Tuesday, 11 July 2017

Eid 2017 ~ ex-officemates Walid datang beraya...



13 Syawal|7 July (Friday)

Ingatkan 5-6 orang atau paling ramai pun 10 orang je, rupanya hampir satu department datang beraya di rumah kami jumaat lepas. Adalah dalam 50 orang kot termasuk kanak2. Semua ni geng ofis lama Walid.

Menjelang hari kejadian, the no became double 😉

Menu? 
1) Nasi minyak, ayam goreng berempah, dalca, acar timun, acar buah & papadom
2) ketupat palas & rendang Ayam
3) nasi impit & kuah kacang
4) buah epal & oren
5) air sarsi 
6) kuih raya 



Khamis tu Umi dah siap beli barang kering.  Beli sekali flask nasi dengan bekas air yang besar tu. Ketupat palas pun balut dengan Tok siap2, simpan dalam freezer. Nasi impit pun Umi rebus siap2. Jumaat pagi baru beli barang basah. Balik rumah setelkan urusan anak2 bagi makan kenyang2 baru Umi start masak. Untuk menjimatkan masa, minyak juga tenaga ayam tu Umi rebus dulu then perap dengan serbuk ayam goreng berempah yang kebetulan Umi jumpa masa beli grocery. Rempah keluaran syarikat dari kelate. Petang tu menjelang maghrib baru Umi goreng ayam tu. Kejap je. 

Alhamdulillah makanan semua cukup dan berbaki sikit je. Cukup untuk kami sarapan next morning. 

Bila ada gathering macam ni memang seronok sangat. Anak2 pun suka sebab ramai kawan dapat main bersama. Gambar tak banyak snap sebab Umi Walid sibuk layan tetamu. Suruh Abang ambilkan semuanya bergegar! 


Jujurnya awal tu rasa macam tak mampu nak masak untuk crowd yang besar macam ni but alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. We did our best, the rest we leave it to Allah. 

Hope everyone were happy. Indeed it is our honor for having all of you. 


Sunday, 9 July 2017

Alif Homestay, Baling



Credit :owner. 


Ikutkan tahun ni turn beraya di Jitra tapi kami sepakat nak tunaikan hasrat Tok nak beraya di kampung. Di usia Tok yang dah hampir 80 tahun ni, kalau mampu segala hajat Tok,  Umi nak tunaikan. 

Tahun lepas menginap di Village Hotel memang selesa cuma tak boleh kita nak memasak bagaikan. Jadi tahun ni kami pilih home stay. 


Bila dah contact 2-3 home stay tapi semuanya fully booked, Umi dah cuak. Time ni before puasa. Akhinya rezeki kami dapat bertamu di Alif Homestay. Sukanya Umi bila owner cakap boleh masak, ada dapur semua disediakan. Terus Umi plan menu raya 😆

Master bedroom ada air-cond

Second bedroom


Third bedroom


Asalnya kami booked 2 malam je, tapi bila sekolah dapat cuti ganti on 23/6 tu kami tambah lagi satu malam. Harga sewa semalam rm160, tapi owner bagi diskaun rm150/semalam. Alhamdulillah rezeki. 

Umi ajak sekali pakcik & keluarga join sebab nak gembirakan Tok. Mula tu pakcik macam liat je nak join, takut sempitlah, sesaklah ramai budak2. Tapi bila Umi sent gambar home stay ni, sampai 2 malam pulak depa tidoq situ 😁


Rumahnya selesa, bersih dan baru. Ikut info dari Cg Salim, abang ipar owner merangkap pengurus home stay ni, taman ni baru 2-3 tahun dibuka. Keadaan rumah sangatlah elok. Rumah semi-d, ada kawasan lapang tepi rumah jadi port anak2 bermain dengan sepupu2 depa. Tok pun rajin je menemankan cucu2nya bermain di luar. 



Bila menginap di home stay ni terasa sangatlah macam berada di rumah sendiri sebab kelengkapan rumah semuanya lengkap. Yang paling Umi suka selain dapat memasak juadah raya di dapur yang disediakan, dapat juga Umi basuh baju sebab mesin basuh juga disediakan. Sabun basuh pun ada tau! Tapi kami tak guna pun, bawak sabun sendiri hehe... 

