Thursday, 8 April 2021

Orang Memberi Kita Merasa #4

Tauhu ni Bibik Aisyah bagi minggu lepas. Ummi ingat Bibik yang buat sebab dia kata "Baru buat ni Kak. ."... Rupanya jiran kebun mereka yang buat, pengusaha tauhu. 


Banyak ketul tauhu ni. Memang tak habis kalau Ummi nak makan sorang. Walid & anak4 tak makan. Jadi, Ummi buatlah tauhu sumbat, panjangkan sedekah...

Buah tembikai ni dari Kak Farah. Tanam sendiri... Memang teruja Ummi nak rasa sebab jarang orang tanam sendiri tembikai. Biasanya ditanam untuk tujuan komersil. 

Tembikai Kak Farah tanam ni pun grow by chance. Campak biji tumbuh pula... Sudahlah tumbuh, berbuah pula. 

Tembikai ni kecil je, sebesar buah sukun camtu je. Tapi rasanya manis. 

Mel & adik dia attended a wedding. Bawa balik goodies untuk Kakak & Adik. 

Rindu nak makan kenduri kan?

Pisang tanduk dari Mama Aisyah. Buat pisang gorenglah apalagi kan...

Daging masak lemak...dari Kak Leha. Sedap, cukup lemaknya, pedasnya ๐Ÿ˜‹

Keropok lekor pun Kak Leha bagi. Cucur jagung Ummi buat tapi jagungnya Mama  Aisyah bagi. Depakan petani moden sekarang :D 

Cucur pisang sedap dari As.

Rezeki dari surau. Ada jemaah sedekah makanan alhamdulillah.

Balik Maghrib di surau tadi, Walid bawa balik sehelai kain pelikat. Ada seorang jemaah ni sedekahkan kain pelikat. Khabarnya cucu pakcik ni yang baru berusia 6 bulan to undergo an operation. Moga dipermudahkan segala urusan mereka dan diberi syifa buat bayi ni aamin ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

Cantik kainnya. Kalau tak silap Ummi harganya pun boleh tahan juga, berpadanan dengan kualitinya. 

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุนู„ู‰ ูƒู„ ุญุงู„

Wednesday, 7 April 2021

Abang ~ Bermula Sebuah Perjuangan ๐Ÿ’š

Alhamdulillah semalam 6/4 Abang dah selamat mendaftar sekolah dan asrama. Semuanya urus sendiri. Hanya murid boleh masuk ke dewan manakala ibu ayah diminta tunggu sahaja di dalam kenderaan. Lepas 10-15 minit Abang datang ke kereta bersama 2 orang abang senior untuk ambil barang bawa ke asrama. Salam, peluk, cium Abang, dia melangkah pergi ke asrama bersama abang2 PRS berdua tu. Walaupun berat hati, terpaksa akur dengan SOP yang telah ditetapkan. 

"Dalam keterpaksaan kau melangkah pergi
Namun sempat jua kau menoleh ku disini " 

Sebab dah dimaklumkan awal prosedur pendaftaran begini, jadi sebelum masuk ke sekolah tadi Ummi dah siap bagi amanat dekat Abang. Dah peluk cium puas-puas hihi... 

Adik pun dah nangis siap-siap dalam kereta ๐Ÿ˜…

Sebelum ke sekolah Abang, hantar Angah dan Kakak ke sekolah dulu. 

Semalam memang tak senang duduk Ummi. Asyik teringร t Abang je... Hari ni dia called kata semuanya ok. Lega Ummi dengar. Guru kelas Abang pun ada share gambar anak-anak jadi tahulah juga perkembangannya sikit sebanyak. Alhamdulillah tenang sikit hati Ummi. 

Update hari ni dari Ustaz...

Dah jadi ketua kelas, alhamdulillah. Nampak gaya oklah tu ☺️

Ummi pun dah move on :p 
Hari ni kemas bilik Abang, basuh cadar, selimut semua... Tukar susun atur bilik juga bagi nampak fresh. Sebab Ummi sedih  kalau tengok katil dia sedangkan orangnya takde :(

Apapun mohon doakan dipermudahkan segala urusan Abang. Moga niat untuk menjadi al-hafiz diperkenankan-Nya. 


Tuesday, 6 April 2021

Abang ‎~ ‏Terbanglah ‎Nak!


