Friday, 31 October 2025

October Babies

Ramai rupanya lahir bulan Oktober... Ummi adalah juga belikan hadiah beberapa orang yang kenal baik. Sajalah nak raikan sambil² berkongsi rezeki. 

Bff Nurin, sehari sebelum birthday Kakak 
Ummi beli plushie jugaklah, sama dengan Medina, yang sambut birthday awal Oktober hari tu. 

Bawal cantik ni Ummi beli dekat F.O.S untuk Mama Nurin. Birthday-nya mid Oct. Bagi sekali dengan hadiah Nurin. 

TL ni Ummi belikan untuk Adam, anak Acik Dana. Abang dan Adam kawan baik. Birthday dia sehari lepas birthday Kakak. Sama pulak dengan birthday Zhu, classmate Kakak. 

Ummi sedekah duit je dekat Zhu. Kakak pula belanja ayam goreng seketul utk Zhu. 
Hadiah tu pula Kakak bagi dekat Cg Dayah, her favorite teacher sempena birthday CD mid Oct (a day after bday Mama Nurin). 

Ini pula Kakak hadiah birthday dari bff Danisha untuk Kakak. Tq Danisha 😘

Tahun ni Kakak last di SRAI, cubalah raikan seramai mungkin yang mampu sebagai tanda ingatan. Walaupun hadiah tak seberapa, harap semua suka ❤️




Thursday, 30 October 2025

Bunga² di Laman

Agaknya pokok ni suka cuaca panas kot, kembang mekar elok bunganya walaupun dah beberapa hari tak hujan di tempat kami ni. 

Meriah berbunga! 
Ummi tak tanam pokok ni, tumbuh sendiri. Tak pastilah benihnya dari mana,  dibawa burung barangkali. Hadir menyeri laman sejak tahun 2023. Tenggelam timbul pokoknya, kejap ada, kejap hilang kemudian tumbuh semula tanpa dijangka. 

Close up sikit... 
Adik cakap "tak nampak macam tapak kucing pun Ummi" :D 

Bunga pokok letup-letup jenis menjalar. Cantik sangat. Sebelah kanan bunga tu, ada putik buah letup-letup. 

Bunga telang pun meriah berbunga sampai tak terpetik. Nanti rajin sikit petik dan keringkan untuk simpan. 







Angah Balik Asrama

Lama Angah duduk di rumah, sejak balik cuti Deepavali 17/10 hingga 29/10. PDPR. 

Hari ni Ummi hantar dia balik asrama. Sebelum tu singgah beli Tealive dulu. Tak tahulah depa ni suka benar dengan TL. Sabtu lepas pergi Aeon pun 'pau' TL juga. Bang Bang Milk Tea tu la pilihan depa. 

Sepanjang di rumah alhamdulillah Angah ikut semua kelas online. Walaupun adakala tengok dia boring mengadap laptop tapi tidaklah dia tidur ke apa. Tapi itulah kelas online ni tak sama dengan face to face dengan cikgu. Minggu depan UASA, risau juga sebenarnya. Mudah-mudahan semuanya baik belaka. 

Orang pertama sampai di asrama. 
Tengah check kawan² nak sampai pukul berapa... Sekolah bagi kelonggaran untuk balik ke asrama sampai pukul 10 malam. Sebab hari bekerja, ada parents tak boleh hantar siang. 

See you when I see you Angah 😘




Wednesday, 29 October 2025

Happy 12th Birthday Kakak 🎈

Alhamdulillah genap 12 tahun sudah usia puteri kesayangan Ummi Walid. 

Beli kek di Aeon Sabtu lepas, kemudian Ahad tu bawa pergi makan dengan Abang. Sambut awallah sikit sebab nak bagi semua ada. 

Kebetulan Acik Dana ada juga di kantin, hulur sepotong kek dekat depa. Tup² AD bagi Kakak hadiah birthday. Alahai....

