Wednesday 26 August 2020

Kuliah Dhuha: Ustazah Asma' Harun


Pagi semalam Ummi berkesempatan mengikuti Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustazah Asma' Harun. Tajuk kuliah Persediaan Hijrah Menuju ke Alam Barzakh. Meremang bulu roma dengar tajuknya kan?

Buku bestseller Ustazah. 

Ustazah berceramah sambil buat 'live' di FB. Canggih Ustazah 😊 Katanya ada dalam 2000 orang join kuliah online semalam. Alhamdulillah. Tapi Ustazah kata, janganlah asyik online saja. Singgahlah ke surau/masjid untuk menadah ilmu secara bersemuka. Hadir ke majlis zikir/ilmu bamdingannya seperti berada di taman-taman syurga. Dan pesan Ustazah lagi, jangan asyik menimba ilmu sahaja tapi tidak diamalkan. Maksudnya apa yang kita belajar perlu dipraktikkan.

Mek ni pula asyik ber-selfie. 

Ummi kongsikan di sini sikit sebanyak mutiara ilmu/pedoman yang Ummi dapat untuk ingatan diri sendiri dan manfaat bersama Insha Allah;

1. Ibu ayah Ustazah amalkan konsep berjemaah dalam setiap urusan harian seperti solat, makan, berziarah hatta waktu menonton TV. Dalam setiap aktiviti semua anak-anak mesti ada bersama. Cerita Ustazah, sedari kecil mereka 10 beradik dibawa ibu ayah mendengar ceramah mingguan oleh TG Hj Hadi Awang di masjid. Ibu Ustazah siap bawa buaian untuk adik bongsu Ustazah dan bekalan untuk anak-anak lain. Hampar tikar dan mereka duduk, berbaring di sudut yang tidak mengganggu jemaah lain.

2. Cuba peruntukkan masa sekurang-kurangnya seminggu sekali bawa keluarga ke majlis ilmu. Kalau biasanya bawa keluarga ke shopping mall, cinema, makan di luar utk kukuhkan bonding, apakata ubah sikit. Insha Allah ikatan hati sesama ahli keluarga akan diikat dengan redha Allah, which is lagi berkat.

3. Hafal Surah al Mulk
Selain amalkan membaca Surah al Mulk setiap malam, cuba hafal. Sebab mungkin bila kita uzur, sakit terlantar dsbnya kita boleh terus amalkan surah ni setiap malam. Baca sambil baring, ingat dalam hati, dalam kepala kata Ustazah. Surah ni yang akan jadi peneman kita dalam kubur. 

4. Sentiasa buat amalan sunat dan perbanyakkan amalan yang kita suka buat. Contohnya jika kita suka puasa sunat, buatlah sebanyak mungkin; puasa sunat Isnin & Khamis, puasa hari putih dsbnya. Kalau rajin baca Quran, baca dan bacalah sebanyaknya. Amalan-amalan sunat ni sebagai pelengkap untuk menampung kekurangan amalan wajib kita.

5. Sebagai penutup Ustazah kongsikan 7 Amalan Membantu Husnul Khatimah

i. Perbanyakkan istighfar setiap hari sebab hari-hari kita buat dosa. Amalkan Solat Sunat Taubat sebelum tidur.

ii. Perbetulkan solat dan tambahkan kusyuk dalam solat. (Rujuk point ke-5)

iii. Selesaikan semua hutang atau bantu orang selesaikan hutang mereka. Kalau ada orang berhutang dengan kita dan tak mampu bayar, ada 2 cara iaitu dengan memanjangkan tempoh bayaran balik/tangguhkan bayaran atau halalkan. Jika dihalalkan, pahalanya sangat besar kata Ustazah.

iv. Perbanyakkan sedekah jariah

v. Ilmu yang bermanfaat

vi. Mendidik anak yang soleh. Amalkan baca Ayat 100 Surah As Saffat untuk anak-anak. Walaupun anak-anak dah besar panjang, doakan mereka dengan ayat ni. Bukan setakat anak-anak malah kalau ada cucu sekalipun, amalkan juga supaya zuriat keturunan kita menjadi orang soleh.

Credit source. 

vii. Rajin memohon maaf dan memberi kemaafan.

Alhamdulillah banyak ilmu yang Ummi kutip. Moga sedikit sebanyak bermanfaat buat kita semua.

#Surau Ubudiah, 6 Muharam 1442H (25 Ogos 2020)

9 comments:

  1. Menarik kata berjemaah untuk semua aktiviti.
    Insya Allah amalkan amalan yang mampu dilakukan.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, seronokn kan bila dpt dengar kuliah

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang baik. tq kak.

    ReplyDelete
  4. terasa pulak..ammi pun selalu dengar kuliah online je sbb tak pandai nak curi masa ke surau/masjid

    ReplyDelete
  5. bagus perkongsian ni..beringat sesama kita

    ReplyDelete
  6. Perkongsian ilmu yg bermanfaat K.Zack. tqvm 😘

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah Tq PH atas perkongsian .. Betul tu ilmu ni bukan setakat kita belahar online jer sesekali kalau ada penceramah ustaz ustazah buat ceramah elok la kita pergi menadah ilmu ..

    ReplyDelete
  8. Sangat bermanfaat terima kasih atas perkongsian PH.
    Semenjak PKP company dah lama tak buat kuliah dhuha huhuhuuu...

    ReplyDelete
  9. Saya pun rindu nak dengar kuliah secara berjemaah, bersemuka dengan penceramah. Lama tak ikut usrah. Kebanyakan masa saya hanya dengar dari raduo dan you tube sahaja.

    ReplyDelete