TERBANG*

Sudah kuat dan tegap sayapmu sayang
Maka kuizinkan
Engkau terbang sendirian
Ke pergunungan ilmu dan budi
Merasai getir perjalanan
Tanpa aku menemani
Mengepak sayap membelah angin menongkah awan 
Menerjah setiap badai yang mendatang
Menuntut kudratmu untuk kuat bertahan

Di pergunungan itu
Akan kau temui teman seperjuangan
Yang akan bersamamu
Sewaktu susah dan senang
Akan kau berguru dengan pendeta terbilang
Yang akan membantumu mengutip emas dan berlian

Aku tahu di dadamu ada gusar dan gentar
Tapi anakku sayang
Janganlah engkau menoleh ke belakang
Terus kibarkan sayapmu
Biar sayup mata memandang
Kuatkan iltizam dengan doa berterusan

Walau kubiarkan
Engkau terbang sendirian
Hakikatnya engkau tidak berseorangan
Sentuhlah jantungmu
Dengarlah dengupan
Pasti kau dapat rasakan
Sebelah jiwaku turut terbang bersamamu

Nukilan
Roslina Ghazali
#kredit untuk penulis 


Monday, 5 April 2021

Angah ~ Permulaan Baru sebagai PRS

Dah lama dia bercita-cita nak jadi pengawas atau berjawatan di sekolah. Dua tahun lepas dipanggil temuduga pengawas tapi tak berjaya. Kali ni cuba lagi bila sekolah jemput murid untuk isi jawatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Ini batch pertama PRS di SRAI.


Di musim pandemik ni serba-serbi dibuat secara online. Ummi pun secara tak langsung belajar perkara baru esp yang melibatkan teknologi. Contohnya untuk pemilihan PRS ni murid kena rekod video dan hantar melalui filpgrid. First time tahu pasal flipgrid ni. Mujur juga berjaya rekod dan hantar videonya. Murid kena jawab beberapa soalan berkaitan PRS... Nampak gigih jugalah Angah menghafal fakta tentang PRS ni. Dia kata dia nak apply jadi Ummi bantu mana yang patut. 

Online briefing.
Pihak sekolah pun nampaknya makin cekap bab online ni sejak kehadiran Cg Nain ๐Ÿ‘

Di era e-learning ni ibu ayah pun perlu up-to-date dengan teknologi, informasi dll... Peranan mak ayah nak bantu anak-anak sangat besar esp it's a new thing not only for us, but for them as well. Kalau di sekolah boleh tanya cikgu, di rumah Ummi ni lah serba-serbi bagi depa.


Sepatutnya bila dah selesai rekod, boleh edit dulu video. Nak letak lagu ke, special effects ke...tapi Ummi mana reti semua tu, hantar video recording je. Mujurlah success! Haha....
Alhamdulillah akhirnya Angah berjaya dilantik sebagai PRS. Buka sekolah hari ni, lepas cuti seminggu mula pakai baju PRS. 

Cabutlah semula name tag & batch dekat kemeja putih tempohari. Sempat pakai 3x je baju-baju baru tu. Takpelah, rezeki pakai baju purple pula. 

Tahniah Angah! 


Saturday, 3 April 2021

Hadiah Kuiz Isra' Mikraj 2021

Hari tu Angah dan Kakak joined kuiz Isra' Mikraj anjuran sekolah... Sebelum cuti sekolah hari tu dapat hadiah. Hadiah biasa je tapi yang penting penglibatan anak-anak. 

Ada pensil, pemadam, pembaris, pengikat buku dalam tu. Alhamdulillah rezeki. 

Ummi suka anak-anak Ummi aktif sertai pelbagai pertandingan atau acara. Nak bina keyakinan diri mereka. Alhamdulillah sekolah pun aktif mengadakan pelbagai pertandingan untuk murid-murid. 

Ada 2-3 pertandingan/acara yang dalam radar kami. Hari ni pun Walid & the boys lari untuk program virtual run. Nak kena setel-kan sebelum Abang masuk asrama. Dan deadline untuk submit running record pun makin dekat. InshaAllah kita boleh ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Friday, 2 April 2021

Abang ~ Keputusan Permohonan SMISTA, MRSM & SBP/SMKA

Alhamdulillah boleh tarik nafas lega sekarang sebab urusan persekolahan menengah Abang dah selesai. Selesai dalam erti kata dah dapat sekolah yang dihajati. Berakhir sebuah penantian, akan bermula sebuah perjalanan. 

Untuk rekod, inilah status permohonan Abang ke MRSM, SMISTA dan SBP/SMKA; 

SMISTA
3/3 Keluar result, Abang hanya berjaya sebagai calon simpanan.

Ummi taklah frust sangat sebab masih berharap rezeki Abang ada di MRSM atau SBP/SMKA. Tapi, dalam masa yang sama khuatir juga. SMISTA yang permohonannya mungkin tidak sebanyak permohonan ke MRSM atau SBP/SMKA pun Abang tak berjaya untuk 1st intake, macamana nak bersaing untuk ke MRSM atau SBP/SMKA. Jadi, kami buat juga rayuan secara online seperti disyaratkan. 

MRSM
10/3 result MRSM keluar. Tak tidurlah malam sebelum tu, dok fikirkan keputusannya.

Keputusannya tak berjaya, kena buat rayuan :( 
Sama seperti SMISTA, kami hantar rayuan secara online 14/3 tempohari. 

