Saturday, 11 November 2017

Happy 9th birthday Abang!



Mulanya Umi tak sedar pun Umi pregnant kan Abang ni. Walaupun period dah delay beberapa hari Umi taklah mengharap sangat. Maklumlah dah banyak kali kecewa ๐Ÿ˜” masa di tahun pertama & kedua perkahwinan tu setiap kali period mesti menangis, frust sebab tak pregnant ๐Ÿ˜ญ dah masuk tahun kelima ni dah pasrah dan redha. 

Umi ingat lagi hari tu election tahun 2008. Selain dari balik mengundi, kami juga balik makan kenduri Lek, anak Maklang Di (cucu saudara Tok). Umi biasanya bila ada saudara mara terdekat yang kenduri Umi suka hadiahkan bunga pahar. Memang amalan di kampung Umi pun saudara mara dan jiran2 akan sedekahkan keperluan kenduri seperti beras, gula, susu, kopi, telur dsbnya. Umi modern sikit, bagi bunga pahar ๐Ÿ˜Ž

Dah siap bungkus telur dan cucuk bunga telur tu pada pahar, Umi angkatlah bawa ke rumah Maklang Di. Umi siap kan semuanya di rumah Tok. Jarak kedua rumah ni dekat je tapi Umi punyalah rasa mengah sampai tercungap-cungap. Umi ingat sebab bunga pahar tu berat kot. 

Bila balik semula ke KL masih belum period Umi pun test lah kot-kot pregnant. Bila nampak je dua line tu, terus gugur airmata Umi. Tunjuk dekat Walid, kami sama2 menangis sambil berpelukan. Syukur & sebak sangat time tu. One of the sweetest moments in our life. Alhamdulillah. 

Fast forward, the baby is 9 years old now. From a cute baby, he turns to a handsome boy. We love you soooooooo much Abang. Be kind to your adiks, loving and caring always. Many happy returns insha Allah. 

Just a simple celebration. Umi goreng makaroni, beli sate and order kek from As. A very low-key event sebab tak cukup korum  ๐Ÿ˜‰ lagipun hari tu Walid dah belanja pizza. Makaroni tu Umi goreng untuk jamu makngah & family yang datang berziarah. 


Permata hati Umi & Walid. Jadi anak yang soleh & solehah ye sayangs 
๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’


Harapan Umi agar anak2 Umi sentiasa berkasih sayang, bantu membantu dan saling menjaga antara satu sama lain. 
Aamiin. 

10 comments:

  1. Selamat hari lahir abg moga jd ank.yg soleh cemerlang dunia & akhirat

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah abang, encem abang๐Ÿ˜๐Ÿ˜
    Moga jadi anak yg soleh ye abang.

    ReplyDelete
  3. What a touching story, Puan Hazel! You are blessed with 4 lovely children. Happy birthday to Abang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, after the all the trial & turbulence finally we are blessed with these precious ones.

      Thanks for the wish aunty PH:)

      Delete
  4. huwaaaa touching.. so sweet bila berpelukan dpt berita gembira.. now, terus keluar 4 hahaa.. dah besar anak bujang tu ye.anyway hapy belated birthday dan untie doakan semoga berjaya dunia dan akhirat.. amin

    ReplyDelete
  5. Of course la dear. 5 tahun kot tunggu :p

    Thanks aunty. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. Happy birthday Abang! November babies are the best! :)

    ReplyDelete
  7. Happy Bezday Abang...moga makbul doa umi hendaknya.
    Rezeki anak tu mmg tak boleh nak diungkapkan dgn kata kata ye PH. Ada yg senang, senanglah pulak....pantang sentuh jadi hihi..


    ReplyDelete