Monday 17 August 2020

Support Kawan-kawan II

Perasan tak sejak PKP ramai yang mula berniagakan? Ada yang nak tambah pendapatan, ada yang terpaksa berniaga kerana terjejas akibat PKP, ada yang mengkomersilkan hobi/bakat yang ada dsbnya. Tak kisah apa sebabnya asalkan niatnya baik dan ada usaha untuk memajukan diri.

Di kalangan kawan-kawan Ummi pun ramai yang berjualan. Ummi ni mana yang dapat/mampu tu Ummi support. Mostly barang makananlah. Bila nampak dekat WhatsApp status kawan-kawan, kalau teringin tu beli. Mudah sebab kawan-kawan kita je kan. Order lepas tu jumpalah kat mana-mana. Takpun COD je ke rumah. Dengan kawan-kawan ni selalunya depa tak ambil delivery charge pun tapi kebiasaannya bila bayar tu memang Ummi lebihkan. Senang citer, tak ambil baki pun. Kalau depa tolak tu, cakap je untuk anak-anak. Dalam hati kita, niatlah sedekah. Ada pahalanya nanti. 

Cik Sue ni memang Ummi salute dengan dia. Badan kecik comel tapi semangat dia kuat. Cepat dia bangkit lepas suaminya diberhentikan kerja tempohari. Dan Ummi nampak usaha dia nak bantu ekonomi keluarga dipermudahkan Allah. Berkat dia jaga ibu sama agaknya. Laku keras jualannya. Alhamdulillah Ummi tumpang happy untuk dia dan keluarga. Mula-mula jual otak-otak sekarang ni macam-macam dia jual. 


Otak-otak Cik Sue ni dah sampai ke Jitra nun... Ummi beli sebagai buah tangan balik kampung tempohari. Otak-otak ni paling laku kalau tak silap Ummi. Sedap sangat. 

Popia otak-otak ni pun sedap tapi Kakak kata dia lagi suka otak-otak sebab lagi banyak 'inti' haha...


Roti bom ni lembut. Disertakan sekali dengan kuah sambal. Tapi, Adik macam biasalah roti-roti ni dia suka cicah dengan susu pekat. Sebijik macam Walid :D



Kek slices ni murah je, RM23 je. Macam-macam perisa/jenis ada. Ummi teringin nak rasa Pandan Gula Melaka pula lepas ni. Sue, take note 🤗

Anak-anak paling suka, yang rainbow tu 😋

Kek Lapis ni pula Ummi order dari ex office mate. Ligat dia meniaga sekarang. Produk laku keras dia Cruncheesy yang dihasilkan sendiri. 


Ummi belum pernah try tapi berdasarkan update dia hampir tak menang tangan nak membuatnya. Terkejut juga Ummi tengok kerajinannya sekarang. "Sajalah kak, balik dari ofis takde apa nak buat, saya masuk dapurlah buat benda ni..." 
Terbaik 👍

Yang ini pun produk member kami juga, Abe. Murtabak homemade jenama Make' Doh Ko. Make' tu sebutannya ma-ke (makan, loghat Kelate). Ummi agaklah sebab Abe dan isterinya orang Pasir Mas. 

Antara outlet yang jual. 

Orang Batu Muda dan sewaktu dengannya boleh dapatkan murtabak frozen ni di Baek Enterprise, berdekatan Dewan Raja Sehari Kg Batu Muda Tambahan. Baek Enterprise ni diusahakan oleh kawan Walid. Jual produk makanan seperti baulu, ketepek, frozen food dsbnya. 

Selain murtabak frozen ni Abe ada company printing tapi affected juga masa PKP. A lot of projects had to be halted.


Sekarang dah beroperasi semula syarikat printing Abe. Ada promosi T-Shirt sempena merdeka. Kalau bab baju ni serah ke Walid. Laju je dia order. Dah selamat mendarat dah. Abe sendiri yang hantar.


Kerepek Kentang ni kami beli dari ustaz hafazan Abang. Sekarang ni Abang buat tahfiz online dengan ustaz ni. Hari-hari video call dengan ustaz. Masa dia habis hafal Surah al Mursalat ustaz belanja kentang goreng ni. Siap datang ke rumah. Terharu sangat. 

Kali ni beli 2 bekas dengan ustaz. Satu dah selamat masuk perut, lagi satu nak bagi Aunty Ariha. Dia balik Kelate raya haji lepas bagi kepok dan kuih kapit dengan anak-anak. Setiap kali balik kampung ada je buah tangan untuk Abang dan adik-adik. Tq Aunty 🌹

Rupanya sokongan kami kepada kawan-kawan ditiru oleh Abang :)


Guna duit poket dia untuk beli Choco Jar ni. Beli dari seseorang. Sanggup korban RM 15 sebab nak belanja adik-adik dan Ummi (Walid was in Pontian). Katanya boleh juga Abang support penjual ni. Cayalah Abang 😘

Ummi doakan semua kawan-kawan, kenalan, pembaca blog Ummi kita semualah sentiasa diberi kecukupan dan dan beroleh berkat atas setiap rezeki dan kurniaan Allah SWT. 

15 comments:

  1. Alhamdulillah sama-sama saling mendukung..

    ReplyDelete
  2. Perniagaan sumber rezeki.
    Semoga berkembang maju jualannya.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..support each other kan..tak salah kan..

    ReplyDelete
  4. semoga sama2 pihak diberi rezeki yg melimpah ruah. Yg menjual dapat rezeki wang, yang membeli dapat rezeki makan

    ReplyDelete
  5. Terima kasih doakan. Itu yang saya perlukan.
    Hehe tengah tidak bersemangat, tidak tahu apa yang mengganggu fikiran.
    Kitorang pun ada beli daripada saudara-mara jual barang makanan juga. Senang boleh COD dan dipercayai.

    ReplyDelete
  6. sekarang ni macam2 orang berniaga kan, semoga sukses :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, semua barang ada. Nak makan itu ini main order je :)

      Delete
  7. alhamdulillah terima kasih kakak cantik...eh datin vouge kikiki

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah terima kasih kakak cantik...eh datin vouge kikiki

    ReplyDelete