Sunday, 18 April 2021

Update Kebun #1/2021

Jomlah tengok siapa ahli baru di kebun belakang rumah Ummi tu...

Kacang panjang yang diberi oleh Mama Aisyah bulan Rejab hari tu ada yang dah matang jadi Ummi keringkan dan kemudian semai biji kacang tu. 

Alhamdulillah tumbuh subur pokoknya. 

 Dah berbunga!

Ini pula dah keluar putiknya. .. Kiranya ambil masa lebih kurang 3 bulan untuk pokok kacang ni mengeluarkan hasil. Alhamdulillah seronok tengok usaha berhasil walaupun sekadar untuk suka-suka. 

Pokok kunyit dah tumbuh pucuknya. Raya nanti harapnya tak payah beli daun kunyitlah untuk rendang ahaks! Anak-anak cili tu nanti senang-senang Ummi alihkan ke pasu lain supaya tumbuh lebih seimbang. 

Peria katak pun tengah rancak berbunga dan berbuah. 

ini kalau Tok ada sukalah buat ulam mentah atau rebus. Ummi suka goreng canpur telur. Sedap!

Cili ni subur betul tapi manja sikit. Pantang lupa siram, terus layu. Yang bestnya bila siram terus segar haha... 

Ingatkan dah takde harapan tengok dia jadi gini, lepas siram segar bugar balik :D 

Pokok kari Ummi pun dah tumbuh elok sekarang. Ummi potong semua bahagian yang kena makan ulat tu. Now tumbuh cabang dan daun baru yang elok.

Cili besar, pegaga dan kaduk. 

Mulberry... Berbuah sentiasa... 
Alhamdulillah ada juga hasilnya :) 

Ada tetamu istimewa datang melawat ..

Cantikkan?



Saturday, 17 April 2021

Bunga untuk Cikgu

Ummi, Kakak nak bawa bunga untuk Cikgu boleh? Nak letak atas meja cikgu.. "

Beres...
Pergi ke kedai bunga, takde yang berkenan. Bukan dari segi gubahan tapi dari segi harga. Amboi, kemain mahal harga bunga walaupun cinonet je. 

Akhirnya beli je bunga dan pasu, baru RM 20... Balik rumah gubah je sendiri. Bagus adik SA tu, dia yang suggest gubah sendiri sebab lagi jimat katanya :D Memang pun. 

Inilah hasilnya... Ok tak? 

Ummi rasa lawa dah :p 

Friday, 16 April 2021

Nostalgia Kerabu Kulit Tembikai

Kerabu Kulit Tembikai ni favorite arwah Tok. Setiap kali beli tembikai mesti Tok pesan suruh Ummi simpan kulit tembikai yang dipotong tu. Nanti, bila tiba waktu makan, adalah semangkuk kerabu kulit tembikai ni. Namanya kulit tembikai tapi sebenarnya bahagian isi juga, yang melekat di Kulit Tembikai (belah dalam). 


Waktu Tok 'ada', Ummi tak pernah buat pun kerabu ni. Yelah, Tok ada... Take things for granted kata orang. Tengok-tengok gitu je lah Tok buat. Mula-mula Tok kerut isi tembikai yang berbaki di kulit tu sudu. 

Kemudian Tok hiris cili padi dan bawang kecil. Kemudian Tok ambil belacan sikit, campur air dan garam, pastu gaul dan ramas  sebati semuanya. Lastly campurkan sedikit jus limau kasturi/nipis. Siap! Memang truly air tangan bonda esp part ramas-ramas, gaul-gaul tu :D 

Semalam Ummi buat kerabu ni. Lepas potong tembikai teringat arwah Tok. Rindu sebenarnya... Terus buat kerabu ni. Selalunya Ummi rindu perkara kecil sebeginilah dengan arwah... Tengok makanan kesukaan arwah, teringat arwah. Nak lepaskan rindu, buatlah atau masaklah ikut style arwahAl Fatihah...

Ummi tambah gula sikit dalam kerabu ni.

