirs. Rugi depa tak manfaatkan peluang dan ruang yang ada.





 Then depa dibawa ke tempat dobi manual yang terbesar tu. Takde yang menarik pun dekat dobi ni tapi dari pembacaan Umi kalau pergi Mumbai mesti datang sini. Maybe sebab kat tempat kita takde kan.



 Lepas tu dibawa ke tempat shopping pula. Umi survey katanya kain saree boleh dapat sepasang rm30-50 je. Umi pun order lah 3-4 pasang dekat Walid sekali tu mak aaii harga seratus lebih sepasang! Taktau lah kalau driver tu ingat Walid & gang ni loaded sebab dok 5-star hotel terus dibawa ke tempat shopping yang mahai ni. Padahal hotel tu company yang bayarkan 😃




Kat belakang couple tu lah masjid haji Ali @ Ali haji yang terkenal dengan kisahnya yang tersendiri. Nak ke masjid tu kena jalan atas jambatan sebab masjid nya agak jauh dari daratan. Walid pun tak singgah.


 Masjid ni Walid singgah solat jumaat.



Ada area yang agak modern juga especially area office Walid tu (commercial area). Even big names likes Hard Rock Cafe pun ada. Kira jurang miskin & kaya tu sangat ketara. 




Alhamdulillah Walid dah selamat kembali. Umi pun dah dapat kain saree haha :D



7 comments:

  1. raya ni ber sari la akk.. hehehee

    ReplyDelete
  2. gitu rupanya mumbai yang lawless ni. adoiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau kaki travel tu OK kot Kak. Redah je...

      Delete
  3. Mana kain sarinya tunjuklah sikit hihi....Mentang mentangg dah kenduri saree duk sorok pulak ye hahaha....
    Yelah PH.... pi negara maju syok dia mesti lain macam. Pi Mumbai tahap keexcitedannya menurun bawah paras negatif hahaha....

    Dengar jugak kalau kat India jangan minum ayaq sembarangan, memang boleh meranalah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu rayalah Mak ooi...nanti basi baju raya I :D

      Itulah pasal... Asyik outstation je boring dah ni

      Jgn buat main Kak, ada member hubby kena admit spital sebab minum coke letak ais je pun. Maybe ais tu dari sumber air yg tak bersih agaknya...

      Delete
  4. sesak tengok mumbai ni. oh dapat kain saree ye, saya pun dapat jugak, kakak beli dari kashmir, tak dapat pergi kashmir dapat kain saree pun jadi lah hehehe

    ReplyDelete