Part I hari tu wedding anak ex-boss Walid, kali nak up story wedding anak ex-boss Ummi pulak. Sejak cuti sekolah hari tu, setiap weekend kami ada wedding invitations. 24/3, 30/3 dan kelmarin 7/4. Alhamdulillah rezeki.
Sebelah pagi Abang dan Angah ada hari sukan sekolah, sebelah petang pula kami memenuhi undangan majlis perkahwinan anak Tn Haji. Seronok Ummi dapat gantung kuali hihi... Tapi hero 2 orang tu tak ikut, penat katanya.
Tn Haji ni boss Ummi di tempat kerja dulu. GM, kiranya orang no 2 di syarikat. Selalunya kalau nak meeting dengan orang-orang besar (clients), ajak Tn Haji temankan. Takut orang tak pandang takat manager macam Ummi ni. Baik Tn Haji ni, sporting dan open minded. Kami berhenti kerja pun selang beberapa bulan je. Masing-masing bawak haluan sendiri. Ditakdirkan, isteri Tn Haji ni pula jadi boss Walid di salah satu tempat kerjanya. Pi mai pi mai tang tu π
Majlis diadakan di sebuah masjid di Wangsa Maju. Ini kali kedua kami dijemput ke majlis kahwin anak Tn Haji. Kali pertama dulu di KK Klub, Taman Melawati. Sekarang dah takde tempat tu. Dah diroboh dan dibangunkan semula. Buat kondo kalau tak silap Ummi. Dah lama tak ke situ.
Di majlis ni, dapatlah berjumpa dengan bekas rakan-rakan sekerja kedua belah pihak. Tapi itulah, excited sampai terlupa ambik gambar! Adalah sekeping dua je huhu...
Gambaq depa dua wajiblah ambik π€ |
Terima kasih tuan rumah.
Didoakan agar kedua mempelai beroleh rahman, mawaddah dan sakinah dalam rumahtangga aamiin.
Selamat pengantin baru π
Mesti jemukan makan nasi minyak tiap tiap minggu hihi.....
ReplyDeleteAlahai comelnya si anak dara 2 orang tu, pandai bergaya kakak tu...
Rezeki jangan ditolak mak. Diet lain minggu kita on :D
DeleteGaya princess la tu kononnya.
lama tak p kenduri kawen. ada kawan2 ajak tapi jauh benor nak pi. selalu kalo kenduri ni lauk2 tu laaa yang berkenan sangat =D
ReplyDeleteAkak ni pantang diajak siti...insha Allah sampai.
Deleteeh rasa macam da lama pulak tak gi majlis kawen camni..
ReplyDeleteAla, cuti sekolah hari tu kan musim kenduri. Itu yang berderet je jemputan ya.
DeleteSeronoknya jumpa kawan2 lama .. Selamat pengantin baru buat anak kpd ex boss tu.
ReplyDelete