Untuk resepi lebih lengkap, boleh ke SINI. Iera Azira share resepi air tangan neneknya. Lebih kurang resepi Tok juga cuma ditambah cuka dan daun ketumbar. 




Wednesday, 14 April 2021

Tercekik Tulang

Semalam Ummi tercekik tulang ikan. Bukan tulang halus panjang atau bercabang macam ilan terubuk tu... Ini tulang pipi ikan!

Simpan bukti nak bagi hangpa tengok :p 

 Jangan tanya macamana boleh tercekik, Ummi pun tak tahu. Nak kata gelojoh tak kot sebab dah suapan terakhir. Allah nak tegur Ummi agaknya sebab dalam hati dok teringin nak tambah nasi lagi ๐Ÿคญ

Cepat-cepat Ummi ambil air kosong, baca selawat dan Bismillah 5 plus selawat tafrijyyah. Hembus, minum sambil doa dalam hati agar tulang tu terkeluar. 

Alhamdulillah tak lama kemudian lepas telan nasi kepal, kunyah tembikai tulang tu berjaya dikeluarkan. Alhamdulillah syukur sangat sebab sakit tekak ni rasa tercucuk. 

Sebenarnya selalu juga Ummi amalkan selawat dan Bismillah 5 kalau anak-anak tercekik tulang. Tapi kali ni Ummi baca selawat tafrijyyah sekali sebab dalam selawat tu ada ayat berbunyi  seperti di bawah...


Sejak akhir-akhir ni Ummi baru berjinak-jinak mengamalkan selawat tafrijyyah ni sebagai zikir. Amalkan selawat ni contohnya 11x selepas solat fardhu. Banyak manfaat dan kelebihannya. Cuba hayati maknanya satu-persatu.

Khabarnya inilah amalan awet muda  Datuk Nik Noraini Nik Yahya, ibu kesayangan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Walaupun usia sudah melewati 70-an, beliau tampak sihat dan segar selalu. 

Cubalah amalkan, ุงู†ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ hati lebih tenang, urusan harian jadi lebih senang. Bila hati senang dan tenang, pastinya terpancar pada wajahkan?

Tuesday, 13 April 2021

Moq-Toq hilang!

Ingat lagi anak-anak Ayu

Ada 4 ekor kan... Anak-anak Ummi pun pakat pilih sorang sekor untuk jadi pet depa. 

Baim kucing Abang 

Moq-Toq kucing Angah 

Juju kucing Kakak

Si bongsu, Tia kucing Adik.

Nak dijadikan cerita semalam Moq-Toq hilang. Dari tengahari hingga ke Maghrib tak balik. Ummi pulak sibuk di dapur, ialah nak sambut Ramadhan kan. Dalam hati rasa ada orang ambil ni. Budak-budak balik sekolah rajin juga menegur/mencuit anak-anak kucing ni. Syak jugalah ke diorang ni :( Doa je lah bagi Moq-Toq balik dengan selamat. 

Kesian tengok Angah.. monyok dia bila balik sekolah Moq-Toq takde. Cari sana, cari sini, tanya jiran tak tahu.... Finally tergerak nak post dalam group jiran-jiran, manatau ada yang nampak. 


Kecewa juga bila takde yang nampak... Sebabnya dalam gambar ni Juju. Adoi, mujur anak-anak noticed. Post pulak gambar ni...


Barulah ada yang bersuara .. rupanya ada dalam jagaan Kak A, dia dah siap mandi dan shampoo-kan sebab katร nya banyak kutu. Ingatkan kucing tak bertuan! 

Jujurnya Ummi belum pandai bab jaga kucing ni. Hari tu pergi pet shop nak beli cat litter boleh pulak Ummi angkat pek beras 5kg ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Dah kenapa dia letak beras sekali kat rak tu :p 

Apapun happy ending semalam. Berkat Ramadhan :) 


Monday, 12 April 2021

Ramadhan Kareem!

Credit source.