Suka sangatlah Kakak dapat perfume. Sekarang ni fasa nak melawa, nak wangi²... 
AD selit duit sekali dalam kotak perfume tu. Katanya memang sentiasa standby hadiah gini dalam kereta untuk murid²-nya. 
Best-nya jadi murid AD :) 

Ummi belikan backpack ni dekat F.O.S. Ini pun bawa dia sekali untuk pilih sendiri mana yang berkenan. Keychain CryBaby tu hadiah dari bff Aufa. 

Bestie Medina bagi sling bag. Cik Tah bagi telekung cantik. 

Ummi Walid pun dapat hadiah dari Cik Tah, tumpang rezeki Kakak ☺️

Mama Nurin bagi duit RM12, sempena ulangtahun ke-12 😍

Hadiah dari Adik...
Ada tanda harga la pulak ahaha... 

Angah sempoi, dia bagi jacket hoodie dia yang dah tak muat kat Kakak. Setel hadiah dari dia :D 

Alhamdulillah ramai yang sayang Kakak. Semoga yang baik² utk Kakak selalu, dalam rahmat dan lindungan-Nya serta sentiasa menjadi penyejuk mata keluarga. Luv you Kakak, always and forever 💞



Kerabu Pucuk Paku & Kerang

Lately suka pulak makan kerabu/urap. 
Faktor usia ke? 
Ahahaha... 

Semalam pergi market jumpa kerang besar dan segar nampaknya. Ambillah ±½ kg untuk buat kerabu. Dah ada kerang, cari pula pucuk paku. Alhamdulillah jumpa walaupun tak berapa cantik pucuknya. RM3.50 seikat. 

Balik rumah, kelentung kelentang siaplah Kerabu Pucuk Paku + Kerang. 

Caranya;
1. Bersihkan dan rebus kerang hingga masak. Kopek kulit dan ketepikan. 
2. Siang pucuk paku, panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan garam dan pucuk paku. Biarkan sekejap kemudian toskan dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk (air peti ais) supaya pucuk paku kekal rangup. Kemudian toskan airnya. Ketepikan. 
3. Rincik serai, lengkuas, bawang merah, cili padi dan sedikit belacan dan tumbuk hingga lumat. 
4. Dalam bekas lain, satukan bahan tumbuh, santan pekat dan kerisek. Gaul sebati bahan² ni dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa kemudian masukkan isi kerang rebus dan pucuk paku. Gaul rata, perah limau kasturi dan sesuaikan rasa. Siap! 

Kerang gemoks sedap 😋

Kalau ditanya Ummi apa beza kerabu dengan urap ianya terletak pada bahan dan tekstur. Kerabu versi Ummi yang diwarisi resepinya dari arwah Tok ada serai, lengkuas, santan dan kerisek dan basah² (berkuah/ada kuah) sikit teksturnya. Kalau urap kering (tak berkuah) teksturnya dan tak guna santan. Lain orang mungkin lain definisinyalah. Raikan saja. Yang penting sama ada urap atau kerabu dua² pun sedap dan menyihatkan. 




Tuesday, 28 October 2025

Rezeki dari Dungun

Awalnya Mama Afiq nak minta tolong Ummi tumpangkan Afiq balik dari Kem Rehlah Minda. Sebab mereka sekeluarga baru bergerak dari kampung, Dungun. Tapi pukul 2 tu dah sampai di Gombak. Pecut ke tu? Ahaha ... 

Walaupun tak tumpangkan Afiq, maknya tetap nak jumpa. Nak bagi ole²...

Sebanyak² alam dia bagi buah tangan ☺️

Abang kata maknya memang selalu balik kampung restock keropok² untuk depa sekeluarga. Ummi ingatkan buat jual, sebab untuk kami pun diberinya 2 pek keropok lekor, 5 pek keropok segera dan 1 bungkus besar keropok keping. 

Minta Abang tolong gorengkan,sebelum dia balik asrama. Dapat jugalah dia makan sama. 

Terima kasih banyak MA 🫰🏻

Nasi Bungkus utk Abang

Dari kenduri Tn Hj Rahim, kami terus ke sekolah Abang. Sebelum tu Walid singgah beli nasi di Restoran Hussein Nasi Kandar. Restoran ni baru buka, berhampiran TF Value Mart. Beli la 4 bungkus untuk Angah dan adik² dia yang belum lunch dan untuk Abang, peminat nasi kandar. 

