Wednesday 7 March 2018

Sejadah Turki yang menawan...




Kali pertama memandangnya Umi sudah jatuh hati. Setiap hari selepas keluar dari Masjid Nabawi mata Umi akan melirik memerhatikannya. Ianya dipamerkan di sebuah kedai berhadapan masjid. Harganya 20 riyal. Tapi Umi tahan dulu hajat dihati, tunggu sehingga hari2 akhir di Madinah baru lah nak beli. Lagipun Umi nak survey dulu di kedai lain. 

Akhirnya jadi milik Umi juga sejadah buatan Turki yang sangat halus tenunannya. Tapi awas, ada juga buatan India. Boleh nampak jelas bezanya. Sejadah Turki sangat halus tenunannya, lembut, dan dibuat dari kain/benang yang tinggi  kualiti berbanding hasil buatan India w/pun sekilas pandang nampak serupa. 

Umi beli beberapa helai untuk dihadiahkan kepada keluarga/sahabat rapat. Untuk Umi sendiri, Umi pilih cinta pandang pertama Umi :). Ekslusif untuk diri sendiri Umi pilih satu2nya corak yang tak sama dengan orang lain. Malah, Cg Norlia teman jemaah menyarankan agar Umi bingkaikan sejadah ni untuk dijadikan hiasan sebab ianya sangat memikat. Bukan seorang dua yang memuji tau... 



Sejadah ni jugalah yang selalu menjadi medium untuk Umi 'berbual' dengan jemaah negara Turki. Umi tunjukkan sejadah yang bertulis "Turkiye" dibelakangnya sambil tunjuk thumb up apalagi senyum sampai ke telinga makcik2 Turki tu, sambil tunjuk2 kan sejadah tu pada rakan-rakan senegaranya pula. Ditepuk-tepuknya bahu kita. Malah ada seorang jemaah warga emas yang sempat mencium dahi Umi tanda gembira. Apa yang seronok sangat Umi pun tak tahulah. Bangga agaknya hasil keluaran negara mereka jadi pilihan. Senang je nak kenal jemaah dari Turki ni, sebab mereka akan pakai baju seragam ala over coat beserta seluar, sedondon jemaah lelaki & wanita. Warna pakain pula warna2 samar seperti light gray, olive green dll. Selain tu, raut wajah serta susuk tubuh mereka yang agam memudahkan kita mengenali mereka. Muka nampak garang kebanyakkannya tapi hati baik sangat. Mudah didekati dan mesra.

Pernah sejadah kesayangan Umi ni tercicir. Sangka Umi takkan bertemu lagi dengan nya tapi panjang lagi jodoh kami. Bila balik ke hotel, Umi nampak sejadah Umi masih di  atas sofa di lobi hotel Abraaj Janadriyah, tempat penginapan kami di Makkah.

Sebenarnya kelmarin umi dihadiahkan sebelah sejadah buatan Turki, oleh jiran Umi yang baru balik mengerjakan umrah. Sebab tu lah terimbau kenangan umi dengan sejadah Turki ni. Alhamdulillah untuk rezeki & memori yang manis Allah hadirkan untuk Umi. Am blessed, alhamdulillah. Moga bertambah rezeki & berkat untuk ira sekeluarga. Aamiin.


Minyak wangi pun ada. 


Ini dari Hjh Sofiah tandamata dari mekah sewaktu mengerjakan haji tahun lepas. Memang banyak lah stock perfume dari tanah suci di rumah ni hehe... 


Yang ni pun rezeki juga. Nasi beriani & daging masak kurma, bang aji bawak balik dari office. Boss order dari Beranang katanya. Sedap! 



4 comments:

  1. cantiknya sejadah turki tu. product keluaran turki terutama dessert dia alahai sedap nyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat Kak. Bila terpandang je memang menggamit memori sungguh :)

      Delete
  2. Lawanya sejadah tu.. Mesti teringat ingat lagi kan spjg berada di tanah suci

    Salam kenal & singgah Zaleha Pengedar Youth

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul...

      Salam kenal juga :) thanks singgah ye

      Delete