Alhamdulillah diberi rezeki oleh-Nya untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia. ุงู†ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ esok 13/4 (Selasa) kita akan mula berpuasa. 

Antara pesanan Ustaz Khairul Anuar dalam ceramahnya baru-baru ini untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik adalah; 
1. Kurangkan makan supaya badan ringan untuk solat. Teguran deep Ustaz "takkan saban tahun asyik terawih 8 rakaat ja" :p
2. Jangan kejar (fadhilat) Ramadhan sorang-sorang. Ajak anak isteri/suami lakukan ibadah seperti qiyam bersama-sama supaya kita lebih bersemangat 
3. Perbanyakkan sedekah sebab Nabi SAW rajin bersedekah tapi pada bulan Ramadhan Baginda paling banyak bersedekah.

Tambahan dari kawan Ummi, Ustzh Ziana...sediakan list penerima samada individu atau organisasi untuk kita bagi sumbangan. Setiap hari sediakan certain amount dan sedekahlah secara bersemuka atau online. Contohnya ada kawan/kenalan yang perlukan duit untuk rawatan perubatan, hilang pekerjaan, ambillah berkat Ramadhan untuk kita hulurkan sumbangan. Begitu juga surau, masjid, sekolah dsbnya yang perlukan dana, kita hulurkan sumbangan seikhlasnya. Jangan diukur pada nilai duit, tapi ikut sekadar kemampuan kita. 

Baru-baru ni alumni uni Ummi buat collection untuk seorang sahabat yang nak operate...sekejap sahaja dapat collect >RM 20k. Alhamdulillah dapat bantu kos rawatan beliau. 

Selamat berpuasa semua!
Ampun maaf dari Ummi andai ada tersilap kata, tersalah bahasa dengan kalian.

Jangan lupa niat puasa ๐Ÿค—

Saturday, 10 April 2021

Itik Salai Masthar, Sg Gulang-Gulang, Tg Karang

Dari Shah Alam kami ke Tanjung Karang untuk urusan pertukaran sekolah Abang. Ringkas sahaja prosesnya; isi borang 'bersih diri" dan pulangkan buku teks. Selesai.
Dalam perjalanan balik ke Gombak, singgah isi perut di Restoran Itik Salai Masthar ni. Sebelum ni dah aim nak singgah disini, kali ni ada kesempatan. 

Menu istimewa pastinya masak lemak cili api itik salai, daging salai, ayam salai dan ikan keli salai. Semua ni disalai sendiri oleh empunya kedai.

Tempat salai. Kata ร dik pelayan kedai tu, daging-daging ni disalai sehari sebelumnya supaya lembut dan "mesra bahan' untuk dimasak keesokan harinya. Patutlah sedap. Guna pula tempurung kelapa sebagai bahan bakar, naik aromanya. 

Selain tu, ada juga lauk-pauk lain seperti ayam goreng, ikan goreng dsbnya... Tapi tumpuan pastinya pada masak lemak cili api. Rugilah kalau tak cuba signature dish depa.

Sebab sedap sangat, tak cukup makan di sini, siap tapau lagi lauk itik dan daging salai ni. Kalau di Pilah ada Zaini Salai House yang terkenal dengan keenakan sajian salai-salai ni, Itik Salai Masthar ni pun tidak kurang hebatnya. Walaupun kedainya nampak simple tapi rasalah dulu masak lemak cili apinya, pasti nak repeat :D 

Kedai ni bersih... 
Parking luas...
Layanร n mesra, harga berpatutan...
Makanan sedap... 
Tak crowded, sebab kedai besar. Social distancing memang terjaga.  
Sinki pun banyak, tak payah berebut :p
Inilah faktor yang membuatkan Ummi nak datang lagi ke sini.

Sebenarnya banyak kedai makan best sepanjang jalan dari Tg Karang ke Kuala Selangor ni. Antaranya Warung Soto Pasir Penambang. Jika berkesempatan ke sini, singgahlah di salah satu kedai ni. ุงู†ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ tak mengecewakan.