Cerita Sabtu lepas...
Nampak dekat TT video tentang Aeon Seasonal Clearance Sale ni. Makanya jom la pergi tengok apa yang ada tu...
Patutlah dalam video nampak tiang kata Walid.
Ummi tak perasan dah tiang ke tangga ke, yang ummi nampak dalam video tu barang² yang dilelong je 🤭
Warna beige/cream ni tengah in agaknya. Almost all brands keluarkan produk warna ni.
Beli buat hadiah kahwin pun sesuai ni.
Satu lagi yang lawa, travel iron warna merah. Lupa pulak nak ambil gambar. Lagipun cuci mata je dekat bahagian ni.
Toto, comforter, bantal, tuala banyak pilihan dan offer kaw-kaw juga. Comforter Akemi yang Ummi beli di GPO dulu pun ada. RM50 juga harganya.
Satu lagi item yang ikut Ummi balik is this 16-inch periuk. Kecik comel sesuai untuk panaskan lauk atau masak megi kata acik yang tengah belek periuk ni bersama Ummi :D
Harganya RM35 saja. Tapi bahagianya hati Ummi ni tak terkira bila dapat mainan baru gini ☺️
Setel bahagian basement tu, naik ke ground floor. Walid nak beli bun/roti untuk anak². Ada free cupcake sempena Mother's Day tapi Ummi tak dapat claim. Sebab tak bawa anak, syaratnya kena bawa anak huhu... Diorg akan ambil gambar ibu dan anak as part of their campaign ni. Promoter suruh datang semula Ahad, ada lagi katanya. Takpelah, tak rajin pulak Ummi nak datang semula semata² seketul cupcake ni 😁
Banyak juga barang menarik ni PH. Kalau sesuai boleh la beli.
ReplyDeleteKalau ada benda kena beli ok juga datang. Hehe harap lama khidmat 2 mangkuk kaserol dan periuk.
ReplyDeleteAeon kat rumah uncle takde pulak banda alah ni....
ReplyDelete