Thursday, 23 June 2022

Hasil Mesyuarat Tingkap 🤭

Petang kelmarin Adim bagitau maknya nak ajak berbual. Ummi pula baru sampai di rumah, stuck dalam traffic jam di Greenwood tu. Biasalah, hari Rabu ada Koko, keluar sekolah lambat. Kenyanglah 'makan jem' :D 

This is Greenwood. 
Saja share dengan kawan-kawan yang belum pernah sampai di sini :D 

Jadi, pagi semalam baru ada peluang nak berborak. Topik? Ala, sembang mak-mak... Pasal kucing, pokok, hujan dsbnya... Memang sembang kosong je sebab dah lama tak berborak. Kebetulan Cik Leha pun baru balik dari despatched barang, singgah juga berborak.

Cik Ana (mak Adim) beli jiwa Ummi dengan nasi lemak haha ... 

Sambil sembang-sembang Cik Ana belek-belek pokok-pokok Ummi. 

" Pucuk labu ni buat masak lemak sedap ni.."
" Pucuk ubi ni campur pucuk keledek ni rebus buat ulam pun sedap..."
Padi ni masak dah ni ... Ambillah, boleh buat bubur ..."

Elok je depa 2 balik... Ting! Ummi dapat idea 💡

Petik pucuk ubi, pucuk kadok, pucuk belalai gajah, bunga betik secoet dan daun kunyit. Bunga betik tu teringin nak buat tumis pedas macam Mamacella, tapi sikit sangat bunganya. 

Tadaa ...


Inilah hasil mesyuarat tingkap pagi semalam hihi ... 

Alhamdulillah, dapat merasa sorang sikit. 





5 comments:

  1. bestnya ramai jiran jiran Melayu..macam mak mak kita di kampung

    ReplyDelete
  2. aritu blk gombak nmpk sign GREENWOOD tu

    ReplyDelete
  3. Rajinnya. Terus keluar idea masak apa.
    Saya suka masak temooyak daun kayu.

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya tempoyak daun kayu 😋
    Seronok PH ada macam2 pokok kat rumah. Main petik2 aje ya.

    Tuai tak padinya tu? 😀

    ReplyDelete
  5. hadoi. sodap ek.
    lain macam penangan mesyuarat tingkap.
    menjadik masak tempoyak :)
    sape kata mesyuarat tingkap mak2 tak beri hasil? ha ha ha ha

    ReplyDelete