Nasi ni Ummi tumpang makan sekali. Wpun dah kenyang makan nasi kenduri, tapi tengok Abang berselera benar makan teringin la pulak 😅 

Teh Ais sedap.
Sekarang banyak restoran nasi kandar isi air dalam cup gini (sealed), bukan lagi dalam plastik ikat tepi. 

Geng KSIB lama ada gathering. Depa bagi kuih-muih sepinggan untuk kami. Segan nak join walaupun diajak sebab tak kenal, kecuali sorang dua je. Lagipun diorang potluck sesama mereka. Kuih muih ni pun Ummi bagi Abang, suruh makan dengan kawan² study dia. Kami dah terlebih kenyang, alhamdulillah. 

Monday, 27 October 2025

Wedding Anak Hj Rahim@ Astana Puteri, Gombak


Kali kedua terima jemputan dari Tn Hj Rahim ke majlis perkahwinan anaknya. Ini kali kedua terima jemputan majlis kahwin anak THR. Kali pertama diundang 7 tahun lepas, di UTM Jalan Semarak

Kali kedua makan kenduri di Astana Puteri Gombak ni. 

Kami datang lepas Zohor. Tetamu dah berkurang banyak, terus dapat tempat duduk. 

Ada air asam kerisek, sama macam kenduri Pakcik Aina baru² ni. Bak kata Kak Rawiwa, trend sekarang ni agaknya hidang air asam kerisek bersama nasi minyak. 

Ummi ambil karipap dan cekodok pisang sorang satu dan laksa semangkuk beserta sebekas puding. Ada juga cendol, brownies dll tapi tak ambil pun. Makan laksa tu buat perut rasa penuh dah alhamdulillah . 

Door gift ... 
Dapat piring kaca cantik, corak ala² piring Corelle. Trend door gift sekarang agaknya bagi piring gini. 2-3 kenduri dah kami dapat piring cantik gini. 

Datang dulu rasanya takde lagi mural ni... 
Astana Puteri ni bersebelahan dengan tempat Bomba sukarela ni. 

Adik sempat posing sebelah lori bomba sebelum balik. Depa 3 beradik ikut, tapi tak turun kereta sebab masing² malas nak bersiap pakai baju kurung bagai... Duduklah dalam kereta tengok TV dan main phone sementara Ummi Walid makan kenduri. Kami pun tak lama dalam dewan tu, nak ke tempat lain pula. Itu yang depa bertiga ni ikut sekali. 

Sekali lagi, terima kasih banyak THR atas jemputan.  
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 

Shopping Baju Graduation @ Aeon Wangsa Maju

Ikutkan Ummi, pakai aje baju kurung sedia ada. Tapi mek sorang ni tak nak, nak baju yang matching dengan tudung pink. Girls kena pakai tudung pink utk majlis graduasi T6 nanti. 

Minggu lepas dah pergi ke D'Fyros tapi takde yang berkenan. Tapi beli jugalah tudung pink. Butik tu pun dah tak best bagi Ummi. ½ of the butik dah dijadikan port untuk 'live' (online marketing), menjadikan sangat terhad pilihan baju² untuk dijual secara offline. Baju² yang dijual atas talian tu tak boleh dibeli secara direct gitu. Kena join live diorang dan beli dari situ. Kita ni jenis suka pergi butik/physical store sebab tak suka beli online 🫣

So Sabtu kelmarin bawalah Kakak ke Aeon Wangsa Maju. Kakak siap bawa tudung yang dibeli di D'Fyros tu utk acu dengan baju. 

Ummi dah berkenan dengan baju kurung moden Gene Martino warna maroon ni, padan elok dengan Kakak. Harga pun okay, RM69. Tapi Kakak tak berkenan 😇 Sekarang ni tak boleh belikan baju saja², kena bawa tuan badan. Dah pandai memilih. Kita ni dulu apa yang mak ayah beli, itulah yang dipakai. Ingat lagi, Paklong pernah belikan kain pasang untuk Ummi warna merah ang-ang dan shocking pink, pakai je takde komplain². Orang dah belikan pun seribu rahmat dah. 

