Monday 2 March 2020

Laman DiRaja Pontian


Cuti sekolah akhir tahun lepas kami habiskan dengan mengikut Walid bertugas di luar kawasan. Dua kali kami ke Pontian; semasa cuti Deepavali (sebelum PRK Tg Piai) dan semasa awal cuti sekolah. In between these two trips, kami menyinggah di Melaka dan Muar. Selain tu, kami juga ke Penang hampir sebulan (on-off). Sempat juga balik kampung  meraikan hari bahagia Uda sebelum Walid memulakan tugasan di Penang. 

Baca sini: [Melaka River Cruise] dan 


Kali ni Ummi nak share dulu trip kami ke Pontian. Seingat Ummi kali pertama kami ke daerah ini pada tahun 2012, kami hanya singgah di masjid daerah untuk menunaikan solat jumaat dan menjamu selera. Sebab tujuan utama kami nak ke Tanjung Piai. 

Throwback: [Tg Piai kami datang

 Kunjungan kali kedua dan ketiga ini kami manfaatkan sebaiknya untuk meninjau sekitar daerah ini selain mengunjungi semula  Taman Negara Tanjung Piai.

Baca sini: [Tg Piai revisited

Salah satu tempat menarik untuk dikunjungi pastinya Laman DiRaja Pontian, sebuah taman/dataran awam berhampiran masjid daerah. Waktu malam tempat ni disinari limpahan cahaya lampu dan air pancut. Ada juga yang berjogging dan brisk walking di waktu malam. Ramai juga yang hanya bersantai menikmati angin malam sambil melayan anak-anak kecil bermain air pancut. Pendek kata, tempat ini sesuai untuk bersantai dan beribadah bersama keluarga. 



Laman DiRaja ini dibina sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Johor. Dibina pada tahun 2015. Ummi datang dulu belum ada Laman DiRaja ni (2012).


Ini pula pemandangan waktu petang di tepi benteng. Ummi pun tak pasti apa nama tempat ni. Kami panggil 'benteng' sebab ada benteng pemecah ombak di sekitar pantai. Bukan pantai untuk bermandi-manda, sekadar duduk menikmati angin laut atau memancing. Nak minum petang pun boleh, ada peniaga kecil yang berjualan.  

Batu-batu besar sebagai penahan/pemecah ombak. 



Bergambar bersama bot nelayan yang diparkir di sini.


Uniknya setiap tempat parkir tu ada titian dan gate yang berkunci sebagai langkah keselamatan.  



Mercu tanda daerah Pontian... 

Replika buah nenas. 



Lepas raya nanti Walid ada plan nak ke Pontian lagi. Ummi tak sure lah nak ikut je tidak. Dah 3 kali sampai, kurang teruja dah :) 

6 comments:

  1. Ialah unik sangatkan walaupun namapak macam tak logik ada pintu takde pagar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak menapak kena redah selut la Mrs A hihi...

      Delete
  2. Seronok dapat ikut jalan-jalan.

    ReplyDelete
  3. seriously, dah berbelas tahun kawin dgn org pontian, aida tak sampai lagi tg. piai :) ha ha ha ha...
    thn ni lah. a wajib singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan buat malu aida 😆
      Nanti gi lah jalan2 Tg Piai, anak-anak mesti suka dapat masuk hutan bakau tu :)

      Delete