Wednesday 22 June 2022

Abang ~ Sambutan Hari Raya

Nampak sangat Ummi sedang bersihkan phone gallery kan :p 

Sebelum transfer gambar, Ummi share sini kenangan tersebut. Terima kasih pada guru kelas, Ust AH dan guru halaqah Abg, Ust AR yang sudi berkongsi gambar. 

Majlis ni diadakan pada 22 Syawal|22 Mei 2022. Genap 2 bulan baru up story ni ๐Ÿ˜‚

Seperti tahun sudah, Ummi allocated sikit duit raya dengan niat sedekah untuk anak11 Halaqah Ust AR dan anak3 Ustaz sendiri. Ambil berkat doa anak-anak permata Al Quran ni, moga dipermudahkan urusan pelajaran & hafazan Abang dan beroleh berkah pada rezeki kami. 

Dalam program TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) di SBP/SMKA setiap murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dipanggil halaqah. Setiap halaqah diketuai oleh seorang guru yang akan membimbing anak-anak halaqah-nya dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Ibaratnya keluarga kecil di sekolah. 

Alhamdulillah Abang dapat guru halaqah yang sangat baik dan sporting. Ustaz pun rajin adakan pelbagai aktiviti dengan anak11 halaqah-nya; sambut birthday, makan-makan, dsbnya... Nanti Ummi kongsikan ุงู†ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ 




4 comments:

  1. Halaqah...
    Teringat program Halaqah @ TV3...๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  2. Baru sebulan kemaskini.
    Seronoknya dapat ustaz buat pelbagai aktiviti.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ustaz menyantuni anak2. Memang macam keluarga gitu, 5 tahun bersama.

    ReplyDelete
  4. Halaqah tu macam 'sedekah' ke mksdnya?

    ReplyDelete