Token from the owner for our buka puasa. Kind gesture that warms our hearts 😁

Ada rezeki memang nak menginap lagi di sini. Tqvm En Khidir for having us. It was a memorable experience especially for the kids. Sampaikan depa asyik dok tanya bila lagi nak pegi rumah atok (cg salim) hehe... Cg Salim ni rupanya pernah mengajar makcik di sekolah menengah dulu. What a small world! 

Ambik toto bentang depan TV, ambik kusyen buat bantal macam kat rumah sendiri kan? 

Ini kira episode akhir cerita raya Umi sepanjang seminggu di kampung, dari kisah menjelang hari raya hinggalah kisah teroerangkap dalam traffic jam on the way balik ke KL. Nantikan kisah raya kami di KL pulak hahaha... Bertabahlah ye, rayakan sebulan 😉

Wednesday, 5 July 2017

Eid 2017 ~ menjelang hari raya...


Dah macam drama bersiri pulak entry raya tahun ni :) tahun lepas ciput sangat coretan raya Umi. Tahun ni kira balas dendamlah... Kita tulis banyak2 kat blog ni. Senang nak rewind balik memori beraya tahun ni.

Jumaat 23/6 tu kami bertolak balik kampung. Keluar rumah 6.40 pagi, sampai baling 3.30 petang termasuk berhenti 3-4 kali untuk ke toilet, Walid took a nap kejap and solat jumaat. Elok sampai pekan gerik elok orang azan. The boys solat jumaat while the girls makan dalam keta. Nasi & lauk pauk baki sahur tu Umi tapau semua. Rezeki Kakak & Adik. Sementara abang2 pergi solat boleh lah depa makan. Nanti kesian pula sebab abang2 puasa. 



Lauk berbuka/sahur hari tu. Kerutuk ayam & sotong telor masin. 

Teruja Umi bila nampak signage ni. Baling pun dah ada uptown! Ingat nak meronda malam tu tapi makngah cakap tak best pun. Lagi happening dekat Batu 42. 



Lega dan seronok rasa hilang penat bila sampai ke home stay. Rumah baru, cantik dan bersih. Jom la kita tidoq seround dulu :) dah janji dengan makngah nak buka puasa di rumah dia, so tak payah masak dah. 

Petang tu pergi pasar malam kupang dulu. Beli bahan mentah untuk buat rendang dsbnya. Umi hampir 'gila' bila tengok barang2 alahai murah sungguh. Rasa semua nak beli. 

Serai yang segar bugar segenggam dewasa ni baru rm2 seikat. Umi angkut 2 ikat. Terung ulam tu rm1 je sepinggan. 

Ini pun Umi beli juga. Besen besar 2 bijik tu rm4. Tapis tu rm3 je. Esoknya buat ketupat terus rasmi. Ikut hati nak beli macam2 lagi tapi takut tak muat keta hehe...


Hat ni Umi tak beli, dapat free :p tauke kedai kain 1Malaysia bagi... 

Sampai rumah makngah elok2 time nak berbuka. Bertuah punya adik :D Kak masak kari ikan kembung dengan empulur jagung. Waduh enak bangat! Empulur tu fresh dari ladang, terasalah manisnya. First time Umi makan empulur jagung masak kari ni. Lepas tu, ada ulam pisang muda rebus. First time juga Umi try. Sedap! Ini yang Umi suka kalau makan nasi kat rumah makngah, kari makngah first class. Lepas tu ulam selalu yang rare. Ada sekali tu ulam pucuk lemak ketam. Jangan kata Umi tak pernah makan, Tok pun tak pernah! 

Esoknya Umi dan Tok balut ketupat. Periuk besar pinjam dengan makngah. Daging pun order suruh makngah beli siap2. 


Umi sempat lagi ke pekan baling. Lagi sekali nak 'gila'. Terus cakap dengan Walid, kalau duduk sini kaya raya kita B, barang murah2.  Hahaha...

Suasana pasar pagi tu. Ramai anak rantau dah kembali ke kampung halaman. 

Tau apa Umi beli kali ni?

Kuali besar sebiji, kuali kecik sebijik. Dah murah kita angkat je la. Tiga puluh ringgit ja dua bijik tu. Semalam Umi tengok kat kedai di sini, lebih kurang saiz kuali besar tu, rm33. Fixed price. Kat kedai ni bole tawar menawar lagi. Dari rm36 total dapat rm30. Harga adik beradik kata tauke tu :p

Ini pula aktiviti anak2. Pancing semua dalam lubang menggunakan kemuncup. Benda baru bagi depa. Pakcik la mengajar ni. 


Malam raya tu apalagi main bunga api la depa. 


Adik pun takmau kalah. Jalan sana jalan sini tengok depa main bunga api. 

Bahagia tengok Tok rilek bersantai tengok cucu2 main bunga api. Dah lama tak rasa suasana macam ni. This is just a beginning insha Allah. Kita bahagiakan orang Allah bahagiakan kita. Aamiin.


Tuesday, 4 July 2017

Eid 2017 ~ raya keenam liat nak balik KL


OOTD T-shirt Australia Walid beli di Perth hari tu.
Dah macam kembar Angah & Kakak :) 

Bila dah seminggu di kampung, jomlah kita pakat balik ke pangkal jalan hehe... Pukul 9 bertolak dari Jitra, pukul 10.30 sampai baling. Ikutkan taknak singgah rumah Kak tapi Kak ajak makan laksa dulu, kita layankan je. Rezeki jangan ditolak ye dak? 

Aktiviti wajib dalam kereta, makan kuih raya le.
Habis sebalang popia nestum Horlicks Umi. 

Since kami ikut jalan dalam, baling-pengkalan hulu-gerik-lenggong-k.kangsar jalan memang clear. Banyak kenderaan tapi lancar. Singgah solat jumaat di masjid tepi jalan di gerik. Ikutkan Umi nak bentang tikar makan nasi bekal bawah pokok depan masjid tu je, tapi Walid taknak. Nak singgah di tol k.kangsar. 60 kilo lagi tu. Umi dah lapaq nasi :( 

Mujur Walid akhirnya berhenti di Dataran Lenggong. Ada karnival raya di situ tapi Umi dah tak selera nak shopping walaupun murah2 juga harga barangannya. Lepas raya kan, asal balik modal pun OK kot. 


Nasi jagung Tok Umi bekal kan. Tomyam baki BBQ rumah maksu pun ada. Alhamdulillah rezeki, kita makan je. 


Bila masuk je highway dah jammed. Merangkak-rangkak kenderaan nak melepasi terowong menora. Umi perasan ada 5-6 buah kereta terpaksa berhenti di bahu jalan, overheating. Ada Umi nampak family dengan anak2 kecik macam kami. Umi hanya mampu doakan agar Allah mudahkan urusan mereka. Nak tolong tak mampu. Lagi satu, bila kita nampak orang lain ditimpa musibah, kita kena DOA untuk mereka dan untuk kita juga agar terhindar dari musibah yang sama serta bersyukur kerana kita selamat. 

Akhirnya Umi roger makcik, inform nak tumpang bermalam. Tak larat dah. 9 jam dalam kereta baru sampai Ipoh! Esok je la kita balik KL. Isnin baru sekolah :p

Kenangan di rumah sewa makcik. Lepas ni depa nak pindah masuk rumah sendiri. Alhamdulillah. 

Next morning tu terus pecut balik rumah. Mendobilah kerja Umi sehari dua ni. Lepas tu nak kemas rumah. Cari cadar nak tukar, terjumpa pula curtain. Umi pun tak ingat dah curtain ni. Boleh lah kita gantung sebagai curtain raya :D 

Time tempah curtain ni glemer manik jurai2 tu. Inspirasi dari Eric Leong :)

Monday, 3 July 2017

Eid 2017 ~ raya kelima kita 'bakaq dia'...


Last year maksu jemput sarapan pagi sambil beraya di rumah dia before kami balik ke kl. This year maksu ajak dinner-cum-open house raya, BBQ style. Orang jemput, lajulah kita kan...

Siakap bakar ni lauk laku keras malam tu. 

Petangnya Umi cuma tolong potong nasi impit. Malam pula potong tembikai dan ambik kontrak basuh pinggan. Walid and kiddos tukang bakaq. Sampai hangus kerang kecut habis isinya dek masing2 main hentam saja. Kononnya nak tunggu kerang tu terbuka, sampai rentunglah jawabnya. 

Jemputan tak ramai pun, jiran 2-3 rumah dan kawan2 maksu 2-3 family je. Bila tetamu dah balik, kami sambung berborak sambil makan aiskrim Uda belanja. Asyik makan borak makan je la kerja Umi anak beranak raya ni. Alhamdulillah rezeki, jangan komplen :)

Eh baju semalam :D

Siangnya follow Tok Ayah Tok Umi pergi beraya di alor star. Dah sampai alor star takkan tak singgah pekan rabu kan? Lunch kat food court pekan rabu ni tapi crowded ya amat! I missed the old pekan rabu, w/pun sesak tapi tak sesempit sekarang. Rindunya zaman sekolah menengah dulu. Bila outing dapatlah makan nasi ayam atau bihun sup dengan ABC. Sedapnya! 



Sunday, 2 July 2017

Eid 2017 ~ Raya keempat ber'shell out' kita...




Asalnya Umi plan nak buat laksa. Tapi on the way nak ke market tu maklong call minta belikan seafood sebab malam ni nak buat shell out. Terus lah ke tesco, dapat beli udang size kecik2 dengan ikan dori je. Sotong dan ketam habis. Mujur Tok Umi dapat beli ketam nipah on the way balik dari Kuala Kedah.  Lala ada stock di rumah maklong. Sotong je yang takde. 


Yang kelakarnya semua tak berani nak siang ketam ni sebab depa still alive. Walid ambik pisau pi mai pi mai surrender. Maksu pun sama, angkat pi angkat mai tinggal gitu je. Maklong dengan Umi awai2 dah surrender. Kalau dah mati Umi OK je nak siang. Lastly paklong la yang 'process' ketam ni. Umi buat sambal awal-awal, tunggu gaul je dengan ketam tu. 

Udang goreng butter, ketam masak sambal, lala tumis, grilled ikan dori, jagung & brokoli rebus & nasi putih.

Alhamdulillah licin. Sampai kan Tok Ayah cakap lain kali boleh buat lagi "hampa makan sampai habih" hahaha... Makan ramai2 kan sambil sembang-sembang adik beradik sedar tak sedar habis dah makanan.   


Ini time gathering raya gang SSAT. Makan nasi tomato dengan bihun sup. Umi dengan anak2 lepas makan balik. Walid menyembang sampai ke petang. Maklumlah jumpa setahun sekali. Bagi chance la... 



Ada playground dekat situ, suka lah depa main. Suka tengok the boys pakai baju melayu dengan jeans, nampak rugged :) 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Saturday, 1 July 2017

Eid 2017 ~ Raya ketiga bihun, bihun, bihun...



OOTD raya ke3, kuning mustard & blue gitu.
Kemain no 2 tu dengan spek hitam. 

Jika raya pertama asyik makan nasi, raya ketiga pula bihun goreng. Sarapan makan bihun goreng yang Tok Umi masak untuk tetamu dari Besut. Ketika menziarahi sepupu Walid, kami dijamu dengan bihun goreng juga, air tangan kakcik fidah. Sampai di rumah toklong, sekali lagi dihidang bihun goreng! Kali ni Umi kongsi dengan Abang je. W/pun bihun goreng tu feveret Umi tapi bila dah 3 rumah berturut-turut makan bihun, faham saja lah. 


Mujurlah bila sampai di rumah Pza, ada nasi tomato. Malah kami juga dijamu dengan harumanis. Dapat lah Umi rasa keenakannya yang sering diperkatakan. 


Dah alang2 berada di kangar, terus Walid bawak pusing2 ke Kuala Perlis. Nak makan laksa Kuala Perlis yang femes tu pun perut masih kenyang. Kebetulan hujan, Umi malas nak turun kereta. 

Petangnya Umi tolong maklong grill kambing, hidangan untuk Wan Ammar. Regukan dengan spaghetti olio aglio dan salad. Meletops! Pandai lah maklong ni reka2 sedap pulak jadinya. Nanti dapat resepi grilled lamb tu Umi share ye, insha Allah. 


Ini pula cheesekut air tangan Uda. Pun Umi nak try buat juga nanti. 


Stay tuned!