Monday 27 November 2017

Jamuan akhir tahun anak2...


Alhamdulillah sesi persekolahan anak2 Umi untuk tahun ni berjalan dengan lancar. Setiap hari Abang & Angah bersemangat je nak ke sekolah. Takde insiden yang tak diingini. Cuma sesekali Abang mengadu kawan2 kacaulah, tak bagi main bolalah... Angah pula asyiklah kena 'kacau' dengan Azfar haha... Anyhow semuanya OK,
alhamdulillah. 

Minggu akhir persekolahan hari tu sibuk betul Umi. Sibuk dengan jamuan akhir tahun anak2. Ini baru 2 orang sekolah, tahun depan bertambah lagi sorang, Kakak. 

Isnin hari tu jamuan kelas Abang. Konsep potluck. Dia request Umi masak nasi goreng. "Nasi goreng Umi ni lain dari yang lain....best in the world kot". Amboi kemain dia mengayat. Sampai Umi pun cancel nak buat pulut kuning haha... 


Plain je nasi goreng Umi ni. Tak sempat nak hias bagai. Janji sedap 😝

Penuh meja dengan macam2 food. Murah rezeki anak2 ni. 

Kecur tengok rambutan segar bugar ni.
Fresh dari kebun ni. Ini dari Adam. 



Dadih dari muiz. 

Rabu ambik report card Abang. Ingat nak ngeteh dengan mommies 3 Cerdik tapi masing2 ada hal, carry forward hari khamis. Bonding antara parents kelas Abang ni memang strong. Sebab tu kalau ada apa2 event je 3 cerdik memang havoc sebab parents depa very supportive & sporting belaka. 

Khamis pagi tu jamuan Pasti Angah.  Mulanya Umi plan nak goreng macaroni tapi tersilap cakap spaghetti. Terus dia bagitau Cikgu nak bawak spaghetti. Dia cakap cikgu suruh umi buat spaghetti carbonara haha... Cikgu sorang ni tengah preggy, so Umi layankan aje. Entah betul ke tidak Cikgu request tak tahulah tapi kot betul Cikgu tu mengidam elok juga Umi tunaikan hajat dia. Tak rugi gembirakan orang... 



Ini pun makanan penuh meja juga.
Sampai ke porch Cikgu atoq 😍

Sebelah petangnya jamuan kelas tuition BI Abang. Jamuan ni lah yang mommies 3 cerdik 'hijacked' 😆 mak2 pulak yang terlebih excited. Food memang mama ainun tempah banyak pun. Nak habiskan duit yuran yang collect setiap bulan. Next year ada yang tak sekelas, ada yang tukar sekolah. Mommies pun bawak food macam2 juga.

Fruit platter Umi yang dah senget benget kena 'hempap' dengan Abang. Umi suruh pegang letak atas tangan, dia pegi peluk bag tu. 😇

Vitagen antara sumbangan mama Ammar.


Spaghetti bolognese packed kecik2 macam ni senang nak makan. 

Seronok anak2 dapat hadiah dari Teacher Syaza. 

Star of the day, kuah durian.
Sumbangan tauke durian, mama  iman :) 



Jumaat tu Pasti Angah sambung lagi sesi makan2... Budak2 tadika, tank kecik hikhik... Cikgu simpan sebahagian kek2  semalam tu bawak keluar hari jumaat. Kebetulan Mia pun sambut birthday in advance. Parents dia hantar kek juga. Kenyang makan kek je lah Angah hari tu.





Selamat bercuti! 

5 comments:

  1. Seronok budak2. Macam2 ada 😍😍

    ReplyDelete
  2. Wah so syiok year end makan2! Angah looks so happy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan2 memang best PH hikhik...

      He was so happy bcoz the school is over haha...

      Delete
  3. seronok diorang makan2 smpi kenyang.. kita mummies ni excited gak la sebab boleh tukar2 makanan..

    ReplyDelete