Wednesday, 21 March 2018

Kenduri 08/18 ~ "yeay pakdin kahwin"



Budak2 ni memang kamceng dengan pakdin ni. Asal van pakdin lalu je depan rumah, pakatlah berebut nak panggil pakdin. Kadang tu sampai terkejut orang tua tu kena jerit dengan budak2 ni 😇

So bila Umi bagitau pakdin jemput kenduri memang depa excited. Kakak siap cakap "yeay pakdin kahwin" hahaha. Padahal pakdin nak kahwinkan anak dia hikhik... 

Since Walid tak dapat join, Umi pergi dengan anak2 je. Sebelum keluar rumah Umi bagi tugasan siap2 untuk Abang dengan Angah; ambik air dan makanan. Susah juga kalau Umi nak kena bangun ambikkan nasi untuk anak2 sebab risau nak tinggalkan adik. Lagipun depa ni suka bersaing antara satu sama lain. Bila dah delegate tugas ni senanglah. Tak berebut dah sebab masing2 ada tugasan. Sekarang ni pun kalau nak keluar dengan depa Umi bagi tugasan siap2. So far menjadi taktik Umi ni alhamdulillah. 

Selambak lauk Abang letak dalam pinggan Umi :)
Selain lauk pauk yang sedap sangat, yang special nya kenduri ni ada lemang & rendang. Pucuk dicita ulam mendatang gayanya sebab Umi memang dok teringin nak makan lemang! 



Ada seorang warga emas kat belakang tu nyanyi sedap sungguh. Ingatkan kaset/CD rupanya tokwan tu nyanyi live! Suara sebijik macam Ahmad Jais. Serious sedap suara dia 👍 👍👍
Nasib baik kat kenduri orang, kalau tak teringin juga nak request lagu suruh tokwan tu nyanyi :p 

Buat pakdin sekeluarga, selamat menyambut menantu. Lepas ni sambut cucu pula 😉
Aamiin. 


4 comments:

  1. Oh senang tu ada assistant, boleh praktik kan jugalah camni, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus Kak...kita jugak yang senang haha

      Delete
  2. Anak dah boleh diharap senang sikit kan PH.... order je kejenya hahahaha...
    Hujung minggu ni pun ada jemputan kawen officemate suami.

    Dah terasa rasa nak makan gulai kawan dengan pajeri nenas weyh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...terasa macam queen pulak kita Kak...

      Sedap tu Kak ooi! Tapau sikit :p

      Delete