Tuesday, 25 September 2012

Homemade Dadih


Hari ni nak berkongsi resepi homemade dadih yang resepinya saya warisi dari mak mertua kesayangan.

Resepi: Homemade Dadih Umi
Sumber:Puan Hazel

Bahan-bahan
15 gm agar-agar
15 cawan / 3 liter air
2 cawan gula
3 cawan / 350 gm susu tepung Dutch Lady (guna Nespray pun bole)
3 cawan air panas
Secubit garam

Caranya:-
  1. Masak agar-agar  bersama air
  2. Masukkan gula bila agar-agar hancur
  3. Dalam masa yang sama, campurkan susu tepung & air panas ke dalam blender. Blend sebentar - untuk mengadunkan susu dan air sekata
  4. Tambahkan ke dalam periuk tadi dan kacau sebentar agar sebati. Jangan biarkan sehingga mendidih
  5. Tutup api
  6. Sediakan bekas kecil dan tuang agar-agar ke dalam bekas tersebut. 
  7. Simpankan semalaman dan sedia dimakan!
Pesanan penaja:- Bancuhan ini akan menghasilkan 50 bekas kecil seperti gambar di atas.

Petua Hari Ini - Menghaluskan Kulit Kaki
 Hancurkan sedikit gambir dan campurkan dengan air ramasan daun sirih. Sapukan pada tumit 2x sehari. Lakukan secara kerap.



No comments:

Post a Comment