Wednesday, 25 April 2018

Best rupanya guna 'iron Amway'...


Umi kalau bab laundry memang suka. Basuh, sidai, angkat, lipat semua Umi suka. Lagi banyak lagi best. Ada orang tak sukakan tapi Umi rasa release tension je 'bergelumang' dengan kain baju ni haha... Lagi best dapat lipat kain sambil layan movie kat tv. Rasa macam ini dunia ana yang punya πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Tapi Umi tak suka iron baju. Tak suka satu hal, tak pandai pun ye juga... Especially pants. Tapi of course lah kena iron juga baju sekolah anak2 dan baju/tudung Umi pun. Iron tetap iron cuma tak lendik (kemas/cantik) macam kat dobi tu. 

Masa Walid cakap nak beli 'iron Amway' tu Umi cakap tak payahlah. Baju/seluar kerja Walid pun hantar dobi. Baik beli PC Noxxa kat Umi πŸ˜‰ tapi tu lah senyap-senyap je Walid kawtim dengan Tok Umi beli 'iron Amway'. Nama je 'iron Amway' tapi actually product Philips. The case of "Philips punya iron, Amway dapat nama" haha...

Alasan Walid supaya mudah Umi nak iron baju anak2. Munga-munga hati Umi 😘 but  I doubt myself at first. Kita taulah ability kita kan esp bab iron ni memang ke laut... Tapi bila Umi dah start guna tu memang sangat-sangat best. Laju je Umi iron baju. Memang sedap rupanya guna iron ni, smooth je. Tak payah nak adjust dah suhu. Auto detect. Patutlah kawan-kawan Umi cakap seronok guna iron ni. Memang cepat kerja iron baju esp yang ramai anak2 bersekolah macam kami ni. 

But honestly Umi bengang juga dengan depa ni. Iron Umi dapat bulan 9, tapi iron board bulan 1 hari tu barulah dapat. Katanya ada problem. Kena return stock iron board tu sebab ada masalah karat. Dunno lah tapi of course Umi bising juga w/pun Walid yang beli haha... Iron dah dapat tapi iron board on the way kata depa. 3-4 bulan gap tu. 

Received on 24/9/2017

Model tak berbayau bersama iron board received on 12/1/2018

But yang kelakarnya bila iron board tu dah sampai, Umi simpan je. Walid pun heran, hari tu kemain riuh iron board tak sampai-sampai 😊 iron board lama elok lagi pakai jelah. Cuma baru minggu lepas Umi start guna, itupun lepas kena 'sound' dengan Tok Umi. Haha... Bila guna iron board baru ni lagi mudah rupanya kerja menggosok Umi. Board tu kan panjang, lebar and is designed to suit the iron itself so memang ngam lah digunakan bersama. Lagilah Umi suka nak menggosok sekarang ni. 

Umi just share my experience ye, bukan nak promote produk ni. Takde apa-apa kepentingan pun. Membership Umi pun dah expired long long time ago :p 
 Umi suka baca review orang before nak beli apa-apa product esp yang harga ribu riban macam iron Philips ni. So this is my story.  So kalau ada yang nak beli, ianya memang very helpful. Jimat masa dan tenaga. But again, think about the cost. Ours is rm1600. Itupun bayar installment, kalau tak kirim salam je lah 😝

2 comments:

  1. mmg reasonable beli mmg ada keperluan.. nak gosok baju sek anak mesti banyak.. mmg berbaloi

    ReplyDelete
  2. So far rasa berbaloilah ada iron ni. Gian pulak akak hari2 nak iron baju je haha

    ReplyDelete