Menarik pula tips yang di kongsi oleh Ust Hamizul Abdul Hamid (pegawai Lembaga Zakat Selangor) dalam majalah Anis keluaran Feb, 2013. Yes, Ummi masih simpan koleksi majalah Anis dari keluaran pertama sekitar tahun 2002. Majalah ni Ummi akan baca semula dari masa ke semasa. Salah satu sebab Ummi suka baca Anis kerana isi kandungannya sentiasa relevan dan boleh di jadikan rujukan.
Contohnya tips yang dikongsikan oleh Ust Hamizul ni. Tips jadi ahli sedekah:
- Niatkan dalam hati setiap pagi ketika bangun dari tidur; 'saya mahu bersedekah'.
- Lakukan sedekah walaupun hanya bermula dengan jumlah yang kecil. Mungkin RM1 kecil bagi kita terapi besar ertinya bagi yang menerima. Contohnya anak-anak sekolah yang kehabisan belanja di akhir sesi persekolahan. Kadang tu dahaga, teringin nak beli air tapi takde duit. Moga dengan sedekah kita mampu menghilangkan dahaga mereka sementara ibubapa datang jemput.
- Letakkan tabung sedekah di rumah ~ setiap hari masukkan RM1 dsbnya. Genap sebulan/setahun, kira dan sedekahkan kepada yang memerlukan.
- Sentiasa sediakan wang kecil dalam saku baju/seluar. Jika singgah di masjid/surau boleh disedekahkan dalam tabung yang disediakan. Begitu juga wang baki, masukkan syiling atau ringgit kecil ke dalam tabung yang disediakan di kaunter
- Melazimi mendengar dan membaca sejarah dan kisah ahli sedekah zaman silam untuk mengambil iktibar, menambah motivasi juga meneladani amalan sedekah mereka.
- Istiqomah dalam bersedekah
- Berazam untuk memberi lebih lagi pada tahun berikutnya.
Jom kita praktiskan 🤗
tips yang bagus..jom kita buat
ReplyDeleteJom!
DeleteTips yg bagus ni pn hazel..
ReplyDeleteCH dulu pun pelanggan tetap Anis..
Samalah kita kalau gitu k. Yati 😁
Deletemampukah sy jd ahli sedekah?
ReplyDeleteTerima kasih tipsnya PH....
ReplyDeleteMemang kena paksa kan kadang kadang benda gini ni...,