Cerita Jumaat lepas, 26 Syawal.
SRAI buat jamuan raya. Kali ni menu lebih bebas w/pun setiap darjah tu sekolah galakkan bawa menu yang diberi. Tujuannya agar tidak membebankan ibu ayah. Sekolah pula sediakan nasi minyak dan bakso.
Untuk T6 menunya pasta (tiada paksaan). Kakak requested pasta carbonara tapi sos carbonara habis jadi Ummi gantikan dengan pasta goreng letak Cheese & Herbs sauce.
Letak chili flakes bagi ada rasa pedas² sikit, lagi sedap. Ummi campur 1 peket spaghetti, 1 peket fettuccine. Alhamdulillah licin, sekali dengan sudip hilang tanpa jejak 😆
Adik pula ikutkan cikgu suruh bawa teh bunga. Mana maunya dia....dia tak minum chrysanthemum tea jadi Ummi suggested bawa air Twister ni.
Adik pakai baju lama Kakak, warna soft pink. Kakak pula pakai baju raya ke-2, hijau.
Dapat juga upah RM5, tolong cikgu² kemas dewan lepas majlis. Dadih comel gambar atas sekali tu Cg Tika bagi. Cute kan?
Alhamdulillah selesai dah jamuan raya anak⁴ Ummi. Yang tak habis beraya lagi Walid depa 🤭
Ada lagi jemputan dan jamuannya.