Menu dinner malam tadi...
Idea ni datang bila tengok TT Kak Nab. Macam sedap je dia masak kue tiau goreng untuk dinner, jadi timbullah idea nak masak KTG juga.
Jenama kue tiau/mi pilihan JCH - Jaafar Che Halimah. Sekarang depa pun dah keluarkan keu tiau halus 👍🏻
Di kedai runcit dekat rumah ni ada. Di market SG pun ada. Akak Sayur tu jual.
Cili jeruk takde, yang ini pun bolehlah kan...
Dah kenyang, joined majlis bacaan Yasin F5.
Semoga ayahanda Ustaz juga diberi kesembuhan dan kemudahan 🤲🏻
Siangnya anakanda Ustaz, Ajim khatam hafazan siang. Tahniah Ustaz sekeluarga.
Semoga Al Quran sentiasa di hati anak² semua.
Best di sana byk mee/kueytiaw keluaran muslim, sini x ada byk pilihan. Rasanya 1 jenama je muslim
ReplyDeleteAlhamdulillah sini esp sekitar tempat PH ni selalu jumpa dan Ada few brand juga keluaran Muslim
DeleteBagus guna keluaran Muslim.
ReplyDeleteDi peti sejuk ada sedikit kue tiau, kerangpun ada. Bolehlah buat.
Dah boleh on tu NA :)
DeleteKue tiau kerang 😋
Tak pernah jumpa kue tiow produk muslim macam ni. Bestnya
ReplyDeleteDekat Gombak ni tak susah sangat nak jumpa produk² keluaran Muslim alhamdulillah.
DeleteSedapnya kuetiau goreng. Menu ringkas dan mengenyangkan untuk makan malam. Tak pernah jumpa lagi jenama ni. Suka juga kuetiau halus. Dia tak ada bau dan sedap lagi berbanding yang besar tu. Masakan pun jadi sedap. Alhamdulillah dapat hadir majlis ilmu, dapat juga pahalanya. InshaAllah.
ReplyDeleteMakan pun tak muak kan Fiza...
DeleteUsaha mak ayah utk anak² nak SPM ☺️
alhamdulillah, sedap!
ReplyDeleteAlhamdulillah 😁
Deletemacam telur mata separuh masak j...sedap tu
ReplyDeleteTelur cair tu favourite hehe
DeleteSA nak cuba la buat kuew tiau goreng..nak beli yang jenis halus2 tu
ReplyDeleteBuat bekal sarapan pun okay SA
DeleteSuka kuetiau halus ni PH. Lama tak buat ni bila nampak post ni nak buat pulak.
ReplyDeleteSila Ezna sila 🤲🏻
DeleteRingkas tapi kenyang
sedap nya keowteow....lama jugak tak masak keowteow
ReplyDeleteSekali² tukar selera, tak makan nasi malam hehe
DeleteNampak sedap kueyteow goreng PH lagi² nampaknya ada terdampar telur mata, hihi. Kita nampak jugak ada udang kat situ, hihi.
ReplyDeleteAah rencahnya udang dan isi ayam. Telur mata tu wajib hihi
Deletekami pula makan bihun goreng utk dinner malam tadi 😅
ReplyDeleteBihun goreng favourite Akk tuuuuu :)
DeleteHelok kejadian kuetiau produk muslim.
ReplyDeleteKuetiau goreng PH masak pun nampak sedap. Ada telur mata, tambah sedap.
Kway teow goreng simple je, tapi bila ada telur mata… terus rasa wowww
ReplyDeleteDuuuuh dah lama tak makan KTG di sana. Saya suka sebab smokey wanginya. Saya buat sendiri tak pernah bisa sedap sangat macam di restoran 🤣
ReplyDeletenampak sedap tu! lagi2 ada telur :D
ReplyDeletekue tiow halus tu sedap kalau buat sup...letak pulak taugeh bebanyak.
ReplyDelete