Saturday 29 August 2020

Dugaan Hari Jumaat


Bangun pagi... Buka paip di sinki, eh slow-nya air. Kalau paip sinki ni airnya slow itu tandanya bekalan air terganggulah tu... Takde pulak notis pasal gangguan bekalan air sebab tu tak bersedia.

Tanpa berlengah ambil kunci buka pintu depan. Allah, ada pula 'tompok-tompok ***k unta' bertebaran di porch. Si bulus manalah yang terkucil ni. Nampak cam sakit perut je ni. Malas nak cakap apa, Ummi kaut buang je. Nak berleter pun awal pagi, takde sesapa dengar :D

Berpeluh-peluh Ummi pagi semalam kelam kabut tadah air. Dengan nak cuci najis kucing lagi. Mujur anak-anak sempat mandi sorang sikit sebelum air berhenti terus. Rupanya ada paip pecah lewat malam jadi bekalan air terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Katanya water will be restored at 8. 30 jangkaannya.

Sementara nak tunggu ayaq mai, iron bajulah dulu. Tengah kusyuk iron baju, papp patah pulak iron board ni 🙆‍♀️


Jatuh tergolek steamernya. Manakala iron pula landing atas tilam, nasib baik. Alhamdulillah dua-dua elok, boleh guna macam biasa. Sayang ooi iron ni. Bukan senang nak dapat. Berbulan-bulan bayar ansurannya haha...

Tarikh mula guna, iron board ni. 


Sebenarnya bukan patah apapun tapi ada bahagian yang menyambungkan kaki dan badan iron board ni yang dipateri tercabut/terpisah. Awalnya Walid nak beli baru tapi Ummi usulkan supaya welding semula. Tak tahulah kedai mana Walid pergi tapi alhamdulillah berjaya dipateri semula. Upahnya 10 ringgit je. Alhamdulillah jimat duit dari terpaksa beli baru. Cuma tak tahulah berapa lama lagi mampu bertahan hihi...

Kesan welding. 

Itulah cerita semalam. Tapi ok je. Hidup tak selalu indahkan? Ada hari smooth je, ada hari hiccups je memanjang. It's ok just follow the flow. Kita tenang-tenang saja sebab bukan semua perkara dalam kawalan kita. Betul tak?


Credit source.

9 comments:

  1. Nasib baik seterika tidak terpelanting kena kaki.
    Saya selalu kira berapa hari saya bersedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah takde apa2 yg buruk berlaku NA.

      Ada baiknya cuba kenang hari/perkara yg buat kita happy instead of sebaliknya. PH dulu suka juga tulis benda sedih dlm diary tapi bila kita baca balik diary rasa tak seronok sbb benda tu boleh buat kita sedih semula :(

      Delete
  2. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    Guna masa dgn bijak Tu PH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu air ada sebenarnya kak,, baru puas mandi :D

      Delete
  4. Banyak dugaan. Ada hikmahnya tu. Alhamdulillah tak kena iron panas. Selagi boleh diperbetulkan okaylah jimat sikit.

    ReplyDelete
  5. Adoii...macam macam hal pula pagi pagi hari ye ....

    ReplyDelete
  6. Betul...betul...betul hiccups tu katalah cuma 5% je dari keseluruhan hari yang masih panjang 95% takkanlah disebabkan 5% tu habis tercalar lagi 95% tu. Good habit PH. termasuk dalam 7 habit of highly effective people nih! #stephencovey

    ReplyDelete