Wednesday, 10 September 2025

Finally, Bukit Pencawang

Setelah beberapa kali sampai di kaki bukit, kelmarin Ummi berjaya naik sampai ke atas Bukit Pencawang ni. Hari ni pun Ummi panjat lagi bukit ni. Semalam hujan tak dapat keluar morning walk. 

Tahulah kan kenapa dipanggil Bukit Pencawang. Penuh dengan pencawang TNB :D 

Bukan kali pertama naik bukit ni, pernah naik dengan Walid dan anak⁴ suatu masa dulu. 

Trek sebelah sana pun ada sorang amoi ni pergi naik, tapi patah balik. Ummi tak sure itu trek baru ke apa. Nanti² la discover

Bawah ni pun nampak ada orang turun. Ummi tak berani sebab takde kawan. 

Jadinya lepak kejap atas puncak ni sambil² berfoto. Ramai pula yang berkebun atas ni sekarang. Ada yang tanam sayur, ada yang tanam bunga. Betullah kata Cik Leha, ada orang atas ni, tak perlu risau. 

Bunga labu

Bunga Peria Katak 

Kacang Buncis

Cantik sungguh warna Bunga Keembung ni, menyerlah! 

Bunga Bakung suci murni warnanya. 

Pokok Keembung dan pokok Bakung ni la penyeri laman rumah kami di kampung dulu. Juga pokok Bunga Pisang (Sepit Udang) yang tumbuh meliar di tepi laman. 

Orkid, pun bunga kesukaan Ummi. Sebab rupa dan warnanya yang unik. 

Bila Ummi panjat bukit ni dapatlah tambah kilo (km) dalam morning walk Ummi. Itu yang best tu. Bukit tak tinggi mana pun tapi mencanak juga. 

Kena cuba kan, kalau tak kita tak tahu mampu ke tidak. 


29 comments:

  1. Cantik permandangan dari aras tinggi tu. Seronok dapat morning walk tempat menarik dan tinggi ni. Dapat tengok permandangan bawah yang cantik dan dapat tambah extra steps. Kalau di Bukit Kepayang sini pun di kaki bukit ada orang bercucuk tanam. Tak silap tanam sayur. ni ada bunga sekali. Meriah juga macam-macam ditanamnya. Tak sunyi dan rasa selamat lah sikit kan. Dah lama tak tengok Bunga Keembung tu. Dulu zaman kecil macam banyak ditanam di rumah orang kampung. Sekarang tak ada dah. Keep it up kak, teruskan amalkan gaya hidup yang sihat. Mudah-mudahan kita sihat selalu. InshaAllah...Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg tahan sayur, ada tanam bunga, ada tanam pokok² buah. Meriahlah dgn pokok² hehe ...
      In Sha Allah Fiza, sama² kita 🤗

      Delete
  2. Replies
    1. Tempat tinggi kot bunganya pun kemain berseri warnanya

      Delete
  3. betul tu, bunga keembung dulu2 banyak la di rumah kampung.. rumah arwah mak saya pun dulu banyak tanam. saya suka main buahnya, kalau yang dah matang boleh letup-letup.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan singgah sini 👍🏻

      Aah samalah kita. PH pun suka picit buah keembung dulu² 😁

      Delete
  4. cantik sungguh pemandangan.. teringin nak hiking.. tapi tu laa dengan masalah lutut.. huhu

    ReplyDelete
  5. Aiiih baguuuus view nya. Ada banyak tanaman sayur pula. Tapi saya tak berani kalau sendirian naik bukit begini kak 😅😅. Bukan kenapa2, saya buta arah soalnya. Jadi kalau jalan memang harus ada temannya 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya tu nanti sesat, memang kena bertemanlah Fanny ya

      Delete
  6. yang tanaman tu, kebun kepad tuan tanah ni ke atau ada jugak orang2 lain tanam pokok kat situ?
    bukit ni macam kat bukit tunggul tempat saya selalu naik tetiap minggu. penuh pencawang saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah ni tanah rizab TNB atau majlis rasanya Mazni. Pakat² menanam la sementara ada ruang tu...

      Delete
  7. Lama dah x nampak pokok bunga bakung tu...orkid tu dulu banyak depan rumah tok...kenangan sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu² dekat kampung banyak ja pokok² bunga tumbuh merata kan... Arwah nenek suami PH dulu rajin bela pokok orkid. Bagi dekat cucu menantu ni mati pokok orkid tu 🤭

      Delete
  8. Akhirnya ya.. Nak ajak husb panjat juga lah, tapi tak tau lah bila hasrat kesampaian tu 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. After few attempts. Tak beranilah kalau sorang² sbb sunyi juga tempat ni. Bila nampak ramai orang tu baru try daki

      Delete
  9. Tahniah PH 👏🏽
    Tak tinggi tak apa, yang penting kita dapat buat senaman kaki panjat bukit. Lebih kalori terbakar berbanding berjalan di jalan rata.

    Pernah naik bukit di Penang dulu, atasnya penuh tanaman macam taman. Biasanya orang Cina yang rajin menanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul PU, seronok tengok jumlah kalori & steps bertambah. Makin bersemangat kita hehe

      Dekat sini ada Cina, ada Melayu. Masing² ada plot kebun, tanam sorang sikit. Riadah juga tu berkebun pun

      Delete
  10. mcm2 jenis bunga ada ye..tahniah tu dh panjat bukit walaupun tk tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg tanam bunga, ada yang tanam sayur dan pokok² buah. Alhamdulillah adalah peningkatan lepas sebulan lebih berjalan di tempat rata

      Delete
  11. Eh, lamanya tak tengok bunga keembung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Kak Amie.
      Bunga ni senang je nak tanam kan, mudah dijaga. Cantik pun cantik.

      Delete
  12. bestnyaaaa....nampak nyaman......seronok tgk hasil tanaman peria katak dh berbunga

    ReplyDelete
  13. wah cantik gak bunga anggerik itu., hehe

    ReplyDelete
  14. Wah lepas ni boleh la ajak sis pergi hiking dekat Taman Tugu 😃

    ReplyDelete
  15. Wah menarik ni...ada orang berkebun kat atas tu..melayu ke cina PH?

    ReplyDelete
  16. Wah menarik hiking ..keluar peluh banyak jumpa bunga alam..kiranya aktiviti yang sihat..

    ReplyDelete
  17. Biasa bawah pencawang subur pokok² yang ditanam.

    ReplyDelete