Sunday 2 September 2012

Cerita 13 Syawal 1433H

Entry 2 Syawal terpaksa KIV dulu. Ada cerita lebih utama untuk saya catatkan di dalam diari maya ini. Semoga ianya kekal menjadi kenangan suatu masa kelak.

Di dalam entry sebelum ini, saya ada bercerita tentang ziarah hari raya. Salah satu rumah yang kami kunjungi ialah rumah Ngah Mah. Suami Ngah Mah kami panggil Pak Ngah Dan. Dikalangan sepupu-sepupu ayah, saya senang sekali dengan Pak Ngah - beliau ramah, suka bercerita dan approachable. Beliau juga seorang pelakon! Menjadi extra dalam drama Cinta Madinah. Dalam kunjungan raya tahun lepas, beliau galak sekali bercerita pengalamannya menjadi pelakon. Bila diusik tentang bayaran yang beliau terima, "uish, banyak! Pak Ngah ingat depa bayaq sekali take, tapi depa bayaq setiap angle muka kita hat depa guna tu!" Ceria sekali beliau. Beliau seorang pesawah, nampak masih muda dan gagah dalam usianya yang saya kira sudah mencecah lebih 60 tahun. 

Dalam kunjungan kali ini, beliau masih begitu - ceria dan ramah. Yang kelihatan agak letih dan uzur ialah Ngah Mah. Namun, di pagi Jumaat yang mulia (31 Ogos 2012), kami menerima SMS dari Umi "Pak Ngah Dan meninggal dunia pukul 1 tadi di HK....." Sungguh kami terkejut! Begitulah, bila sudah sampai masanya, tidak akan terlewat atau tercepat ajal kita. Doa saya agar arwah ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh. 

Gambar kenangan Abang di samping sangkar burung peliharaan arwah

Yang pasti, kunjungan kami ke rumah Ngah Mah selepas ini akan menjadi lain... tidak akan ada lagi ketawa dan jenaka mesra arwah. Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment