Wednesday 14 March 2012

Kenduri Kendara 4 & 5

Alhamdulillah, berkesempatan lagi memenuhi jemputan kenduri rakan taulan. Maklumlah, musim cuti sekolah. Memang merian dengan majlis kenduri sana sini.

Pada hari yang sama hujung minggu lepas, kami menghadiri dua majlis kenduri yang berbeza. Satu majlis perkahwinan manakala yang kedua majlis hari jadi bertaraf kenduri kawin..:) 

Bagi majlis kenduri kahwin boleh saya katakan ini kali pertama saya dijemput makan kenduri di tengah kotaraya KL. Biasanya majlis kenduri di luar kawasan kota atau kawasan sekitarnya. Kali ini majlis kenduri tersebut diadakan di Flat Seri Sarawak, Jalan Kenanga. Diulangi, Jalan Kenanga! Apa ada dengan Jalan Kenanga? Disinilah tempat jualan borong yang paling terkenal untuk peniaga-peniaga. How I wish I could grab few items there (sigh). 

Kek Pengantin yang sangat lovely
 Selepas majlis pertama kami bergegas ke Rawang untuk memenuhi jemputan jemputan kedua. Sahabat kami yang kini bertugas di Tanah Haram menjemput kami sekeluarga untuk memeriahkan majlis sambutan hari jadi anak beliau. Majlis bertukar menjadi re-union kecil-kecilan antara kami semua. Saya amat bahagia bertemu rakan seperjuangan di kampus setelah hampir sepuluh tahun tidak bersua muka. Nyata, perpisahan dek masa tidak menenggelamkan atau menghapus kenangan dan kemesraan sesama kami. Gurau senda, gelak tawa dan pelbagai cerita saling bertingkah memaknai sebuah pertemuan. 

Antara dialog yang saya tidak boleh lupa, "ini aku tengok masa baby, sekarang dah besar panjang" kata tuan rumah sambil merujuk kepada Abang. Hehehe...

Semoga diberkati Allah





Bear kesayangan Cik Tihani - gambar snapped by Abang

This pic is also taken by Abang. I'm impressed because he's only 4!
Semoga bertemu kembali.
 

No comments:

Post a Comment