Sekolah cuti 4 hari sempena Deepavali.
Jom la kita Cuti-Cuti Ganu π€
Baca news katanya Jumaat petang dah start jammed. Kan dapat diskaun tol 50% Jumaat dan Sabtu tu. Alhamdulillah perjalanan kami pagi Sabtu tu lancar. Kereta banyak tapi moving.
Heaven rasanya bila jalan lancar begini.
Langit membiru, lurvvv π«°π»
Selesai urusan di Kerteh, naik ke KT. Jumpa buah hati pengarang jantung Ummi. Traffic slow sebab lori ni accident. Nampak driver macam tak injured alhamdulillah. Time ni hujan, mungkin jalan licin itu yang terbabas.
Sampai KT ambil Abang di asrama, bawa ke homestay. 2x dah stay sini, suka sangat sebab selesa, bersih dan berhampiran dengan kampus Abang. Owner pun mudah berurusan. Bila homestay dah ready, pukul 11 -12 pun dia bagi check in. Tak berkira.
Beli keropok lekor rebus. Abang suka keropok lekor rebus jadi Ummi beli la khas untuk Abang. Walaupun dah berbulan di sana, nak cari kedai kepok lekor pun tak reti lagi π«£
Sebelah tu satar goreng. Inti satar dibalut dengan kulit popia dan digoreng rangup. Dua² ni kami beli di kedai Keropok Lekor Sri Tepoh. Famous kot kedai ni sebab masa nak masuk highway pun ada satu lagi kedainya. Keropok Lekor Sri Tepoh 2 nama kedainya. Sama tuan la kot, kan...
Petang keluar ke Mydin Mall Gong Badak. Abang nak stock up makanan dan minuman. Berkenan Ummi dengan kek lapis ni, beli 1 pek. Beli juga tembikai siap potong satu bekas.
Mek sorang tu pulak tertinggal baju dan tudung jalan² dia π¬
Mujurlah dekat Mydin ni ada blaus yang dia berkenan, RM20 je. Pastu cari pula shawl nak match dengan blaus tu. Macam-macam la anak dara sorang ni. Tapi shawl dekat sana murah, 1 helai 10, ambil 2 helai RM16. Wajiblah ambil 2 helai kan. Murah, rugi tak grab :D
Malam beli bungkus dan makan di homestay je. Ummi pesan nasi goreng belacan, lain macam rupanya. Tak pastilah ni nasi goreng belacan atau bukan. Nak kata salah order, yang lain semua betul pulak. Nasi gorengnya dihidangkan bersama ayam pad kra pao, hirisan mangga, bawang dan telur dadar. Hirisan mangga tu sedap, lemak-lemak rasanya.
Pagi Ahad bersantai dulu depan TV. Hujan, tu yang syok tu bermalas-malas depan TV.
Malas-malas pun pukul 8.30 dah sampai kedai makan π
Ulat buku tu tengah marathon nak habiskan novel tebal. Ralit sungguh dok baca novel tu.
Kenderaan belum banyak. Tapi sesak jugalah KT cuti Deepavali ni...orang luar datang bercuti, orang lokal pun keluar bersama keluarga sempena cuti umum hari ni (Ahad). Tapi, sesak sesak di KT tidaklah rasa serabut macam sesak di ibu kota π«£
Rasa tenang, ada vibe slow life dekat sana.
To be continued, panjang dah entry ni :)
Kira PH masih di KT ya. Hehe mesti puas makan kerepok lekor dan celup tepung masa di sana.
ReplyDeleteDah balik dah NA.
DeletePuas sangat hehe
Baru nak tanya kopok lekor... terus nampak gambar! hehhe
ReplyDeleteKopok lekor wajib la Uncle
DeleteBestnya jalan2 Ganu. Cie dah lama tak ke rumah abang di sana.
ReplyDeleteUntung Cie ada abang di sana. Boleh la sambil ziarah sambil jalan-jalan.
DeleteDeus caritas est!
ReplyDeleteTak lajak ke Besut..
ReplyDeleteLain kali pokcik, In Sha Allah
DeleteOh ke Terengganu PH ya...
ReplyDeleteAah ye. Ganu kite :D
DeleteMacam kena beli keropok lekor lagi ni, sos cicah banyak lagi π
ReplyDeleteSila sila π€π
DeleteDeus caritas est!
ReplyDeleteSata goreng sedapnya. Kopok lekor Sata wajib bila pi ganu kiter
ReplyDeleteSedap Kak Notie. Tapi Sy prefer satar balut daun tu. Betul kopok lekor, satar wajib la jamah/beli
DeleteBestnya.. long weekend trs zup zap sampai ke negeri lain dah
ReplyDeleteCuti panjang sikit, langkah pun panjang hehe
DeleteMesti selesa sangat homestay tu. Baguslah, senang setiap kali melawat abang dah tahu mana tempat bermalam. Sy pun suka cuti² di Ganu, banyak makanannya sy suka.
ReplyDelete