Monday, 7 November 2022

New Toys (1)

Mainan mak-mak πŸ˜†

Morgan Rice Cooker 
Masa duduk di Mubarak Lounge kami usung sekali rice cooker. This time dah ada tanda-tanda rice cooker ni nak 'pencen' :p Bila on kadang-kadang menyala, kadang-kadang tidak. Nak senang, Ummi masak nasi atas dapur gas saja. Malas nak beli baru sebab nanti nak berusung balik ke rumah pula. Jadinya, sepanjang menyewa, Ummi masak nasi atas dapur gas je. Rice Cooker di homestay SG pun rosak juga huhu... 

Dah dapat masuk rumah ni, barulah beli yang baru. Antara Elba dan Morgan Ummi pilih Morgan sebab ada pengukus sekali. Pilih yang kapasiti kecik je sebab nak masak setakat 2-3 cawan beras je. 

Morgan Electric Rice Cooker RM100 
(harga asal 139)

Electrolux Vacuum Cleaner
The existing one pun kami pakai jenama Electrolux. Lama sangat dah dia berbakti. Ada kala meragam juga; button on tu asyik tendang. Bila suruh anak2 vacuum rumah, sorang vacuum, sorang tekan button tu tak nak bagi dia 'tendang'. Kuasa sedutan dia pun dah kurang power. Bila contractors guna pula untuk sedut batu, simen dsbnya masa repair works tempohari, makin sakit dia :( 

Makanya, belilah yang baru...

Vacuum cleaner sekarang dah ringan-ringan. Anytime rasa nak vacuum, ambil je. Hat lama tu, berat. 

Electrolux Vacuum Cleaner RM340. 
Harga asal RM369 tak silap. 
Beli pada 6/11/2022. 

(Letak sini harga/tarikh beli for future reference). 

Dapat diskaun sebab beli 2 barang (rice cooker & vacuum cleaner) dan regular customer :p Walid suka kedai eletrik sebelah Paparich ni.

Selesai bab periuk nasi dan vacuum cleaner, peti ais pulak nak manja-manja 🀭 Tiba-tiba tak sejuk bahagian bawah. Kata SA kedai eletrik tu kalau bawah tak sejuk, atas (freezer) sejuk, biasanya fan problem. Kalau atas tak sejuk, itu sebab compressor. 

"Mahal lol mau repair, baik you angkat (peti ais) baru"

Susah hati Ummi sebab baru re-stock makanan. Syukurlah Walid bertindak pantas, panggil tukang baiki segera. Rupanya sensor rosak. Hampir 3 bulan tak on, peti ais tu pun pening agaknya :D Kos baiki RM 150.

Itulah; ada yang kena beli baru, ada yang boleh dibaiki. Banyak juga kosnya bila jadi begini. Apapun, hidup perlu diteruskan :p 



9 comments:

  1. Itulah pergantungan dengan alat elektronik sudah menjadi keperluan.
    Alhamdulillah masalah selesai.

    ReplyDelete
  2. Wah, dapat mainan baru ya. Dulu, vacuum sy pun suka tendang. Tak terfikirlah pulak nak vacuum sambil tekan button, hihi.

    ReplyDelete
  3. masuk rumah baru katanya barang2 pun mesti kena baru PH hihi

    ReplyDelete
  4. menarik ni PH, kalau tak meragam hat lama tak adalah dapat yang baru kann, rezeki namanya hehe :)

    ReplyDelete
  5. best mainan mak2 ni.. sbb fungsi di utk kemaslahatan seluruh isi rumah πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
  6. Betul tu PH, mana yang boleh dijimat tu kita jimatkan...mana x leh tu kena la beli baru...SA suka mainan mak2 ni

    ReplyDelete
  7. Makin bersemangat umi nak masak nanti..
    Semua serba baru la..hikmah ujian...

    ReplyDelete
  8. Lebih kurang sama vacuum Elextrolux kita tu PH.
    Model tak sama. Memang senang pakai sebab saiz kecik dan ringan. Sampah boleh buang, tak payah beli beg sampah dia. So far puas hatilah.

    ReplyDelete
  9. Ana pun kalau nak membeli mmg check dulu boleh repair ke tidak hehehe

    ReplyDelete