Mamasab ada promo kek sempena Deepavali. Sementara ada promo ni belilah sebab anak⁴ semua ada di rumah. Seronoklah makan ramai².
Yang brownies tu kami bagi Aunty. Sajalah bagi Aunty happy sikit. Uncle kan baru meninggal. Sembang² la kejap, sambil bertanya khabar. Tahun ni tak rayalah kata Aunty. Dan Aunty pun kena berkabung sebulan. Tak boleh keluar rumah suka².
"Habis sebulan ni mau pergi kuil, sembahyang" katanya.
Genap setahun nanti ada upacara lain pula. Within that period tu Aunty kata takdelah kenduri ke kahwin ke (anak bongsu Aunty masih bujang).
Masa bersembang tu keluar juga cerita macamana Uncle meninggal. Masuk habuk la mata Ummi, kita ni cepat tersentuh 😌
Semoga baik² saja untuk Aunty.
Nampak manis ni... tapi sekali sekala ok kan?
ReplyDeleteTentu happy Aunty dapat brownies tanda ingatan dari PH.
ReplyDeletehuu..manisnya, tapi bukan selalu kan?..hehe
ReplyDeleteteringin nak try.. tapi tak juga beli nyer.. huhuhu
ReplyDeletebaru makan last week, ada bday geng opis..memang manissss
ReplyDeleteLama tak makan kek mamasab. Pernah jugak cuba RV dia tu, memang sedap kan cheese ngan choc tu. Uncle India dekat rumah sy pun baru meninggal. Masa dia meninggal tu terus teringat kisah jiran India PH yang meninggal ni. Baru tahu ada jugak berkabung sebulan tak boleh keluar ya.
ReplyDeleteAah ada juga baca pasal jiran SK tu.
DeleteIkut kata Aunty macam tu la...
Happy aunty dapat brownies tu.
ReplyDeleteBagusnya PH ingat kat Aunty bagi kek mamasab. Mesti Deepavali kali ni sendu je sebab Uncle dah takde 😢 Sekurang2nya ceria la sikit Aunty dapat kek dari PH
ReplyDeleteKita cuba menyantuni seadanya sis... Supaya Aunty tak sedih sangat 😌
DeleteGabungan coklat dan keju ...memang ngam
ReplyDeleteMacam tu la hidup berjiran kan..cuma kejiranan SA z best..semua orang muda...cuti panjang je semua xde kat rumah pakat bercuti atau balik kampung...
ReplyDeleteAkak pun sesekala beli kek mamasab. Suka bila ada promo.
ReplyDeleteLama tak membeli kek mamasab ni. Susah jugak nak dapat. Dulu ada agen dari KL balik Lipis pernah la order dari dia.
ReplyDeletefav my ariff ni
ReplyDeletePenasaran nak rasa cake nya. Apalagi pakai cream cheese ini yg buat saya tertarik. Kalo full coklat memang tak terlalu doyan. Pasti manis sangat biasanya 😅
ReplyDeleteMacam kita yg dlm eddah jugalah ek. Walaupun family belah ayah ammi Hindu ammi pun tak aware pasal isteri takleh keluar rumah sesuka after the passing of the late husband. Mungkin dulu nenek ammi mmg jenis tak keluar rumah kot
ReplyDelete