Thursday, 17 July 2025

Kue Tiau Goreng for Dinner

Menu dinner malam tadi...

Idea ni datang bila tengok TT Kak Nab. Macam sedap je dia masak kue tiau goreng untuk dinner, jadi timbullah idea nak masak KTG juga. 

Jenama kue tiau/mi pilihan JCH - Jaafar Che Halimah. Sekarang depa pun dah keluarkan keu tiau halus 👍🏻 
Di kedai runcit dekat rumah ni ada. Di market SG pun ada. Akak Sayur tu jual. 

Puashati makan produk keluaran Muslim sebab takde rasa was². Halalan toyyiba

Kue tiau tak berminyak dan melekit. Senang nak leraikan dan tak putus² bila dibasuh. 

Petik cili muda dalam pasu. 
Cili jeruk takde, yang ini pun bolehlah kan...

Dah kenyang, joined majlis bacaan Yasin F5. 

Sekali lagi dipimpin oleh Ustaz Rozie. 
Semoga ayahanda Ustaz juga diberi kesembuhan dan kemudahan 🤲🏻

Siangnya anakanda Ustaz, Ajim khatam hafazan siang. Tahniah Ustaz sekeluarga.  
Semoga Al Quran sentiasa di hati anak² semua. 








27 comments:

  1. Best di sana byk mee/kueytiaw keluaran muslim, sini x ada byk pilihan. Rasanya 1 jenama je muslim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sini esp sekitar tempat PH ni selalu jumpa dan Ada few brand juga keluaran Muslim

      Delete
  2. Bagus guna keluaran Muslim.
    Di peti sejuk ada sedikit kue tiau, kerangpun ada. Bolehlah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh on tu NA :)
      Kue tiau kerang 😋

      Delete
  3. Tak pernah jumpa kue tiow produk muslim macam ni. Bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Gombak ni tak susah sangat nak jumpa produk² keluaran Muslim alhamdulillah.

      Delete
  4. Sedapnya kuetiau goreng. Menu ringkas dan mengenyangkan untuk makan malam. Tak pernah jumpa lagi jenama ni. Suka juga kuetiau halus. Dia tak ada bau dan sedap lagi berbanding yang besar tu. Masakan pun jadi sedap. Alhamdulillah dapat hadir majlis ilmu, dapat juga pahalanya. InshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan pun tak muak kan Fiza...
      Usaha mak ayah utk anak² nak SPM ☺️

      Delete
  5. macam telur mata separuh masak j...sedap tu

    ReplyDelete
  6. SA nak cuba la buat kuew tiau goreng..nak beli yang jenis halus2 tu

    ReplyDelete
  7. Suka kuetiau halus ni PH. Lama tak buat ni bila nampak post ni nak buat pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila Ezna sila 🤲🏻
      Ringkas tapi kenyang

      Delete
  8. sedap nya keowteow....lama jugak tak masak keowteow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali² tukar selera, tak makan nasi malam hehe

      Delete
  9. Nampak sedap kueyteow goreng PH lagi² nampaknya ada terdampar telur mata, hihi. Kita nampak jugak ada udang kat situ, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah rencahnya udang dan isi ayam. Telur mata tu wajib hihi

      Delete
  10. kami pula makan bihun goreng utk dinner malam tadi 😅

    ReplyDelete
  11. Helok kejadian kuetiau produk muslim.
    Kuetiau goreng PH masak pun nampak sedap. Ada telur mata, tambah sedap.

    ReplyDelete
  12. Kway teow goreng simple je, tapi bila ada telur mata… terus rasa wowww

    ReplyDelete
  13. Duuuuh dah lama tak makan KTG di sana. Saya suka sebab smokey wanginya. Saya buat sendiri tak pernah bisa sedap sangat macam di restoran 🤣

    ReplyDelete
  14. nampak sedap tu! lagi2 ada telur :D

    ReplyDelete
  15. kue tiow halus tu sedap kalau buat sup...letak pulak taugeh bebanyak.

    ReplyDelete