Monday 14 November 2022

Bila LRT Buat Hal

Alhamdulillah perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya telah beroperasi semula hari ni (14/11) selepas ditutup sementara sejak 8/11. 

Pada hari kejadian 8/11 tu, Walid antara yang terlibat. Dengan penuh semangat nak balik awal hari tu, sampai di KL Sentral sekitar jam 6.00, dikejutkan dengan notis di bawah...

Ingatkan sekejap saja, jadi Walid decided untuk balik selepas solat Maghrib. Sementara tu window shopping dulu dalam Nu Sentral katanya. Ummi suruh naik Grab. Check harga masa ni RM51. 

Habis solat semua, barulah tahu memang takkan ada train malam tu. Barulah gelabah 😅 Nak dapat Grab pun bukan senang ye. Hujan pulak. Jalan dah sesak.sana-sini. Ummi di rumah pun mati kutu :( Akhirnya dapat juga Grab, harga slightly lower RM 49 kot. Alhamdulillah selamat sampai di rumah. Ada yang terpaksa jalan kaki malam tu kan... Sampai 26km pun ada khabarnya :(

Esoknya dengan penuh semangat nak keluar mencari rezeki untuk keluarga, dapat pula info; 

Syukurlah boleh ke ofis satu lagi, sebab kebetulan ada meeting dengan boss sana. Seharian di Shah Alam. 

Masuk hari ke-3, Ummi pun terlibat angkara pemberhentian sementara perkhidmatan LRT ni. Ummi kena hantar kids ke sekolah sebab Walid nak drive ke ofis. Kalau hantar depa dulu, makan jem lah jawabnya nanti. 

Eh, awal pulak sampainya! Gelap gelita lagi dah sampai. Guna khidmat valet parking dekat sini. Duit lagi :( 

Hari ke-4 pun samalah... Walid berkereta ke ofis, Ummi pula hantar Angah & Kakak ke sekolah. 

Begitulah ceritanya... betapa LRT ni sangat penting bagi warga kota. Bila jadi macam ni, huru-hara Lembah Klang. Justeru itu, pihak bertanggungjawab perlu sentiasa pastikan LRT dan semua komponen pengangkutan awam kita berada pada tahap terbaik pada setiap masa. Kita tak tahu betapa struggle-nya bila kejadian sebegini terjadi. 

Dulu, Ummi masa praktikal di sebuah institusi kewangan di tengah ibu kota pun setiap hari naik LRT. Memang memudahkan walaupun waktu balik kerja macam sardin dalam tin 🤭 Berebut-rebut, bersesak-sesak tu normallah hihi ... 

Moga perkhidmatan yang telah menjangkau 20 tahun (ke lebih?) ni terus mampu berkhidmat dengan baik khususnya kepada warga kota. 


9 comments:

  1. bukan mereka sediakn bas pengumpan ke.. wak dgr je dlm medsos.. huhuhu parah kannn

    ReplyDelete
  2. Kalau ke sana mmg terasa penat tgk org struggle kejar lrt balik keja ptg2.. kami kt sini xde lrt tp nasib baiklah area umh ke tmpt keja sy x jem.. mmg penat hidup di ibu kota kan? Dgrnya semgu ni lrt free kan?

    ReplyDelete
  3. Sesekali bila menggunakan LRT...rasa insaf melihat mereka struggle pergi dan balik kerja..
    Walau dulu saya juga merasa pergi balik kerja naik bas mini berhimpit macam sardin juga...Tapi saya rasa mereka sekarang lagi struggle.mental kena kuat..
    Semoga kita semua dan mereka semua dimudahkan urusan oleh Allah s.w.t

    ReplyDelete
  4. Dengar khabar bagi gantirugi untuk hari-hari tergendala.
    Kasihan mereka yang memang gunakan let semata-mata.

    ReplyDelete
  5. Hari kejadian 8hb tu, suami saya pun terpaksa jalan kaki. Mujur juga tak terlalu jauh KLCC-Kg Baru. Dekat 30 min jugak lah berjalan. Nak ambil Grab susah nak dapat. Tgh berjalan, hujan gerimis pulak. Dengan takde payung, redah jelah.

    Memang kesian dengan semua yang terjejas.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menunjukkan LRT ni sangat2 diperlukan..saya tak pernah merasa pergi balik kerja naik LRT sebab Allah tau saya tak sekuat mereka yg diKL-slngor.mereka ni orang yang hebat kuat keluar rumah awal pagi smp rumah pun dah gelap,kalau la saya ditempat mereka rasanya 1hari je dah menangis

      Delete
  7. kesiankan those yang terlibat...mujur laluan ammi tak guna LRT putra ni

    ReplyDelete
  8. kesian pengguna lrt bila lrt tk ok dkt seminggu aritu...adik kita slh sorg dr nya ..nasibaik la papa bole hantar dan balik amik adik time lrt rosak aritu

    ReplyDelete