Pada 22/3  keluar result kali ke-2. Result ke-2 ni pun tidak berjaya juga. Macam-macam teori yang keluar tapi kami anggap saja tiada rezeki. MRSM ni banyak intake ye, sampai Jun nanti masih ambil pelajar. Kena banyak bersabar dan berdoa bagi yang betul-betul berminat untuk ke MRSM. 

SBP/SMKA
Ini yang paling berdebar dan paling ditunggu. Sebab memang dari awal target Abang masuk SMKA jadi harapan tu besar. Sementelah result SMISTA dan MRSM tidak menyebelahi Abang jadi memang nervous gilerr kali ni. Yang nervous tak tidur malam tu Ummi, Abang rileks je dia ๐Ÿ™†

Mula-mula tu kata 17/3 result keluar, kemudian 19/3 pula. Sabo je lah. 

Alhamdulillah, penantian berakhir dengan kegembiraan. Allah makbulkan doa kami syukur. 

22/3 tempohari kami dah pun ke sekolah Abang untuk proses penerimaan tawaran. 

Kawan-kawan Abang pula setakat ni 5 orang berjaya ke SMISTA, +-10 orang ke SMKA, 2 ke SBPI, 2 ke SMAP. Paling ramai ke SAM, dalam 30 orang. Namun masih belum ada yang berjaya dapat tempat di MRSM. Ada yang kata sebab sekolah kami ni kategori swasta, wallahu a'lam. Tahun-tahun sebelum ni ada je yang berjaya ke MRSM. Entahlah... 

Hari ni, 2/4 dapat panggilan dari MAIWP, Abang ditawarkan tempat ke SMISTA. Alhamdulillah syukur tapi kami terpaksa tolak sebab dah terima tawaran SMKA. Bagi peluang kepada mereka yang masih belum mendapat tawaran lagi. Lagipun semua persiapan  sudah dibuat. Abang tu kalau ikut dia nak juga ke SMISTA ni sebab ada geng; Iman, Haziq, Muiz, Naeim ๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡

Sebenarnya di luar sana ramai yang masih mengharap untuk dapat panggilan/tawaran. Dalam group Telegram/WhatsApp yang Ummi join, pelbagai rintangan, kekangan, keluhan ibu bapa dalam membuat rayuan untuk anak-anak. Ummi doakan agar mereka beroleh apa yang dihajati aamin ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ



Thursday, 1 April 2021

Staycation @ Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam

Dalam banyak-banyak hotel yang kami hubungi, hanya Holiday Inn Glenmarie Shah Alam yang kolam renangnya dibuka. Jadi, kami pilih hotel ni untuk staycation dan hadiah percutian untuk Abang sebelum masuk asrama. 


Hotel ni letaknya berhampiran Bangunan DRB-Hicom. Agak jauh dari pusat bandar Shah Alam. Tapi okay je sebab tujuan kami pun hanya nak lepak di hotel saja.

Ini bilik kami; family room. Harga semalam RM 238 (tanpa breakfast). Bilik luas dan selesa untuk kami berenam. Cumanya dekorasi dan room style quite old fashioned. Hotel lama, masih guna karpet. Ada bau kepam :( 

Bantal superb :) 

Selain tu mini fridge dan iron pun disediakan. Lengkap semuanya...

Tapi, saluran TV kurang menarik. TV1, 2, 3 yang biasa tu pun takde. Boring jugalah. Tapi hand phone kan ada :p 

Kebetulan malam tu, sempena malam Nisfu Syaaban ada bicara santai tentang Ulul Albab di FB page Maahad Muar. Kami layan program ni je lah. Alhamdulillah sikit sebanyak dapat juga input tentang  Ulul Albab ni. 

Ini bilik pula air. Ada bath tub. Kira bonus bagi anak-anak. Ummi pun suka sebab lebih selamat. Tak perlu share dan anytime boleh berendam. Sesekali je jenguk bilik air untuk pastikan semuanya ok. 

Tapi, sebelah petang tu bagi juga peluang depa mandi pool. Memang ini pun tujuan ke hotel ni kan?

Ramai orang esp kid's pool. Risau juga Ummi tapi nampaknya masing-masing cuba patuh SOP. Mandi ikut group masing-masing je. 

Adult pool takde orang sangat... 

Cantikkan? Ini lounge, view dari kolam renang...

Belakang pool golf course... 

Lobi cantik ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ 
Eh, di lobi ni Walid iv dengan company  dari Terengganu tu :p

Baca sini: Belum Rezeki Kami

Tak ada apa sangat yang Ummi boleh highlight pasal hotel ni. Sekarangkan banyak hotel baru dengan fasiliti yang lebih moden jadi bila ke hotel yang dah agak lama, rasa biasa je. 

Apapun seronok dapat bercuti walaupun sekadar satu malam saja :D 

Terima kasih Walid ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน