Wednesday, 5 July 2017

Eid 2017 ~ menjelang hari raya...


Dah macam drama bersiri pulak entry raya tahun ni :) tahun lepas ciput sangat coretan raya Umi. Tahun ni kira balas dendamlah... Kita tulis banyak2 kat blog ni. Senang nak rewind balik memori beraya tahun ni.

Jumaat 23/6 tu kami bertolak balik kampung. Keluar rumah 6.40 pagi, sampai baling 3.30 petang termasuk berhenti 3-4 kali untuk ke toilet, Walid took a nap kejap and solat jumaat. Elok sampai pekan gerik elok orang azan. The boys solat jumaat while the girls makan dalam keta. Nasi & lauk pauk baki sahur tu Umi tapau semua. Rezeki Kakak & Adik. Sementara abang2 pergi solat boleh lah depa makan. Nanti kesian pula sebab abang2 puasa. 



Lauk berbuka/sahur hari tu. Kerutuk ayam & sotong telor masin. 

Teruja Umi bila nampak signage ni. Baling pun dah ada uptown! Ingat nak meronda malam tu tapi makngah cakap tak best pun. Lagi happening dekat Batu 42. 



Lega dan seronok rasa hilang penat bila sampai ke home stay. Rumah baru, cantik dan bersih. Jom la kita tidoq seround dulu :) dah janji dengan makngah nak buka puasa di rumah dia, so tak payah masak dah. 

Petang tu pergi pasar malam kupang dulu. Beli bahan mentah untuk buat rendang dsbnya. Umi hampir 'gila' bila tengok barang2 alahai murah sungguh. Rasa semua nak beli. 

Serai yang segar bugar segenggam dewasa ni baru rm2 seikat. Umi angkut 2 ikat. Terung ulam tu rm1 je sepinggan. 

Ini pun Umi beli juga. Besen besar 2 bijik tu rm4. Tapis tu rm3 je. Esoknya buat ketupat terus rasmi. Ikut hati nak beli macam2 lagi tapi takut tak muat keta hehe...


Hat ni Umi tak beli, dapat free :p tauke kedai kain 1Malaysia bagi... 

Sampai rumah makngah elok2 time nak berbuka. Bertuah punya adik :D Kak masak kari ikan kembung dengan empulur jagung. Waduh enak bangat! Empulur tu fresh dari ladang, terasalah manisnya. First time Umi makan empulur jagung masak kari ni. Lepas tu, ada ulam pisang muda rebus. First time juga Umi try. Sedap! Ini yang Umi suka kalau makan nasi kat rumah makngah, kari makngah first class. Lepas tu ulam selalu yang rare. Ada sekali tu ulam pucuk lemak ketam. Jangan kata Umi tak pernah makan, Tok pun tak pernah! 

Esoknya Umi dan Tok balut ketupat. Periuk besar pinjam dengan makngah. Daging pun order suruh makngah beli siap2. 


Umi sempat lagi ke pekan baling. Lagi sekali nak 'gila'. Terus cakap dengan Walid, kalau duduk sini kaya raya kita B, barang murah2.  Hahaha...

Suasana pasar pagi tu. Ramai anak rantau dah kembali ke kampung halaman. 

Tau apa Umi beli kali ni?

Kuali besar sebiji, kuali kecik sebijik. Dah murah kita angkat je la. Tiga puluh ringgit ja dua bijik tu. Semalam Umi tengok kat kedai di sini, lebih kurang saiz kuali besar tu, rm33. Fixed price. Kat kedai ni bole tawar menawar lagi. Dari rm36 total dapat rm30. Harga adik beradik kata tauke tu :p

Ini pula aktiviti anak2. Pancing semua dalam lubang menggunakan kemuncup. Benda baru bagi depa. Pakcik la mengajar ni. 


Malam raya tu apalagi main bunga api la depa. 


Adik pun takmau kalah. Jalan sana jalan sini tengok depa main bunga api. 

Bahagia tengok Tok rilek bersantai tengok cucu2 main bunga api. Dah lama tak rasa suasana macam ni. This is just a beginning insha Allah. Kita bahagiakan orang Allah bahagiakan kita. Aamiin.


5 comments:

  1. nampak luas homestaynya tu. seronoklah dekat sana harga barang masih murah tapi kenapalah dekat selangor kl ni barang mahal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang murah sis sampai rambang mata ๐Ÿ˜

      Delete
  2. Puan Hazel, you had a memorable and fun Hari Raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed PH. I tried to create the best raya for my family members especially my mom and the kids.

      Delete
  3. Pergi pekan kecik mcm ni yg bestnya barang murah murahkan PH...mmg berbeza kalau banding kat KL ni. Mmg buntanglah bijik mata. Kuali besaq tu bawak balik KL ke idok?

    Aduhhh teringin pulak nak makan ketupat palas tu....semlm nampak hala ke sekolah tu ada juai nak pi belilah hari ni hihi

    ReplyDelete