Tuesday, 12 May 2026

Aeon Seasonal Sales

Cerita Sabtu lepas... 

Nampak dekat TT video tentang Aeon Seasonal Clearance Sale ni. Makanya jom la pergi tengok apa yang ada tu...

Buat dekat basement ....
Patutlah dalam video nampak tiang kata Walid.  
Ummi tak perasan dah tiang ke tangga ke, yang ummi nampak dalam video tu barang² yang dilelong je 🤭

Ada electrical appliances, bedding items, cookware... In short home appliances la... 

Berkenan dengan multi cooker ni. Lama juga dok tenung kot² Walid nak offer beli hahaha ...

Elba ni mahal sikitlah...

Ni pun comel...
Warna beige/cream ni tengah in agaknya. Almost all brands keluarkan produk warna ni.

Tefal letak color code ni melon 
Beli buat hadiah kahwin pun sesuai ni.

Lawa 😍
Satu lagi yang lawa, travel iron warna merah. Lupa pulak nak ambil gambar. Lagipun cuci mata je dekat bahagian ni.

Toto, comforter, bantal, tuala banyak pilihan dan offer kaw-kaw juga. Comforter Akemi yang Ummi beli di GPO dulu pun ada. RM50 juga harganya. 

Ummi serbu bahagian ni la... Ada barang serendah RM3... Pinggan begini ni dijual loose, sebiji RM5. 

Ummi beli 2 mangkuk casserole ni... 

Balik rumah terus rasmikan :)

Satu lagi item yang ikut Ummi balik is this 16-inch periuk. Kecik comel sesuai untuk panaskan lauk atau masak megi kata acik yang tengah belek periuk ni bersama Ummi :D 
Harganya RM35 saja. Tapi bahagianya hati Ummi ni tak terkira bila dapat mainan baru gini ☺️

Setel bahagian basement tu, naik ke ground floor. Walid nak beli bun/roti untuk anak². Ada free cupcake sempena Mother's Day tapi Ummi tak dapat claim. Sebab tak bawa anak, syaratnya kena bawa anak huhu... Diorg akan ambil gambar ibu dan anak as part of their campaign ni. Promoter suruh datang semula Ahad, ada lagi katanya. Takpelah, tak rajin pulak Ummi nak datang semula semata² seketul cupcake ni 😁




3 comments:

  1. Banyak juga barang menarik ni PH. Kalau sesuai boleh la beli.

    ReplyDelete
  2. Kalau ada benda kena beli ok juga datang. Hehe harap lama khidmat 2 mangkuk kaserol dan periuk.

    ReplyDelete
  3. Aeon kat rumah uncle takde pulak banda alah ni....

    ReplyDelete