Tuesday, 27 October 2026

Sarapan @ Nasi Lemak Ujang Corner Lagi

Sabtu lepas kami ke Nasi Lemak Ujang Corner Greenwood lagi untuk sarapan.  

Minggu ni Angah Kakak PB. Abang pun masih cuti Sem, jadi cukuplah korum. 

Kami makan; 
Nasi lemak paru x1
Nasi lemak paru + ayam goreng x1
Nasi lemak ayam goreng x1
Nasi lemak ayam goreng + telur mata x1
Nasi lemak sambal sotong + telur mata x1
Teh ais x3
Air kosong x3
Air suami x1 
Total RM61.00

Kakak order bihun sup dari kiosk depan pintu masuk kedai. RM8 semangkuk. Sup sedap, aksesori banyak 👍🏻
Tak pedas, walaupun diberi cili potong. Sesuai untuk kanak-kanak juga. 


Hasrat hati nak ke pasar tani di Jalan Gombak tapi hujan. Jadi terus balik ke SG, singgah Laundry Express bersebelahan Giant SG, untuk keringkan baju. Cuaca mendung, disusuli hujan jadi eloklah masukkan pakaian dalam dryer machine. Tunggu matahari tak muncul seharian. 

Sementara tunggu baju siap, masuk Giant untuk grocery shopping. 

Alhamdulillah lancar segala urusan hari ni.



Monday, 26 October 2026

Menang Hadiah Saguhati GA Birthday Uyum!

Alhamdulillah ada rezeki Ummi menang hadiah saguhati sempena GA Birthday Uyum yang dianjurkan oleh blogger Ako aka Ret. 

Yeay! 
Ret bagi voucher sbg hadiah.

Jumaat kelmarin Ummi redeem voucher Tealive yang Ret bagi. Kebetulan anak⁴ semua ada, dapatlah kongsi rezeki dengan depa. 

Ikutkan Ret dah bagi voucher lain awal lagi, tapi ada masalah teknikal hihi... Jadi Ummi minta Ret cancel voucher tu. Risau kalau tak claim kan burn pulak. Sayang duit ooi.... 

Order kami;
Signature Brown Sugar Tea 
Chocolate Oreo 
Smoothie Strawberry + Pudding 

Sedap smoothie ni 👍🏻
Next time kalau ke sini Ummi order smoothie ni je la. Kena dengan tekak. Air coklat tu pun sedap. Boba tea Ummi tak boleh minum banyak, perut sebu. Setakat sedut 3-4 kali tu okay la. 

Alhamdulillah tqsm Ret dan Uyum ❣️
Semoga mewah rezeki, mudah urusan dan sihat bahagia selalu hendaknya 🤲🏻 




Sunday, 25 October 2026

Hajat

Kak Aida (anak saudara pupu) Ummi minta tolong aturkan majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk suaminya yang sedang dirawat di Hospital Selayang. Kanser yang semakin merebak :( 

Walid tolong booking slot dengan SU Surau manakala Ummi pula in charge makanan sebab Kak Aida berhajat nak sedekah makanan sekali. Last minute juga ni ... Rabu baru nak order, majlisnya Khamis malam Jumaat. Syukur ada Cik Mila, senang kerja Ummi. 

Kami order bihun goreng. 
Solat hajat dan bacaan Yasin ni dibuat selepas solat Maghrib. Acik Mila hantar terus ke surau. 

Sedap bihun Cik Mila ni. 

Syukur, Hj Azhar pun buat kenduri juga (tahlil & kesyukuran) jadi banyaklah makanan untuk para jemaah malam tu. 

Alhamdulillah selesai dah majlisnya. Semoga Allah memudahkan urusan Kak Aida sekeluarga dan diberi kesembuhan dan kemudahan rawatan utk suaminya. Anak sulong Kak Aida sebaya Kakak, baru F1. Nombor dua dan bongsu masih sekolah rendah. Single income depa ni. Ni suaminya dah tak boleh bekerja, beratlah dari segi kewangan tu. 

Mohon doakan ye kawan-kawan. 

Saturday, 24 October 2026

Limau Bali

Sewaktu singgah solat di Genting Sempah dalam perjalanan balik dari kenduri di Janda Baik tu, Ummi beli sekali buah Limau Bali. 

Ummi beli 1 pek ni ada 5 ulas, harga RM 15. 
Boleh tahan juga harganya kan... 
Alhamdulillah manis isinya. 
Kalau sebiji tu tak pasti berapa harganya. Jual ikut kilo lah biasanya kan. 

Beli ni sebab teringin, dah lama tak makan Limau Bali. Dulu, belakang rumah kami di kampung ada sepohon pokok Limau Bali. Jenis isi putih. Manis buahnya. Bila balik kampung sekali sekala, dapatlah petik buahnya. Tak lebat pun. Kadang 2-3 biji je buahnya. Now pokok dah ditebang, yang tinggal hanya kenangan 😌

Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!

