Thursday 26 March 2020

PKP Day 9 ~ Belajar dari Rumah


Perintah Kawalan Pergerakan 
Day 9 (26/3/2020)

Semalam YAB PM maklumkan yang PKP akan disambung hingga 14 April. Kita akur saja, untuk kebaikan semua. Benda dah jadi pandemic ni ambil masa untuk pulih. Sabar dengan ujian pun berpahala.

Minggu lepas rasanya ramai yang tercari-cari rentak bila PKP dilaksanakan. Yang bekerja dari rumah pun tak berapa nak produktif lagi :p Anak-anak pun ikutkan masih dalam cuti sekolah jadi Ummi pun masih beri kelonggaran (kecuali Abang). Abang hari-hari kena belajar sebab tahun ni UPSR. Ambil peluang buat ulangkaji, latihan yang tak sempat dibuat hari sekolah.


Tapi, minggu ni rasanya semua dah boleh adjua kan? Dah dapat rentak kata orang. Cikgu-cikgu pun dah start bagi homework pada anak-anak, termasuk Angah dan Kakak. Ummilah pulak kena jadi cikgu di rumah. Tapi cikgu versi garang haha..
Yang paling busy Abang lah. Cikgu suruh join portal e-learning; i-Learn Ace, join class di FB dll. Hari ni juga cikgu dah start suruh join Google Classroom. Cg Sains bagi assignment.

Bila cikgu kata ada markah, laju lah masing-masing buat :D 


Kesian juga yang tersangkut di kampung. Tapi syukurlah, boleh download buku teks rupanya sekarang ni. 


Bila dah begini, bukan setakat anak je belajar, Ummi Walid pun sama. Kena keep up juga dengan latest technology. Zaman dah canggih, nak tak nak kena juga ambil tahu. Siapa lagi anak-anak nak refer, jika bukan their parents. 

Online class 


Yang ni pun nak belajar juga 😁

Alhamdulillah so far so good for us. May Allah the Most Loving permudahkan segala urusan kita semua. 

Dont stress yourself out with things you can't control or change 
🌹🌹🌹

9 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang tempoh PKP ni. Aamiin

    ReplyDelete
  2. comelnyaaa hehe study from home.. sabaq naa anak2 insyallah sikit masa lagi boleh pergi sek balik..

    enjoy dulu dok rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa dah start complain, taknaklah cuti lama-lama sangat haha

      Delete
  3. tula skarang bole blajar online..cikgu pn ada bg homework juga tp kesian juga yg tkde laptop or internet kt umh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kesian pada mereka yg tiada kemudahan. Ketinggalan juga sikit sebanyak tugasan yg cikgu bagi.

      Delete
  4. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete
  5. Syafi pun byk homework dia Cikgu bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syafi pun upsr kan mama? Risau jugakan, takut tak habis silibus.

      Delete