Wednesday 28 March 2018

Bila Walid outstation...


Baru-baru ni Walid outstation. Tok pula balik kampung. Tinggal lah Umi dengan anak2. Hip hip hooray la jawabnya 😉 part paling best tak payah masak beria... Makan dengan depa ni lauk simple-simple je. Nasi goreng pun jadi... 


Ini mee kuah utara Umi masak untuk dinner hari tu. Sedap lah resepi cik nannie ni.  Sebungkus mee tu habislah kami anak beranak kerjakan hikhik... 


Ada hari tu Umi bawak depa breakfast kat kedai Atok. Atok ni dah tua tapi masih gagah berniaga. Adalah pekerja-pekerja yang dia upah. Atok ni tukang jaga duit. Kadang tu nampak dia tidur atas kerusi malas depan gerai. Kesian pulak tengok. Tapi atok ni pemurah. Setiap kali ada budak2 datang ke kedai dia atau kedai sebelah2, dia akan sedekah rm1. Moga bertambah rezeki atok. 


Ini masa nak pergi celebrate bday Angah. Nak pegi KFC je tapi cuak juga Umi takut depa tak behave. Alhamdulillah semua good 👍👍👍

Bawak pergi barber shop pun Umi dah pandai :) 


Tapi ada juga ujian bila Walid takde ni. Sehari selepas Walid flew, tiba2 pulak Astro buat hal. Umi suruh Angah lap screen TV. Dia pi lap & spray decoder astro sekali 😏 basah agaknya dalam decoder tu, tak boleh read the card. Tau walid suruh buat apa bila umi bagitau dia? Dia suruh angkat decoder tu pi jemur kejap. Umi pun ikut lah cadangan bernas tu 😝 tapi tak jalan juga. Risau dah Umi sebab kalau TV rosak cuti sekolah nanti macamana... Bukan lah 24 jam tengok TV pun tapi at least takde lah depa dok merap Umi je nanti... Alhamdulillah the next day tu dah OK. 


Lagi satu yang tak bestnya yang ni... Sedih tengok keta Walid kena langgar huhu... Nantilah Umi cerita lagi pasal ni...


Dua minggu dok dengan Umi je akhirnya hujung cuti sekolah tu tok umi & tok ayah datang. Sebelum tu Umi buat kerahan tenaga ajak anak2 bersihkan rumah. Maklumlah mak mentua nak mai 😆


Umi cuma bagitau tetamu nak datang je. Tak boleh bagitau  awal siapa yg nak datang, satgi riuh rendah dok tunggu. Kejap kejap tanya...kejap kejap tanya. Kalau sorang takpe juga, ini empat2 asyik bertanya termasuklah Adik yang baru pandai bercakap tu. Soalan sama pulak tu 😇😇😇

Bila tok umi tok ayah sampai tu melompatlah depa :) 


4 comments:

  1. HAHAHA.. bnyak ye benda berlaku bila husb takde.. sy pulak ada hari tu bergelap anak beranak sebab takde elektrik.. husb sampai rumah dia tgok suiz tu tertendang.. elok je dia tolak balik dah ada elektrik hahaha... yg kami elok siap pasang lilin ingat takde elektrik bahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ada juga ujiannya. Haha...awat la ceq tak pi cek kat suis box tu hikhik..mesti jiran2 konpius pasai pa depa ni tak bukak lampu :p

      Delete
  2. Hihi....isteri isteri mithali mmg macam tulah agaknya PH. Bila en suami outstation yahooooo, bab masak cincai tu yang best tu hahaha....

    Kikikiki.... bab mertua nak mai tu mmg win, memang berkilatlah kan segala kabinet hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa cam yuhuu merdeka gitu kak!

      Ketaq lutut ooi dengaq mak mentua nak mai haha...

      Delete