Ummi baru ada kesempatan join Segmen Pencarian Bloglist Aktif anjuran blogger Sharhanah ni. Rakan-rakan blogger lain dah join belum? Tarikh tutup penyertaannya 15 November 2026, ada masa lagi untuk kita ramai-ramai penuhkan sidebar blog Puan Sharhanah ni, yang katanya masih clear dari sebarang iklan dsbnya. Mengkala gitu, jom kita penuhkan :D 


Syarat Mudah Nak Join:

1. Buat satu entri ringkas di blog anda dengan tajuk: “Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!”.
2. Letakkan pautan (link) entri ini dalam entri anda tadi supaya rakan lain pun boleh join sekali.
3. Tinggalkan pautan entri penyertaan anda di ruangan komen di bawah supaya saya tak terlepas pandang.

Jom semua ! 

Friday, 23 October 2026

Angah | Urusetia Robot Battle, Karnival STEM KPM 2026

Kisahnya Angah dipilih oleh guru penyelaras, Ustzh WH sebagai Pembantu Teknikal acara  Robot Battle sempena Karnival STEM Peringkat Kebangsaan 2026 anjuran KPM. Tugas Angah  rekod pertandingan tersebut semasa ianya berlangsung. Sebab tu la dia minta kami hantarkan barang-barang berikut; 

Handphone 
Charger phone 
Power bank 
Tripod stand 

Ahad hantar, serah kepada warden dulu. 
Selasa pagi sebelum bertolak ke tempat pertandingan baru ambil dari warden. Begitulah selama 2 hari berturut-turut. 

Untuk acara Robot Battle diadakan di Hotel The Pearl, KL. Acara satu lagi, Water Rocket diadakan di tempat lain. 

Robot sedang berlawan antara satu sama lain.
Teringat pulak masa Abang kecik dulu kami suka tengok satu show di TV ni, perlawanan antara robot. Lebih kurang ginilah gayanya. 

Naik bas ke hotel... 

Seronoklah Angah, dapat makan minum di hotel. T-shirt yang dipakai tu dapat percuma, sebagai urusetia. Cantik t-shirt tu, nampak kemas. 

Pinggan nasi anak #2 kesayangan Ummi ni ada lauk je. Sayur memang dia tak makan :( 

Dia minta duit lebih, kot² nak beli apa-apa... 

Beli burger A&W :) 

Alhamdulillah pengalaman yang berharga untuk Angah. 

Rezeki Goodies, Makanan & Minuman

Goodies dari majlis kahwin makcik bestie Adik, Syirah. Majlisnya di Terengganu, tiada jemputan pun untuk kami tapi Syirah bawa balik goodies untuk kawan-kawan rapatnya. Ada senduk plastik, set sudu garfu dan jajan serta tisu. 

Abang beli burger crispy. Harga RM4 je tapi sedap burgernya. Ayam pun besar. Dalam mangkuk Mamee Chef Lontong, dia simpan untuk Ummi berbuka. 

Kali ni Ummi hidang ikan bekok bersama cili dan bawang, seperti yang dicadang/diajar oleh kawan-kawan blogger. Limau je takde. Ternyata lebih sedap. 

Abang bawa balik dari surau. Ada jemaah sedekahkan serai dan buah amra (kedondong). 

Buah amra Ummi hiris dan tabur serbuk asam. Sedap, masam-masam manis. 

Roti bakar kaya Walid beli. 
Ummi potong 4 setiap ketul tu. Ummi makan 1 potong je. Kenyang, banyak makanan malam tu alhamdulillah. 

Sambal sardin. Makan tengahari dan malam tak habis juga. Rumah ni Ummi je peminat sardin. Abang makanlah juga. Walid tak berapa. Esok pagi tu Ummi goreng nasi + sardin.

Nak masak kuah buttermilk, cili pulak habis. Keluar rumah, intai-intai ada 2 biji cili dalam pasu. Boleh la dari takde kan? 

Suka Apam Balik tebal macam ni, baru puas makan. Beli di jambatan, otw ke sekolah Adik. 

Happy Birthday Ifah 21/10 🎈
Classmate Adik bagi Dubai Chewy cookie ni. Ummi first time  rasa, sedap juga rupanya. 

Loaded Potato ni sedap 👍🏻 
Walid beli. 

Rezeki di pagar rumah :) 
Cg Jas sangkut seplastik bunga kantan dan beberapa biji limau nipis. Alhamdulillah tq Cg. 

Cakoi dan jemput-jemput bawang.
Abang bawa balik dari surau juga.
Macam-macam yang jemaah surau kami ni sedekahkan... 

Ni menu pagi tadi. Dari surau juga. 
Lepas solat Subuh, Abang ambil sebekas. 

Alhamdulillah.
Mewah selalu hendaknya rezeki mereka semua 🤲🏻