Monday, 25 March 2019

Jom Poi Pilah!



Kalau Ummi cakap nak balik kampung Ummi di Berlin, adalah sorang office mate Ummi ni, Bro pun cakaplah dia pun nak balik Pilahdhelphia :D yang sorang lagi, Cikja pulak nak balik Paghislis (Perlis). Masing-masing taknak kalah, nak jadi omputih semua 😆😆😆 

Waktu di uni pula, Ummi selalu ikut bff Ummi, Ibu Min balik 'Somban' (Seremban) tapi tak pernah ke kampungnya di Pilah. Ada 2-3 kali juga Uwan (mak Ibu) planned nak bawa Ummi ke kampung Uwan tapi tak kesampaian. Kalau tak boleh Ummi rasa pengalaman lalu Bukit Putus.

Akhirnya kelmarin sampai juga hajat Ummi nak ke Kuala Pilah alhamdulillah. Ramai yang tanya ada apa di Pilah? Ada yang ingat kami ke sana sebab ada kenduri dsbnya. Sebenarnya kami memang suka berjalan-jalan tengok tempat orang. Lagi jauh tempat tu, lagi kami suka, Tempat orang ramai macam Pavilion ke Mid Valley ke Sunway Lagoon ke  definitely not our choice. Tapi akan ada jugalah trip ke Kidzania, Legoland dsbnya untuk tunaikan hajat anak2 insha Allah.

Dari Gombak kami ikut highway LEKAS tapi rasanya agak jauh juga. Tapi pemandangan cantik, nampak kehijauan dengan bukit bukau dan pokok-pokok hutan. Balik ke Gombak, kami ikut highway PLUS. Rasa dua-dua route. Ikut PLUS tol murah dua ringgit je kot :D dan perjalanan lebih singkat. Cuma traffic lebih banyak berbanding LEKAS. Nonetheless we enjoyed our journey on both highways. 

Nampak tak cili api atas pintu gerbang tu?
Ikon kuala Pilah agaknya sebab di sini terkenal dengan masak lomak cili api yang berapi 🌶️🌶️🌶️

Itenerary kami di Pilahdhelphia termasuklah; 

Berkelah dan mandi-manda di Ulu Bendul. 

Singgah lunch di Zaini Salai House. 

Checked in di Desa Inn Kuala Pilah. 

Melawat ladang lembu di Juasseh Agro Park. 

Bersiar di Bandar Diraja Sri Menanti. 

Sepanjang laluan Jalan Seremban - K. Pilah tu cantik panoramanya. Kita akan lalu Jambatan Kedua Tertinggi di Malaysia katanya. Ummi suka tengok kehijauan di sekeliling. Dah masuk kampung sikit nampak sawah padi. Teringat kampung Ummi yang menghijau dengan sawah padi. Bila sampai Terachi, makin meriah dengan jualan makanan salai; itik, keli, daging. Buah-buahan kampung seperti rambai, tampoi juga petai bergayutan di gerai kiri kanan jalan. Produk makanan lain seperti gula anau, dodol, telur itik juga hasil kraftangan juga banyak. Pokok-pokok durian pun nampaknya galak berbunga. Ini kalau datang musim buah ni, kenyang makan durian hihi... Dan yang menarik perhatian Ummi juga rumah-rumah di sini semuanya cantik-cantik especially rumah bercirikan Minangkabau. 

Masjid daerah Kuala Pilah, Masjid Jamek Yamtuan Raden. 

Pekan Kuala Pilah ni lebih kurang sebesar pekan Baling juga. Tapi jalannya agak sibuk sebab menjadi laluan alternative untuk ke Pahang (Muadzam Shah, Kuantan) dan Johor (Segamat). Nak ke Melaka pun boleh, melalui Mantin. Sebab tu agaknya harga makanan di sini setanding harga di Lembah Klang. Ramai orang luar akan singgah untuk makan minum dan berehat sebelum meneruskan perjalanan agaknya. 

Alhamdulillah one of my wish lists dah setel. More to come insha Allah. 

11 comments:

  1. Lama tak ke Pilah ni...dapat daging salai lomak cili api tuu dapnyaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lomak cili api Nogori terbaik sis 😋

      Delete
  2. eh teringin pulak nak buat trip macam ni...explore tempat2 dalam malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan segala hormatnya dipersilakan hihi... Byk tempat menarik dlm negara kita ni sebenarnya :)

      Delete
  3. Wah! poi philahdelphia ya heheheeee...
    Tak jem ke jalan?
    Biasa kalau weekend jalan akan jem sebab parents akan berdedai-dedai pi lawat anak-anak ataupun amik anak-anak boarding school.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Den travel ahad Mrs A. Tak berapa jem hala ke Pilah tapi ke Somban nun jem sampai ke Melang!

      Delete
  4. kampong den tu hahah (kompong ayah den)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat ceq tak habaq awai2? Bole bawa atuk azeq balik kampung sekali hihi

      Delete
  5. kite pun x pasti la da penah pegi Kuala Pilah ke belom.. hihi macam x ingat ade kenangan Kuala Pilah or tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah tak ingat, kena poi tu siti 🤗

      Delete
  6. Alaaaa..x tau PH satu family bercuti kat Pilah, kalau tau SA dah ajak balik kg SA dah..tengah musim buah tau...kampung SA akan jumpa dulu Istana Lama Seri Menanti tu...

    ReplyDelete