Wednesday, 2 July 2025

Angah ~Kursus Asas Pelayaran


Angah joined program ni hujung minggu lepas. Dia ahli Pengakap Laut. Aktif group Pengakap Laut di sekolah dia. Angah pun dah beberapa kaki joined aktiviti PL ni. 

Tahun lepas dia joined Kursus Asas Bomba.

Mula tu berbelah bagi juga kami nak bagi izin sebab melibatkan aktiviti air kan. Angah tu berenang dalam swimming pool boleh la... Risau juga nak² jauh juga tempatnya, di Putrajaya sana. Ini pun aktiviti luar, bukan anjuran sekolah dan hanya 4 orang berminat termasuk Angah. Angah dan kawan² F2 lagi 2 orang plus seorang F1. Kalau ada abang² senior, boleh minta tolong tengok²kan... 

Point no 2 tu buatkan kami ragu² juga nak sign borang kebenaran ni. Tapi sebab 2x dia call, dua² kali dia kata nak join kami izinkanlah. Semestinya bersama berbakul² pesanan penaja dari Ummi Walid :D 

Jumaat cuti Awal Muharram tu bergegaslah ke sekolah dia kejap. Selain nak bagi duit belanja (yuran tak termasuk makanan) dan bekal air segala bagai, of course nak peluk cium anak soleh ni. Over betul Ummi dia,  anak tu nak pergi sailing course je 🤭


Aturcara program. 
Ada aktiviti solo sailing juga. Bertambah nervous Umminya 😅

Irsyaad, Angah, Furqan dan Fatih. 
Datang ke Marina Putrajaya ni dihantar oleh van sekolah. 

Kusyuk Angah dengar penerangan :) 
Belajar teori dulu...
Kalau dah namanya Pengakap, wajiblah belajar bab ikatan kan .. 

Dah pakat pakai life jacket ni confirm nak masuk air dah ni... Ni sesi petang.

Tak lama kemudian nampak Angah dalam kapal layar dah...Kapal layar pun dah masuk air tu 😅 

Pagi Ahad ada race...

Confident betul dia nak masuk air... Laju je jalan kalau tengok dalam video yg organizer share... 

Sampai ke tengah tasik ye, bukan di tepi²... 

Tadaaaaa.... 

Angah ni memang suka bagi kejutan manis untuk Ummi tau 🥹

Takde hadiah apa pun, seronok² je race ni. Tapi Ummi tetap bangga sebab from someone who has zero knowledge about sailing, he emerged as the group winner of course it's something to be proud of la kan... Paling penting Angah yakin dan berani cuba benda baru 👍🏻👍🏻👍🏻

Selain aktiviti praktikal, Ummi perhatikan melalui sharing oleh organizer, para peserta juga dilatih untuk memberikan input dalam sesi de-brief. Apa pencapaian mereka, target dsbnya....sorang² diminta memberi pendapat. Bagus, dapat bentuk keyakinan diri peserta 👍🏻

Alhamdulillah program yang sangat bermanfaat dan happening untuk Angah dan semua peserta. Thanks again to the organizer, coaches, trainers, teachers, parents yang semuanya ohsem. 

To all participants, congrats! 
You guys nailed it 💪🏻


20 comments:

  1. menarik betul aktiviti gini!! terbaekkk

    ReplyDelete
  2. Oh? Baru tahu ada pengakap laut...

    ReplyDelete
  3. Kalau pengakap tu, macam2 aktiviti yang berfaedah, tapi tulah, anak linda tak berapa nak bersosial sangat.. hahaha...

    ReplyDelete
  4. Saya penasihat pengakap laut tapi sejak berlaku kemalangan / kematian sewaktu aktiviti dalam air suatu ketika dahulu di semenanjung, JPN ambil langkah berjaga-jaga, tidak boleh diadakan aktiviti air lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu :(
      Ini yg Sy risaukan sebenarnya sblm bagi kebenaran tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

      Delete
  5. Bagus jugak join aktiviti macam ni. Dapat pengalaman.

    ReplyDelete
  6. Biasa dengar pengakap dalam dalam hutan je..baru kali ni dengar pengakap laut.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Angah. Alhamdulillah nasib baik ok sahaja.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Angah, baru kak ana tahu sekarang ada Pengakap Laut, PH zaman kak ana dulu Pengakap biasa tu sahaja lah kan, memang nak lepaskan anak aktiviti laut ni risau sangat, Alhamdulillah semua selesai dengan selamat dan memberi pengalaman buat anak-anak..

    ReplyDelete
  9. Kita jadi mak ni, memang kena doa dan tawakal ajelah bila anak join program2 macam ni, kan. Memang pihak urusetia tak akan bertanggungjawab dgn sebarang kejadian, semoga anak2 kita sentiasa terlindung dari bahaya. Syabas, Angah!

    ReplyDelete
  10. In shaa Allah mana tahu akan jadi pasukan penyelamat atau beruniform di masa akan datang

    ReplyDelete
  11. Eh ada erk pengakap laut...SA dulu Pengakap..aktiviti lasak je SA suka...bagus Angah, macam ANgah dah target nak ada kerjaya apa in the future

    ReplyDelete
  12. waahhhhh bestnya Pengakap Laut!

    ReplyDelete
  13. Seronoknya... new experience. Yang penting Angah berani. Bakal pemimpin negara & ummah ni, insyaAllah

    ReplyDelete
  14. Seronoknya! Teruja tengok.

    Tapi yelah, kalau jadi mak memang risau bila anak join aktiviti gini. Alhamdulillah semuanya lancar selamat.

    Tahniah Angah 👏🏽

    ReplyDelete
  15. Wahh, masuk kursus asas pelayaran! ...Serius best tu, pengalaman rare yang tak semua orang dapat. Bukan setakat belajar teori je, tapi siap belajar cara ikat tali, kawal bot, faham arah angin, dan jaga keselamatan atas air.

    ReplyDelete
  16. Tahniah, Angah. Bagusnya, dapat timba pengalaman dan belajar benda yang tak semua orang boleh buat.

    ReplyDelete
  17. Baguslah Angah.. berani.
    Ingat jauh tu sampai ke Langkawi... Putrajaya rupanya😅😅 ummi ni buat suspen je hehe
    Betullah tu.. nak lepaskan anak memang payah.

    ReplyDelete
  18. Risau tu dah tentu kan. Dia minat, kita sokong dan restu. Doa semoga yang baik-baik je. Semangat angah, dapat jadi juara tu. Tahniah. Tak ada hadiah tapi kenangan bermakna buat angah.

    ReplyDelete
  19. Khilfi kat sekolah PKBM tp dgrnya nak ditukarkan ke BOMBA je sebab tak aktif labgsung kelab ni

    ReplyDelete