Wednesday, 18 April 2018

Air tangan Dylla Zayri yang super sedap πŸ˜‹



Hari tu Umi nampak k.Zai post gambar kek birthday (brownies) yang dibuat sendiri oleh anaknya, Dylla Zayri. Umi tunjukkan pada Angah terus dia cakap "Angah nak kek ni bday Angah nanti". Memang tengah survey pun time tu nak beli kek untuk birthday dia. 


Umi pun risik-risiklah dengan k.zai. rupanya bukan brownies je yang Dylla buat, macam2 kek/brownies juga kuih frozen.  

Dugaan betul kan nampak kek-kek ni. Rasa nak try semua




So untuk birthday Angah hari tu Umi pun order lah brownies tu. Alhamdulillah memang sedap. Rich with choc flavor but not too sweet. Balanced rasanya. Sekali depa 4 beradik hadap je dah tinggal separuh bekas πŸ˜† 

Kek Angah hari tu macam ni la

Then masa buat makan-makan tempohari Umi order lagi dengan Dylla. Senang sebab boleh COD. Kali ni Umi order kek pandan gula melaka pulak. Alhamdulillah tak mengecewakan sebab tu Umi berani recommend kat blog ni. Yang jadi rebutan dan dapat banyak pujian that day were this kek and kari daging k.Zana. Lauk pauk Umi masak takdak sapa pun puji haha... Lepas ni kita order je lah semua ye B πŸ˜‰


 Jangan tak tau, sampai ke Kedah kek tu. Adalah Umi tapau untuk ipar duai sikit buat rasa. Kuih frozen pun sedap. Umi dah rasa juga cucur badak hari tu. Size besar macam kuih dulu-dulu bukan cinonet macam sekarang πŸ˜€ 

Boleh contact Dylla di FB ni πŸ‘†

Kalau ada yang nak order silakan. Umi memang recommend baik punya :) Ini bukan sponsored post ye. Umi ikhlas nak share sebab memang sedap dan mudah sangat deal dengan Dylla ni. Yang penting boleh bayar cash on delivery, with small charges of course.  




All the best Dylla ✌

*Credit photos to From the Kitchen of Dylla Zayri. 

4 comments:

  1. eh.. hkl ada..bolh order ni..huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalagi order lah zie...tak nyesal insha Allah sebab mmg sodap :)

      Delete
  2. wahhh...boleh order cookies untuk raya ni :)

    ReplyDelete