Thursday 11 January 2018

Kenduri pertama 2018...



Murah rezeki nampaknya kami sekeluarga tahun ni... Minggu pertama January dah dapat jemputan kenduri alhamdulillah... Rezeki jangan ditolak, moh la kita ke Masjid Khalid al Walid, Jln Padang Tembak. 

Kenduri aqiqah & birthday anak kawan Walid diadakan di dewan masjid. First time kami sampai area mindef ni dan first time juga makan kenduri aqiqah di dewan masjid. Kalau makan kenduri kahwin di masjid tu dah beberapa kali. 

Cantik, bersih dan lapang kawasan masjid ni. Kami sampai sejurus sebelum zohor. Elok je azan berkumandang, terus ke dewan solat. Ni lah advantage bila kenduri dibuat di surau/masjid. Boleh solat on time, berjemaah lagi. Lagi satu yang best, parking lot memang banyak... Tak payah park tepi jalan :) 


Sempat juga Umi lepak sekejap dekat wakaf di sini. Ada 3-4 wakaf juga kalau tak silap Umi. Memang terjagalah kawasan masjid ni. Hijau dengan pokok2 je...

Ada juga kolam besar di luar masjid. Kalau bela ikan koi banyak2 mesti lagi best. Umi nampak 2 ekor anak ikan je hari tu...tak surelah kalau ada kat area lain sebab kolam ni besar juga. 



Meriah sungguh kendurinya... Makanan pelbagai jenis, dari lauk pauk hinggalah ke pencuci mulut semuanya sedap2 belaka. The best of course lah kambing masak hitam 👍👍👍

Candy buffet yang semestinya jadi tumpuan Angah & kakak. Kejap ambik itu, kejap ambik ini... 


Goodie beg pun isinya special, ada kalendar kuda dengan gambar baby Aariz...so special. Thanks mama papa Aariz for having us. 

4 comments:

  1. senang kan kalu apa2 majlis berdekatan dengan masjid, nak solat pun senang.. lepas solat boleh sambung menyembang hikhikk

    ReplyDelete
  2. wah....first time dengar kenduri akikah kat dewan masjid :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni jadi trend kot macam walimah dekat masjid hehe... Tapi elok juga, menarik orang utk ke masjid :)

      Delete