Sunday 8 March 2020

Kari Itik gais...


Hari tu kan Walid beli itik di Pantai Remis, Perak. Sebahagian Ummi dah buat rendang. Sebahagian lagi baru masak last week. Kali ni Ummi masak kari itik. Masak kari seperti kari ayam juga. Ummi masak guna PC Noxxa. Daging itik jauh lebih liat dari daging ayam. Tulangnya juga sangat keras dan tajam. Pisau di dapur Ummi ni memang tak lut nak potong tulangnya. 
Mujur juga itik ni dah disiang di kedai.


Kari Itik Noxxa Style
Mula-mula Ummi panaskan minyak (stir fry mode). Tumis bawang merah, bawang putih dan halia serta rempah menumis. Then masukkan campuran rempah kari + sesudu serbuk cili yang dah dibancuh dengan sedikit air (jadikan pes) serta lurutkan 2-3 tangkai daun kari. Tumis hingga pecah minyak. 


Kemudian masukkan daging itik yang dah dibersihkan. Nak hilangkan bau hamis, gaul dengan tepung gandum dan bilas bersih on top of rendam dengan air limau/asam keping. Gaul sebati dan biarkan seketika. Off button Noxxa sebab kita nak tukar mode ke HP pula. Sebelum tu masukkan santan dan air secukupnya serta asam keping. 

Tutup periuk dan adjust tombol pada 'pressure'. HP 25x. Once beep, release wap. Buka periuk dan masukkan kentang, garam /perisa dan kerisik. Sambung HP 5x lagi. OK done. 

Teringat Ummi 6 tahun lepas... Sewaktu Ummi dan Walid balik dari menunaikan haji, kami dijamu dengan lauk itik masak hitam. Maksu tempah dengan seorang  makcik ni yang berniaga lauk-pauk termasuk aneka hidangan daging itik. Arwah Pakcik dan keluarganya turut menyambut kami dan bersama-sama dijemput ke rumah Tok Umi untuk makan tengahari. Itu kali pertama arwah makan lauk itik. Tak henti-henti mulutnya menyebut akan keenakan daging itik tersebut. Sama juga dengan Ummi.... Mula mengenali dan menggemari  daging itik selepas kahwin dengan  Walid. Tok Umi rajin masak lauk itik jika kami sekeluarga balik kampung. Kiranya keluarga sebelah mertualah yang kenalkan kami dengan daging itik.

Sejak itu, kata Tok, Pakcik pun mula makan daging itik hihi... Ikutkan plannya, sempena cuti sekolah ni arwah nak datang ke rumah kami, nak suruh Ummi masak lauk itik huhu... Apa daya, Allah lebih menyayangi Pakcik. Hidup perlu diteruskan 💪💪💪

10 comments:

  1. Allahu sedapnya tu kari itik. dulu2 saya tak makan itik ni, sekali makan. sedap pulak. terus makan sampai sekarang. hehe

    ReplyDelete
  2. Baru makan lauk itik Sabtu lepas...sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  3. Family sebelah husband Mrs. A pun suka makan lauk itik selalu mil buat rendang itik. Husband Mrs. A selalu suka beli itik tapi Mrs. A tak suka masak itik hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs A makan tak itik?
      Kita pun kalau takde Noxxa dulu, tak pernah masak pun. Malas nak tunggu dagingnya empuk. Makan masa

      Delete
  4. kari itik!!!
    love it.
    wajib ni kat rumah aida time raya.
    itik tu hah - kena order.
    side asben dulu kala tak makan itik.
    now, dtg rumah mak aida, semua ngap!
    kecuali mak mertua aida la... ayam pun dia tak makan :)

    ReplyDelete
  5. mudah guna noxxa...kt umh ni tk semua mkn itik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun rajin sebab ada Noxxa MT. Kalau masak manual atas dapur idaklah rajin pun hihi

      Delete