Tuesday 1 November 2022

Api ~ Coretan Minggu 11

Alhamdulillah kerja baikpulih dan penambahbaikan rumah berjalan lancar seperti yang dirancang. Hanya puji-pujian selayaknya kepada Allah SWT yang mempermudahkan segala urusan. 

Masuk minggu ke-11 ni, lebih kepada kerja-kerja finishing & final touch. 

Sambil kontraktor siapkan rumah, kami cuci sikit-sikit mana yang boleh. 

Angah paling rajin tolong Ummi bersihkan rumah. Tak sabar nak balik ke rumah katanya. 

H&A Craft ukur curtains. 

Lastly sekali kami buat ialah upah orang cuci & polish lantai ni. Separuh hari juga kerjanya. Depa bawa 2 machines jadi lebih cepat kerjanya.

Bila dah siap tu, dia punya shining boleh suluh muka 😂

Geng main pun kemain seronoklah... Dah lama depa tak dapat main sama-sama. 

77 hari yang penuh warna-warni. Alhamdulillah kami berjaya harungi bersama as a family. Benar sekali, ujian datang untuk menguatkan kita, bukan untuk melemahkan. Malah, menambah rasa yakin dan kebergantungan kepada-Nya. Dia Maha Berkehendak atas tiap-tiap sesuatu. 

Jazakallah semua yang sentiasa bersama kami. Walaupun sekadar bertanya khabar sekali-sekala, it means a lot to us. Mudah-mudahan segala kebaikan kembali kepada kalian jua 🤲


9 comments:

  1. Macam masuk rumah baru. Alhamdulillah Allah izinkan. Lepas ini buat majlis doa kesyukuran.

    ReplyDelete
  2. Wah x sabar msk rumah lama tapi nmpk baru ni hehe semoga dipermudhkan segalanya yep

    ReplyDelete
  3. wahhhhhhh bestnya anak-anak pun rajin tlg hehe

    ReplyDelete
  4. saya plk yang tak sabar nak tengok final rumah PH confirm cantik nanti buat tour house ye PH

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..lega dengar...hari tu ada borak skit ngan ur husband and dia sebut jugak..akhirnya after 77 days...

    ReplyDelete
  6. Wah…cantik macam rumah baru la PH.

    Alhamdulillah, selepas tiap kesulitan ada kemudahan. Itu janji Allah asalkan kita bersabar dengan ujian-Nya.

    ReplyDelete
  7. Hikmah ujian..Banyak benda berganti baru

    ReplyDelete