Pusing sana, pusing sini dapatlah juga yang berkenan di matanya. Alhamdulillah lega Ummi haha... 

Lepas tu ajak masuk Mr Diy pulak, nak beli hadiah birthday utk bff Nurin. Sebelum singgah dulu F.O.S beli hadiah birthday untuk dia, coming soon

Last but not least, ke bakeri depa (La Boheme). 

Nampak sedap, beli sekotak. RM13-14 camtu. Sedap juga, tak muak dan tengok. Jenama Mak'cik ni owned by Sydney Cake House, local brand juga. Banyak juga kek² dia ada di sini. Ikut carian, kedua² Le Boheme dan SCH ada sijil halal JAKIM.

Hari tu Ummi Walid cuma cuci mata, kali ni bawa anak³ apalagi poket pun 'ter-cuci' la sekali 😂 





Sunday, 26 October 2025

Ceramah Ustaz Kazim (DUKE)


Alhamdulillah rezeki diberi peluang menghadiri ceramah Ustaz Kazim (DUKE) di masjid Al Khairiyyah pada Sabtu malam. 

Duduk di ruang Muslimah, nampak DUKE di skrin aje. 

Ustaz datang sempena pelancaran Kempen Waqaf Infaq Naik Taraf Pembangunan Zon Baru Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Gombak (Bukit Permata). Kubur sedia ada ni dah hampir penuh, sampai hujung dah. Setiap kali ziarah kubur Tok, nampaklah makin padat kawasan kubur di BP ni. Tanah JAIS luas disini, masih dalam keadaan hutan/bukit jadi banyak kerja perlu dilakukan untuk pembesaran tanah perkuburan ni. Kalau kawan² nak berinfaq pun boleh, ada no akaun masjid pada poster di atas. 

Kenangan dari tanah suci... Beg dari Cik Dora dan sejadah pula Ummi beli di depan hotel penginapan kami, Abraj Janadriyah di kota Mekah beberapa hari sebelum berangkat pulang ke tanah air. 10 riyal je masa tu. Beli 2 helai; satu untuk Ummi satu untuk Walid. 


Antara intipati ceramah yang sempat Ummi tulis. Ummi lebih banyak dengar dari mencatit. Sebab pendekatan Ustaz lebih kepada ceramah santai, sentiasa disulami lawak jenaka tapi ada makna tersirat. 

Adik jumpa kawan SRAI. Jauh juga datang, dari Kg Simpang Tiga Greenwood semata² nak dengar ceramah DUKE 👍🏻

Mudah-mudahan ada lagi kesempatan untuk sertai lagi majlis² ilmu begini. 

Recap ~ Week 42, 2025

Week 42: 15/10-21/10/2022

RABU Virtual brisk walk (ada ke?) dengan Mommy Zya. Tempat brisk walk dia best, Taman Tasik Taiping kot... Tapi itulah katanya, semangat takde. Itu yang kitorang sama² brisk walk w/pun hakikatnya seorang di Gombak, seorang di Taiping :) 

#Sama² kita doakan keselamatan dan kemudahan buat semua mangsa banjir di Utara. Daerah Larut, Matang & Selama (tempat Mommy Zya) antara yang teruk terjejas. 

KHAMIS Kakak bawa balik hadiah. Dapat #3 dalam kelas utk Projek Berkumpulan Rocket Air sempena Minggu Panitia Sains. Tahniah Kakak & team 👏🏻

JUMAAT Abang bawa balik Nasi Beriani pemberian Adam sempena khatam hafazan. Tahniah Adam! 

SABTU Pergi kenduri Dato' Wira Won. Masa pergi Waze bawa ikut LATAR. Balik kami ikut jalan lama, lagi cepat :) 

AHAD Abang ada Kem Rehlah Minda, adik³ pula sakan mandi air terjun Sg Sendat

ISNIN Cuti Deepavali. Breakfast date dengan Walid. Anak⁴ dah besar, bolehlah dating selalu :)

SELASA Abang masak untuk lunch. Iye, telur dadar dengan sambal penyet jer tapi effort tu mahal 🤗