Saturday 11 June 2022

Sup Ayam Kampung Sedap!

Nampak gemuk elok ayam kampung di pasar tadi. 

Ummi: 10 ringgit kan dik? (Confident betul Ummi)
Seller: Sekarang 13 Kak (seekor)

Redho je la... Semua barang naik harga sekarang ni :( 

Lepas bersihkan semua, Ummi masukkan dalam Philips All-in-One Cooker.

Pressure cook > meat/poultry (auto timing 14 minutes)# 
# note to self 

Sup bunjut takde jadi, hasil carian di Google, Ummi ; 
> Ambil kulit kayu manis, jintan manis, jintan putih, biji sawi & buah pelaga 
> Pecahkan/tumbuk kasar rempah2 ni
> Ambil bunga cengkih & bunga lawang. Nanti masukkan ke dalam kuah sup. Rujuk resepi 👇

Resepi: Sup Ayam Kampung
Sumber: Azie Kitchen (dengan sedikit olahan kuantiti bahan) 

Bahan-Bahan
1 ekor ayam kampung
1 batang lobak merah
3 biji kentang 
1 biji tomato - tak letak
1 batang saderi - tak letak 
1 biji bawang besar - dihiris kasar dan digoreng keperangan
Sedikit serbuk Lada sulah  
2 s/k garam bukit
1 s/k Secukup Rasa Maggi
2 ketul kiub ayam 

Bahan Kisar Halus/Tumbuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Buah keras - tak letak
#Ummi kisar dengan sedikit air

Bahan Tambahan
Jus lemon - jika suka
Cili padi - diketuk (jika suka)
Daun sup
Bawang goreng 

Cara-Cara
1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam yang telah direbus tadi bersama air rebusannya (kuantiti air rebusan sekadar menenggelamkan ayam) dan reneh hingga mendidih.
4. Masukkan sup bunjut @ rempah yang ditumbuk tadi 
5. Masukkan kentang dan tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan pula lobak merah, kiub ayam dan air secukupnya. Masak hingga ayam, kentang dan lobak merah empuk. 
7. Perasakan dengan garam dan serbuk perisa jika suka. 
8. Perah jus lemon dan masukkan cili padi yang telah diketuk sekiranya suka. 
9. Bila sudah empuk semuanya dan secukup rasa bolehlah tutup api.
10. Taburkan daun sup dan bawang goreng sebelum menghidang. 

Rasanya ini sup ayam paling sedap Ummi pernah masak ☺️ Terima kasih Kak Azie atas perkongsian resepi yang super delicious ni. Moga beroleh kebaikan dari-Nya sentiasa aamin. 

Selamat mencuba 🤗

#Kemaskini: Minta maaf, ayam pencen bukan ayam kampung ye kawan-kawan. Aduhai, kepala ting-tong 😇
## Mujur Kak Amie tanya, harga seekor ke sekilo... Baru perasan :) 


10 comments:

  1. 13 ringgit seekor atau 13 ringgit sekilogram?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 13 ringgit seekor Kak Amie. Ayam pencen sebenarnya, tersilap tulis ☺️

      Delete
  2. Alhamdulillah rajin cuba dan sedap pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak utk makan sendiri & ahli keluarga bolehlah NA:)

      Delete
  3. sup ayam ni jarang x sedap... kalau tambah sikit lg kerajinan boleh celur lagi meehoon... dpt 2 menu sekali masak... hehehe

    ReplyDelete
  4. sekarang ni asyik hujan je tengahari ke petang. sedap jugak layan sup ayam masa hujan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...betul...kuah tu kalau pekat2 sikit, cicah roti fuhh layan :D

      Delete
  5. terkezut juga dengar ayam kampung 13 henggit sekor

    ReplyDelete